Oct 17, 2016

MADA Treasure Hunt 2016

Bismillah. 

Mood nak blogging dah mai. Boleh ranting apa-apa yang patut. Rasanya banyak sangat entry yang tertangguh. Dengan problem handphone tak boleh nak send gambar ke dalam blog lagi la membuatkan Ernnie emo takmau update. 

Started with one of my colleague asked me sebulan lepas, Ernnie takmau join treasure hunt MADA ka? Best kot. Boleh berjalan pi Hat Yai. Terus Ernnie macam OMG bestnya boleh pi jalan luaq negara. Walaupun duduk Kedah yang agak sempadan dengan negara orang yang suka makan pulut, tapi Ernnie tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Takat Padang Besar dengan Wang Kelian. Dia macam dah bau-bau Thailand tapi masih belum Thailand lagi okay. 

Tapi nak cari kawan yang join agak payah. Kalau perempuan lagi payah. Komitmen dengan family semua. So hasrat tu dah terkubur sehinggalah minggu terakhir penyertaan nak tutup. Ada sorang akak bagitau yang ada group perempuan nak join Treasure Hunt tapi tak cukup orang. I'm like, nakkkkkk :) 

Kereta kiteorang berpelekat nombor 46.

Kak Murni, Ernnie, Kak Nurul & Kak Zurah


So, jadilah kumpulan yang awesome ni dan dianggotai oleh Ernnie, Kak Zurah, Kak Murni dan Kak Nurul. Depa ni mantops mantop you all. Semua pengurus PPK di MADA. Ernnie ja kuli. Dan Ernnie bersetuju nak jadi driver untuk perjalanan tersebut sebab pakai kereta Ernnie. 
Naik sampai ke atas muzium padi. termengah-mengah. Bila baca soalan first dekat kertas dia tanya time naik tadi, ada berapa anak tangga? Hahaha

That's Zuhdi, dia memang selalu menyibuk.


Treasure Hunt MADA ni basically ada pencarian harta karun, pencarian nama slogan/kedai/tempat berpandukan peta (tulip) yang diberi di samping kena jawab beberapa soalan yang basic. Pencarian semua ni bermula dari Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar dan berakhir di Workshop MADA di Jitra. So apa kaitan Hat Yai? Kat sana hanyalah tempat untuk peserta rehat dan menerima hadiah (untuk yang menang la of course). 

Kau mampu nak cari barang harta karun dekat Hat Yai? memang tak la kan. Nak baca apa-apa pun tak faham. So, bermain di Malaysia, berehat di Kedah. #Kauhado. Total kereta yang sertai Treasure Hunt kali ni memang paling banyak dalam sejarah katanya, before ni dalam 20-30 buah, tapi this time around, ada dalam 68 buah kereta yang join meliputi kakitangan MADA, PPK, Syarikat, Agensi luar dan perseorangan.

Pengalaman berTreasure Hunt ni sangat menarik. Sangat menarik sampai kami berjaya jawab 2 daripada 10 tekaan nama tempat. Punya la soalan tu pusing. Kau kadang takkan terfikir pun jawapan tu adalah untuk description yang dimintak.

Ernnie bagi contoh. "A bridge inside the oldest alcoholic beverage". Jawapan dia BETTER Sebab TT(titi) berada in the middle of BEER. So kena cari dekat papan tanda kedai yang sederet 400 m panjangnya, kat mana perkataan better tu. Jawapan dia  ditulis kecik je dekat satu kedai perabut ni nak explain tilam VONO yang empuk tu, "sleep better". 

Ha, tak tau la korang yang baca ni faham ke tak, tapi macam tu la. Kita ni pikiaq macam-macam and end-up give up sebab payah. Hahaha. Tapi sebabkan ni first time kami satu kumpulan, memang enjoy. Bila jawapan di reveal, memang ketawa berdekah-dekah sebab majority salah. hahaha. Ditambah pulak kakak-kakak ni memang lawak. Lagi penat perut Ernnie exercise. 

