Apr 28, 2011

Di hadapan Allah, kita sangatlah kecil..



Salam..
Hari ni ernnie nak share pasal betapa kecilnya diri kita ni.

Minggu lepas ernnie ade attend satu talk/program bertajuk "TAFSIR FI ZILALIL QURAN" oleh seorang akak (kak Salwa) yang diterbangkan dari Malaysia (sebut je M'sia sekarang, ernie trus tringin nak makan laksa hurm~)..

Tafsir tu dikarang oleh Sayyid Qutub. Sayyid Qutub ni hafaz Al-Quran sebelum umur beliau mencecah 10 tahun. Memang banyak lah buku2 yg ditulis oleh Sayyid Qutub ni dan buku beliau memang popular di Tanah Arab.

Dalam program tu, kakak Salwa ada cakap yang "kita ni kene rasa diri kecil/hamba, so that bila baca Al-Quran tu boleh feel. Bile cakap pasal kecil, tu yg ernnie post youtube video tu. Nak tunjuk betapa kecilnya diri kita ni.

MashaAllah, mmg kecil sangat2, tapi dalam masa yang sama Ernnie terharu sebab the creation of human being is the best creation by Allah. Ade akal yang boleh berfikir dan ada nafsu yang ada kuasa memilih.

Dan kalau kita bukak surah An-Naziat[79] ayat 27-33,

(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)![27] Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,[28]. Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang,[29]. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya),[30]. Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya, [31]. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya),[32].(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu,[33].

Allah nak tunjuk yang semua ciptaan Alam atau matalamat kewujudan alam ni adalah untuk kegunaan manusia.

Fikir dalam-dalam, malu nye rasa ( cakap dekat diri sendiri)bila Allah sendiri dah cakap yang segala ciptaan adalah untuk manusia. Malu sebab kadang kadang kita lupa nak memanjatkan syukur kepada-Nya, Siap mengeluh, marah dekat cuaca. Sedangkan semua tu untuk kita.

Nak bagi analogy..
Macam sekarang ernnie teringin sangat nak makan laksa, pastu bulan 7 ni bila balik malaysia, mintak dekat mak suruh buat laksa. Mak pun buatkan la dekat anak kesayangan die ni (ehem ehem`).. Sebab ernnie ni lapar sangat, siap je laksa tu terus dengan lahapnya makan. Dah la makan sampai habis, lepas tu tak ckp terima kasih sume, terus pgi tengok tv ke hape. Ape la perasaan mak ernie time tu kan. Lepas dari tu, kalau ernnie suruh masak lagi, mesti Mak berfikir dua kali nak masak ke tak kan.. (Although ernie tau my mom will definitely cook for me!)

Macam tu jugak kita dengan Allah, dah la diri kecil, pastu diri yang kecil ni mintak sesuatu dekat Allah, lepas tu bila dah dapat, terus lupa dekat DIA, dan lagi teruk jadi bongkak dan sombong. Malu malu sangat kalau nanti Allah ungkit balik semua2 bende yang kita mintak then tak bersyukur/ berterima kasih lepas tu.

lagi satu bende yang sangat interesting yang terus boost perasaan ni, bile Ernnie tahu yang Allah ni sebenarnya sangat Malu.


Allah malu bila tengok hambaNYa mengangkat tangan dan berdoa, dan kerana Allah sangat malu, terus diampunkan dosa hambanya itu
.

YA Allah seronoknya ernnie rase!!!

Dan jangan marah pulak kalau doa tak dimakbulkan on an instant, sebab doa ni ada tiga cara Allah nak bagi

1 : Diberi terus pada hambaNya
2 : Disimpan di akhirat
3 : Allah beri lindungan pada satu kejahatan seumpama kadar doa yang kita pohon.

