Post yang ke-6 Ernnie menziarahi Madinah dan Makkah.
First-first terus tunjuk buah Delima. Kat Makkah Madinah, buah Delima dia merah menyala. Manis pulak tu. Memang terbaik. Teringat ada satu masa tu di Madinah, Ernnie dengan kakak balik solat sama-sama, kakak bagitahu yang dia teringin sangat nak makan buah delima. Kami pun carilah gerai yang jual buah-buahan ni(cart basically). Tengok-tengok duit yang dibawa tu boleh beli sebiji je. Kakak ingat nak beli la dalam 3 biji. Punya teringin, dapat sebiji pun jadi.
Balik ke hotel untuk dinner, kami gathered satu family. Tup-tup abang ipar pun terdetik nak beli buah delima untuk kami. Datang pulak sepupu Ernnie terbeli jugak Buah Delima. Malam tu memang makan buah delima je lah. Sebab tu doa di Makkah Madinah tu untuk perkara yang baik-baik sahaja. :)
Okay back to the point. Pada keesokan harinya, kami berangkat menuju ke Hudaibiyah. Kami singgah di dua tempat. Pertamanya di Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat. Masjid ni kelihatannya sedikit kecil dan daif berbanding Masjid tempat bermiqat yang lain. Menurut ustaz, dah berpuluh tahun beliau datang, dari pertama kali sampai sehingga sekarang, begitulah rupa Masjid Hudaibiyah. Di mana silapnya pun tak sure.
Di Masjid tu jugak, di sebelah luarnya ada sedikit peninggalan Masjid Hudaibiyah yang lama. Menurut ustaz lagi, di situ jugalah berlakunya perjanjian Hudaibiah antara muslim dan Kafir Quraisy.
Antara ingat tak ingat, perjanjian ini ialah perjanjian yang bila dilihat dengan mata kasar, ianya lebih memihak kepada pihak Kafir, namun atas pandangan jauh Rasulullah SAW, ianya adalah perjanjian yang paling menguntungkan pihak Islam dan Islam dapat tersebar dengan sangat meluas.
Selepas berniat miqat di Masjid, kami dibawa ke Muzium Kaabah dimana ianya menempatkan barang-barang yang berada di Kaabah seperti pintu Kaabah, Tangga untuk naik dan masuk ke pintu Kaabah, pancur emas, dan terdapat juga replika telaga Air Zam-Zam. Boleh tengok jugak bekas-bekas untuk meletakkan Hajarul Aswad dari zaman dahulu hingga sekarang.
Info : pancur emas tu memang betul-betul diperbuat dari emas tulen.
Yang menariknya, dalam Muzium tu baru Ernnie tahu yang sumur itu ertinya telaga. Sebab terdengar perbualan jemaah Indonesia bercakap mengenai Sumur Zam-Zam. Ha, baru boleh relate pantun "kalau ada Sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi". Sebab selama ni ingat sumur tu lembu. hahaha :)
Tempat yang selesa untuk berehat dan solat, undergrounf King Fahd praying area. |
Sepanjang perjalanan ke Hudaibiyah tu, kami disajikan dengan pemandangan bukit-bukit dan unta. Memang kat sini selalunya tempat kalau nak pergi melihat unta. Tapi atas faktor kesihatan, kami dinasihati untuk tidak ke Ladang Unta buat masa tu. (tak sure la Unta yang sebabkan penyakit atau tak).
Ini kesan tinggalan Masjid Hudaibiyah yang lama- tempat perjanjian Hudaibiyah. |
Do I look like someone who just got back from Mahkamah? Keluar sambil cakap "no comment". Okay tak lawak pun. |
Waktu hujung-hujung, ada la ambil masa lepas solat Isya untuk membeli apa yang tak dapat nak beli di Madinah. kami satu family just spent satu malam saja nak beli apa yang patut. Mama lagi suka balik dan terus tidur. Sebab esoknya nak ke Masjidilharam awal untuk taknak bersesak-sesak. Lagipun kedai kat sini bukak sampai 1 pagi tak silap. Sebab mereka pun faham yang jemaah tiada masa nak shopping di siang hari. Semua lebih tertumpu di Masjidilharam.
Gambar dekat bawah ni diambil pada pagi hari last day kami di Makkah. Time pagi ni masih dalam keadaan nyaman, tak lah sedih sangat. Lagipun kami bertolak selepas Zuhur dan selepas menunaikan tawaf wida' (selamat Tinggal). Waktu paling sedih dah tentu time tawaf Wida'. memang sangat sedih. Time tu lah mintak agar Umrah ini bukan yang terakhir. Kalaupun yang terakhir, minta Allah ampunkan semua dosa dan terima semua amalan kebaikan kita yang sedikit sangat ni. Mintak juga untuk Allah jemput kita lagi sebagai tetamu Hajj. InsyaAllah amin.
Petang tu kami pulang dan dibawa singgah di MAsjid Terapung Arrahmah di Jeddah. Kami solat dan makan di situ sebelum ke Airport Jeddah untuk menaiki plane balik ke Malaysia. Bannyak betul pigeons kat Masjid tu. Eh, basically semua tempat yang Ernnie pergi akan ada satu tempat banyak pigeons. Baik di Makkah dan Madiah.
Alhamdulillah. selesai dah 6 entry Ernnie menunaikan Umrah Ziarah di Makkah dan Madinah. Rasa macam dah berbayar hutang untuk diri sendiri. Semoga entry Ernnie ni ada manfaatnya untuk korang-korang yang baca dan yang akan menunaikan umrah especially. Boleh je nak kongsi Do and Dont's dalam ni. Takde masalah InsyaAllah.
Kind Regards,
Ernnie Omar.
No comments:
Post a Comment