Dan memang experience ni lebih mencabar sebab Ernnie ke negara luar drive sendiri. Mula-mula memang takut tapi macam eh, best jugak. Ernnie set waze dari Malaysia dan terus ke Hotel tempat kami akan menginap ; Hotel Daiichi di sedikit hujung dari pekat Hatyai tu. Impressed with myself sebab sampai ke sana tanpa bukak tingkap dan tanya orang. hahaha. 

dekat Floating Market. Time ni masih dok berfikir-fikir nak makan apa.









Too many pictures that you need to slnt your head. Sila berbuat demikian sebab Ernnie dah malas nak rotate. Dia macam payah sikit nak rotate. Blogspot, update yourself.


So malam tu, kami bersama-sama yang lain ke Floating Market. Jangan tanya kat mana sebab Ernnie memang ikut orang. Klong Hae rasanya tempat tu nama dia. Cantik dan peaceful ja rasa. Ernnie beli koewtiaw tomyam yang rasanya ntah apa-apa dan air kelapa dalam  buluh yang memang fresh and sedap. Mind you dekat Thailand ni banyaknya anjing kat tepi jalan. Depa ni takkan kacau kita tapi untuk yang terlebih takut (baca Ernnie) ni, memang terkejut, takut, menjerit semua ada dekat Pasar Terapung tu. Ya la, tengah dok hirup tomyam tak best tu, datang lah anjing ni dalam 30 cm kat tepi Ernnie. memang tak malu dah time tu Ernnie menjerit. hahaha. 

Esok pagi tu, kami besarapan di satu restaurant Islam nama Restoran Abidin. Ernnie makan nasi siap-siap. Berlaukkan Ayam Goreng dengan kerabu manga. Harga boleh tahan dalam 80 bath. Hari yang sama jugak berlangsungnya majlis penutup Treasure Hunt. Malas nak cerita part ni sebab of course kami ni kalah. Cumanya tiba-tiba kumpulan kami dipanggil terima Anugerah Khas group perempuan semua. Power tak power. Walaupun kalah tapi tetap rasa kiteorang menang. 

naik tuk-tuk pi makan dekat Restoran Abidin.





Dan lepas tu terus aktiviti sendiri. Ernnie and kakak-kakak semua pi satu pasar di Hatyai ni nama macam korea sikit pasar ni. Ernnie borong buah berangan dengan anggur kat situ. Murah weh. Kalau korang ke Hatyai, beli lah buah Berangan. Harga dia jauh lebih murah dari Malaysia. Siap goreng dah tau bukannye korang kena balik rumah and goreng. Ada la beli tshirt sehelai dua.

Lepas tu kami terus drive balik ke Malaysia tapi singgah dulu di Danok. Actually Danok tu maksud dia small market in bahasa Thai. Tempat Danok tu ialah Sadao. Ernnie tak beli apa-apa sangat sebab tak reti nak pilih. Kena ada mama Ernnie kot baru laju ja tunjuk. haha. 

Kami keluar Sadao (sempadan Malaysia-Thai) dalam jam 4 lebih and sampai di MADA jam 5:30. Overall it was a good experience. Ernnie got to mingle with a lot of people. Experiencing new place. Got to drive to another country. Hopefully dapat pergi lagi next year & kasi menang terus. hahaha. 

Ni bukan perhimpunan merah whatsoever. Ni acara penutup Treasure Hunt. Baju disponsor.

Kiteorang dapat anugerah khas. Pemain wanita keseluruhan. Bangga la sikit.



Lepas ni nak pi Krabi la rasa. Sapa nak ikut? Eh cop. passport Ernnie dah expired la~...

the END

Ps: Jalan raya dekat Thailand tak banyak lopak and berlubang. Rata ja ditambah oleh bersihnya jalanraya dia sampai ke tepi2. Cumanya wayar atas kepala berselirat sampaikan kita boleh rasa yang kita ni tengah naik keretapi ke or tengah drive ketera ni? :)

Oct 13, 2016

Ernnie dan Bowling

Salam.

Korang pernah rasa tak perasaan bilamana korang dan sejenis sukan tu klik? Ha, ni lah perasaan yang Ernnie tengah rasa. Bermula dengan main biasa-biasa ja. Rasanya sebelum kerja dekat MADA, Ernnie pernah main dalam 2-3 kali ja. Then ada team dekat MADA yang selalu ajak Ernnie main. Bila dah kerap berlatih, lama-lama korang akan rasa macam fun la.