Lastly, Sentiasalah rasa diri kecil dan rasa diri hamba kepada Allah

(Ernnie dapat dari Ustz Zahazan) Kawan bagi mp3 ceramah Ustaz Zahazan. :))


Wallahualam~

Apr 23, 2011

Always be there by Maher Zain



Always Be There Lyrics
By: Maher Zain

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

______________________________________________

I'm thinking of posting a song lyrics nowadays.
And here it is.. From Maher zain..
The main points are seek Allah for help..
Ask Allah for something..
I wanna upload a nice vid made by someone in yt.
And since i post this entry via phone, a bit hard for me to do so..

Wallahualam~

Beautiful lyrics. MashaAllah..

*EDIT : ernnie dah masukkan lirik lagu AKA vid clip made by seorang hamba Allah..
sangat mengujakan!!

Apr 21, 2011

Surat Cinta Pertama dariku kepada si Dia..

Malunya untuk aku mulakan.
Surat kepada siDia, 
tidak tahu dimana harus aku mulakan.. 
SiDia yang sentiasa melindungi,
menyayangi dan sabar menghadap kerenahku.. 
Si Dia yang mengharapkan aku sentiasa mengingati Nya.

Surat yang panjang telah diberikan kepada ku. 
Surat yang lengkap segalanya. 
Ditinggalkan pesanan yang comel buatku ::
ikut segala arahan surat ini, dan jangan lakukan apa yang ditegah.

Kasih sayang siDia padaku lebih
jauh bezanya dari Ibu bapa ku. 
Apabila aku stress,
tiada yang lain selain siDia yang menemani diriku. 
Sayangnya siDia padaku. 

Tahukah aku ? 
Ataupun diriku tahu tapi buat2 tak tahu..
Mencari alasan untuk kadang2
tidak mahu berjumpa denganNya.. 
Aduhai sabarnya siDia ini dengan kerenahku!   
Aku malu bila membaca ayat ayat cinta Nya,
terlalu menusuk ke kalbu bila difahami sedalam-dalam Nya.

Pernah orang lain berkata kepadaku,
tahap cemburunya melebihi yang lain.
 Jangan lebihkan orang lain. 
Takut pabila Dia berkecil hati denganku,
ikatan yang kami bina akan terputus.
Mungkin rayuan ku untuk ku kembali kepadaNya, akan sia-sia. 
Namun aku tahu, lagi banyak aku merayu,
lagi banyak Dia sayang kepadaku. :D Malunye ~~

Sampai di sini sajalah aku ingin bercerita pasal diriNya.
Ada tanggungjawab lain yang akan aku laksanakan nanti.
Takut pabila lewat, Dia marah kepadaKu.
Terus perpaling tak ingin memandangku.. Takutnya! 

Ditujukan kepada : Allah hu Rabbi, tuhan sekalian alam.. Maha Pemurah  
Maha pengasih, Maha penyayang.. 
Dripada : HambaMu yang alpa~

Apr 20, 2011

USRAH :: my own experience.

Alhamdulillah, ernnie berjaya paksakan diri sekejap nak tulis kat blog ni.. hikhik..

Dari tahun lepas rasenye nak tulis pasal tajuk ni, tapi macam tak bersedia, sekarang ni pun still tak bersedia lagi. tapi sampai bila nak tangguhkan bende ni kan..

USRAH, dulu ernnie macam takut jugak bile dengar orang mention pasal perkataan ni, tapi sekarang (as in Wed, 20 Apr 11, 6.29 pm Aussie time) I'm so in love with this word. Like really fall in love with it..

Ape yg ernie nak share dekat sini based on my own experience. Dan ernnie x bace mane2 blog for any references. I seek an apology kalau ada perkataan yang ernnie salah guna atau pakai..

Ernnie start usrah yg unofficial dekat Malaysia lagi.. time tu mmg xtau yg usrah ni sebenarnye akan dibawa sampai ernnie dekat Aussie. I got no clue at all!
Alhamdulillah, perkenalan ernnie dengan tiga orang kakak usrah di Malaysia memang ditentukan oleh Allah, and I'm grateful for that.

Bile dah sampai kat Brisbane ni (2010), and dapat tau yang usrah tu still diteruskan. Stricly speaking,at first mmg tak mau sangat sebab dapat tau usrah tu setiap minggu pastu dengan gathering lagi. Macam rasa what is the purpose datang Brisbane sebenarnye?? Nak berusrah ke or nak dapat degree in my Biotech thingy.

so boleh cakap last year is the year for me to seek and asking people regarding USRAH ni. Memang sampai ernie menangis sebab pressure sebab dalam kepala otak dan hati syaitan dok tengah bisik tak payah la.. buang masa la.. memang rasenye ernnie la orang yg banyak memberontak.. banyak tak puas hati semua. Kalau tak puas hati je, ernnie akan telefon kakak usrah ernnie dan mmg cakap straightfoward yg ernie tak puas hati yang tu lah, yang ni lah.

Penuh kesabaran kakak usrah ernie sekarang kene layan ernie. kadang2 ernie pelik tgk kenapa ade kawan2 yg boleh follow usrah ni okay je but not me. Lepas tu group yang besar (sebab kami ramai) dah dipecahkan. time tu ernnie rase sangat sedih dan marah sebab ernnie i keep asking y separate us like this? dan segala reasons yang orang lain kasi ernnie xkan dengar sebab mmg tengah marah. cakap lah ape pun.

"Allah yang pegang hati semua hambaNya" itulah kata2 hikmat yg ernnie pegang sekarang. Sebab satu hari ernnie pernah doa cakap kalau betul la, Allah tolong lembutkan hati ernie yang tak nak terima usrah ni.

Dan ernnie memang sebenarnye sombong dan bongkak sebab ernie berani challenge Allah macam tu. Sekarang I'm craving for usrah every single week (Alhamdulillah). Rasa macam kosong je kalau tak pergi usrah. Dan sekarang semua kawan2 dah busy dengan major masing2, time usrahlah boleh jumpe and share what have we done on that week ect ect. time sister gathering sekarang pun bende yang ernie tunggu2 every two weeks. Rase happy sangat sebab dapat jumpe rakan rakan yang pertaliannya dihubungkan oleh Allah :))

Dan niat kakak usrah pecahkan group usrah kepada kump kecil sebab nak bagi apa yang kite belajar tu masuk. lagi sampai. Baru sekarang paham. :)

USRAH tu untuk ernnie bermaksud sharing, pengisian, muhasabah diri sebab ade kakak pernah cakap dekat ernie yang 'kita ni manusia selalu lupa dan jarak masa seminggu tu sebenarnye tempoh paling optimum untuk kita muhasabah diri'. Betul kan??

tak kisah la mana usrah yang kita join,macam mana bentuk usrah kita, tujuan utama adalah untuk NYA. sebab semuanya ernie rasa berkisarkan kepada muhasabah diri'. Bukannya bertujuan untuk memecahbelahkan. Islam is sweet right :D..

seorang kawan usrah ernie pernah cakap and I'm so happy to hear this :"Kalau orang yang tak pernah rasa macam mana usrah ni, dia sebenarnye mmg takde hak nak comment any single thing pun" and she's right! Kene cuba dulu baru rasa kemanisannya,

"dulu-dulu join usrah mmg ada pahit bagi sebahagian orang, tapi lama kelamaan pahit tu hilang dan yang akan tinggal adalah kemanisan yang hakiki" ayat ni ernie yg sendiri create. hehe..

Kepada sape2 yang baru nak join usrah, try dulu, kalau rasa beban dan nak kurangkan, just go with it tapi jangan putus terus, dalam masa yang sama, berdoa kat Allah, seek someone to share, tanya orang.. InsyaAllah..

Ernie cakap ni macam bajet bagus je, tapi sebenarnye ernie pun sekarang dalam peringkat permulaan, baru nak merangkak, need a lot of helps from other people..
dan yang paling penting sekali, niatkan usrah ni kerana Allah, bukan sebab kawan, kakak usrah, atau ape2 reason lain la. :))

Wallahualam..