Dan baru Ernnie perasan, kalau Ernnie tau Ernnie akan main bowling 2-3 hari sebelumnya, prestasi akan jadi okay compared to tahu last minute. Ada orang, pantang diajak, memang sedia power. Tapi bukan Ernnie.

So 13 Oktober lepas, Bahagian Padi iaitu Bhg Ernnie ada buat satu perlawanan mesra dengan semua staff dekat Aman Bowl, Aman Central. Habis ja kerja, kiteorang semua bergegas pi sana. Ada 3 game semua. Memang menarik tertarik the bomb la. Sebab dari boss sampailah ke pekerja am semua dalam bahagian tu join.

Game first Ernnie tak berapa score. Awal baling pun jatuh 1 pin ja. Second game pun sama. Tapi paling score game ketiga. Entah mana mai semangat tup2 score banyak. Hahaha. Hat lain pun apa la kurangnya. Bhg juga ada menjemput MADACorp : entiti swasta iaitu anak syarikat MADA join sekali. Hamik, depa hantaq yang memang team bowling. Kau expect kami ni akan menang? Choi! hahaha.

Tapi dapat juga Ernnie merangkul Naib Johan jatuhan pin terbanyak dan Naib Johan Wanita. Boleh la kan. Nak sampai ke johan tu memang banyak lagi duit yang kena dilabur. haha.





Overall it was a good gathering session. Sukan ni somehow memang dapat satukan staff. Yang tengok kat pejabat biasa-biasa ja, mai2 dekat Bowling, jaw dropping kau tengok score dia. Hebat ya amat. Ernnie macam, eh betul ka dia ni score banyak ni. Haha.




Thanks semua. Semoga boleh buat setiap tahun 5-6 kali la paling kurang. Boleh?
#bowlingituaku #ernniehavingfun


Aug 28, 2016

Rio Olympic 2016 : Silver is the new gold

Congratulations!

Honestly tak pernah lagi Ernnie fefeeling semangat terlebih dalam Olympics sebelum ni. Untuk orang yang noob sukan, confirm yang paling depa suka tengok kalau Sukan besar-besar ni mesti gymnastic berirama dengan renang berirama. Untuk yang pernah join the gymnast team dekat sekolah rendah waktu darjah 1-5 *cough* *cough*  lagi la dia akan minat sukan yang tu je. Sekurang-kurangnya ada la jugak pengalaman lalu yang boleh ingat balik kan. Hihihi~

Tapi tahun ni memang sangat berbeza. Dimulai dengan Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam synchronize swimming time tu barulah Ernnie macam semangat sikit. Lepas tu dikejutkan dengan beregu campuran Chan Peng Soon & Goh Liu Ying dapat masuk final dengan beregu lelaki Tan Wee Kiong & Goh V Shem . Terus macam walaweh moment. Time tu jujur Ernnie tak tengok pun. Betul-betul start tengok athlete Malaysia ni time beregu lelaki dengan Abam Pocket Rocketman ; Azizulhasni Awang dalam acara keirin berbasikal.

Wah wah wah, time tu memang Malaysia macam dok mengumpul pingat kot. Lepas satu, satu lagi. Menjerit pun macam berderet sebab dah confirm-confirm Malaysia akan dapat 3 pingat either silver or gold dalam badminton kan. Paling epik menjerit kuat pusing rumah apabila Hero Malaysia, Datuk lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan untuk ke final. Moment sangat masa tu. Terasa macam tu dah final dah.
Silver in the eye but gold in our heart.
Waktu final perseorangan adalah yang paling ditunggu-tunggu. Walaupun DLCW tak dapat emas, tapi jangan risau, satu rakyat Malaysia dah rasa kit ani dapat emas dah. No one regrets it. Sebab tahu yang DLCW dah all out dalam battle. Semua malam tu jadi sangat bangga dengan DLCW. Ernnie pun siap berjanji kalau Datuk menang, Ernnie taknak asingkan kucai dalam makanan. It's a big thing for me. InsyaAllah lagi 4 tahun kita cuba lagi.

Malaysian's fav beregu team.
Hebat tak hebat team beregu Malaysia. Jujur lagi, Ernnie tak kenal sangat depa ni. Kenal la sikit-sikit beregu lelaki. Beregu campuran tak kenal. Sekarang baru ada kesedaran nak lebih kenal medalist badminton ni. (Sekurang-kurangnya Ernnie jujur kan?). Time-time ni lah lagu kakak Ella dan Abam Pezal Tahir tu rasa lagi menusuk qolbu. Thanks a lot korang. Ernnie siap pernah terfikir, kalau lah depa ni masuk bertanding Pilihanraya Kecil, confirm menang. 

U cannot beat the power of sports in uniting people or Malaysians in this case.


Abam Malaysia yang comel!
Abam pocketrocket memang cheq dah kenai dah. Time penyampaian hadiah, Ernnie pulak yang lebih-lebih terharu sebab boleh nampak how small he is. Macam comellll sangat. kat situ dah terbukti, satu peribahasa dulu : Kecil-kecil cili padi. Memang padu kau. Pocketrocketman (PRM) ni berjaya menyelit di celah-celah kesasaan penunggang beskal yang lain. Korang tak puji lagi akak tak tau la.

 Muka humble tapi menang silver. Kau hado?

Depa dua ni antara atlet yang awal-awal memenangi pingat dalam sukan olimpik tahun ni. Jun Hoong tak kenal jugak (silly me). Tapi Pandalela ni memang kenal sebab memang dia memang power. Nama dah terkenal dari last olimpik lagi. Dan bertambah terkenal dikalangan kpopers kat Malaysia ni sebab Pandalela ni minat kpop jugak. Hari tu ada Ernnie dengar dalam radio Era, DJ(s) ni nak minatak YB Khairy bawak mai Big Banh jumpa Pandalela as a present. haha~ mantop kau! 

lagi sorang yang perlukan pujian ialah Dhabitah. Popular Dhabitah ni. Sebab dia macam dalam semua tempat masa dan ketika asyik senyum ja. Kita failed sikit dah masam mencuka. Dia no 9 dunia kot. Senyum memanjang. Power dak ni. InsyaAllah emas dekat Tokyo nanti ek Dhabitah! :)

First picture tu ranking Abam LCW, then second upper pic tu heartbeat akak match semalam. Hari pun igt dah tenang, tapi macam nak pengsan tadi. Last2 ada love tu utk Abam LCW. Kami semua tak kisah colour medal Abam, yg penting Abam dah bagi emas kat kami semua dah. 🏅🏅🏅Congratulations DLCW. You've done your best. You've make Malaysians proud. You're our pride! 
Lebiu Abam! 

I know they won't read my blog. They won't even know my existence pun. But bro and sis, kita menghirup udara yang sama kot. Hahaha~ I want to use this space ; my own blog to express my gratitude towards all pf you, Malaysian Athletes. Samada yang dah menang, yang belum menang, yang masih tak terfikir untuk menang. Korang memang hebat. Congratulations.  Believe me, dalam dunia Malaysia yang tengah entah apa-apa, korang berjaya menyatukan semua Malaysia untuk terus menyokong korang. Terima kasih untuk perlawanan yang mengujakan yang kadang-kadang sampai nak tercabut jantung, hati,limpa, paru-paru semua sebab nervous sangat tengok korang bertarung. Korang memang wira. 
Remember, your silver or bronze is our GOLD
Thanks again!

Aug 6, 2016

Unsure of what's going on



Dari semalam rasa mcm nak lepak sensorang kat coffee house mana2 and nak reset balik kepala otak yang mcm serabut ni. 