Apr 8, 2011

Sirat Al-Mustaqim and World's most dangerous bridge



Salam, Ernnie nak sharekan satu perkara.:D, tadi petang (jam sekarang 10:22 mlm) ernie tgk youtube, melakukan perkara yg permissible. dan ter encounter dengan video kat atas. Title die pun menyeramkan :WORLD'S MOST DANGEROUS BRIDGE :EXTREME, bace title pun dasyat!.Jambatan yang terletak di Russia ni, sepanjang 750 m, tu pun lama je tgk nak cross kan.

Pastu trus teringat:: Ya Allah, ni baru kat dunia, siap naik kereta pulak, kalau kat akhirat macam mana la kan, sebab Ernie terus teringat pada 'TITIAN SIRAT ALMUSTAQIM'.

Pastu Ernie trus google pasal sirat almustaqim ni, nak menambahkan ilmu yang kurang dalam dada ni. Found some facts about it and i want to share it here in my blog with my lovely readers :)

SIRAT AL MUSTAQIM
* kecepatan dan kelewatan titian yang akan kita lintasi ni bergantung kepada amalan hambaNya (kadar keimanan)
- Me add: sebab tu iman dan islam ni adalah dua nikmat yang paling besar yang Allah bagi, mmg these two CORE will help us enter HIS paradise :D

* tititan ni boleh jadi lebih kecil dan lembut dari rambut yang lembut! ha, mcm mana tu? fikirkanlah (ting!)

* ia juga boleh jadi lebih tajam dari pedang yang tajam dan gelap lebih dari rambut yang gelap
- Me add: tgk video lintas jambatan kat atas tu waktu siang kan time die?? yang tu pun mcm dah terketar-ketar je tgk, apetah kalau gelap, dah la dibawah titian sirat ni ada neraka. Nauzubillah!

* dan ada juga sesetengah orang rasa sangat cepat sehingga mereka tak perasan pun yang mereka ni dah menyeberangi titian tu. Masha Allah

* Ada yang berlari seperti kilat memancar (yang ni untuk orang di atas ni la), tak sedar pun, tup tup dah sampai.

* ada yang seperti angin yang kencang
* ada yang seperti kuda yang bakanya sangat baik @ kualiti
* ada yang seperti burung yang pantas
* ada yang hanya berjalan biasa
* ada tu yang berjalan dan duduk sebab mereka penat kene pikul dosa sendiri atas bahu.
* yang paling kita x mahu, ada yang tidak dizinkan untuk seberang.

When i wrote that, I'm scared because I really can't put myself in those 5 starting from lightning until just walking. Ya Allah.

Dan Ernie nak buat satu analogy kat sini, kalau kita pergi kenduri kahwin ke, open house ke, selalunya, tetamu yang pertama tu akan tuan rumah layan dengan penuh perasaan gembira, happy sebab datang awal, siap tuan rumah cakap : "pilih la mana tempat yang awak nak duduk" sbb sume tempat available kan.

dan kalau kita datang lewat, mesti tuan rumah welcome mcm2 gitu je pastu siap cakap "Ala, makan ni dah habis, tinggal gula2 dengan telur je" (contoh). sebab ape? sebab kita dah lewat.

So, sebolehnye kita nak pergi awal kan supaya we got a complete service. Kan rase seronok kalau kita diantara orang yang terawal masuk Syurga ;D, rase bestnye sebab malaikat mesti welcoming kite dengan perasaan yang sangat berbunge2, tgk bidadara dan bidadari yang hensem dan cun melecun semua kan. Semuanya tersenyum sebab we are among the first.

Bak kata kakak usrah ernie, jangan rasa diri tak layak masuk syurga, sebaliknya, cari cara (amalan) yang membolehkan kita masuk kesyurga sebab kita tahu yang janji Allah tu benar! Dan carilah cara macam mana kita nak masuk syurga tu dengan cepat! Chaiyok! Hwaiting! Bbsya!

Wassalam

PS: kalau sape2 bace entry ernnie ni, rate la kat bawah ni, cool ke, interesting ke. :D Anyway thanks sebab bace :) (i give you my imaginary hug to female only!)

Credit to : agamapenyelamatku.blogspot.com (saye x copy and paste, rephrase) :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...