And today I did that at my own crib ditemani bunyi burung, lebah, kucing, katak semua ada sambil tgk bendang. 🏡🏡


Baru bulan 8 tapi rasa macam2 benda dah jadi. Tak sure nak doa dekat Allah untuk bagi masa cepat berlalu atau bagi masa jalan slow2.. #bittersweet #unsureofwhatsgoingon #hopethishelps 

Jul 11, 2016

Aidilfitri 2016

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

Setelah sebulan kita umat Islam dah berpuasa, bulan syawal adalah bulan dimana kita nak merayakan kemenangan berpuasa. Time nilah berkumpul semua saudara-mara, makan sebanyak mungkin, lepas perut dah kempis sebab puasa kan?

Okay, cliche ~

Sama jugak untuk Ernnie setiap tahun, sederhana tapi meriah. As usual on the first day memang sibuk. Saudara-mara tak putus-putus datang. Dari lepas solat sunat Hari Raya sampai ke malam hari.

Ada la tengahari tu takde orang, so family Ernnie terpaksa tutup rumah siap dengan pagar dan pi beraya rumah pakcik-pakcik sedara dekat area situ. Semua walking distance malaysia version not Aussie version (kalau Aussie, walking distance dia super jauh).

Petang time dah nak maghrib tu baru lah pulun dok snap gambar dengan anak-anak menakan. Sebelum tu memang tak menyempat. Malam tu pulak sambil hidang makanan, sambil lari keluar tengok abang ipar main mercun. haha





Baju raya kali ni Ernnie beli dekat kedai-kedai biasa ja. Beli 2 helai. Both under RM100. Ernnie kadang rasa kalau plain baju kurung harga mesti kurang dari RM100, lebih dari tu Ernnie dah consider mahal. Ada satu baju ni Ernnie minat kainnya tapi baju tinggal warna pink je. So terpaksa ambil dan bagi baju dekat adik and Ernnie amik kain. Pakai dengan blouse yang lain.

Nowadays Ernnie macam boleh la dengan pink ni. Shawl pun banyak pink. Tapi kalau baju pink tu kureng lagi. kalau plain pink lagi la takmau and this year, rata-rata Ernnie tengok ramai yang berbaju biru which I'm in love with that. Baju Peplum Kurung Ernnie pun is a blue based tapi sarat dengan bunga. Floral is so in kan?? :)

Hari -hari lain Ernnie lebih prefer mix and match. Skirt yang Ernnie dah menang ada, just matchkan dengan blouse or long blouse. Tu je. Same baju but with different shawl colour will give you different kind of style. Trust me. Tak perlu membazir beli banyak-banyak baju.

Omg what am I doing? Talking about baju la pulak..
























Kasut raya? memang tak la Ernnie nak beli ksut raya. Lebih banyak dalam rumah. Memang tak berjalan ke mana pun. And bila dah tua macam ni, hanya beli baju ja. Kasut no, shawl no, new langsir? haha, no. Lebih kepada guna ja apa yang ada. Ernnie lebih prefer kalau nak beli apa-apa, beli time hari biasa sebab lebih cantik di mata I would say.





This was on the 2nd Syawal . Dr Norsida, whom that I know through MADA datang rumah. Sila lah datang lagi Dr ke rumah Ernnie tau :)

This is the best. Raya ketiga, my pumpkins just came back from Johor. Dah la depa ni tak emo pun keluar dari kereta. Terus pi naik buai dekat compound dekat compound rumah. Terus pagi tu jugak family Ernnie bersarapan dekat luar rumah. 







On the 3rd Syawal, macam on the first day. Ramai mai rumah. Start dari 10 pagi sampai la ke 10 malam. Tapi yang syoknya semua kenalan datang tak serentak. Ada kawan Ernnie, kawan abang, kawan adik and kawan parents. And my favourite friend Quya pun mai dengan laki dia. Mak Ernnie suka dekat Quya ni sebab dia rajin. So dengan mama pun happy bila tau Quya nak mai. :) Tq Quya for coming! Atiqah Halim Bashah yang tak pernah missed datangevery year pun datang jugak :) She's my great buddy when it comes to talking about our life^^. Tq jugak Zarul sebab Sporting (zarul tu suami tiqah) 








Anywayit is a good raya. Many more will come. Semoga korang-korang yang membaca ni pun akan enjoy raya korang macam mana Ernnie enjoy raya kali ni. Terima kasih untuk semua yang mai. Korang memang best!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...