Feb 26, 2013

Redha Allah

Bila buat satu perkara,
mintalah Redha Allah,
Kerna,
kerja Allah itu cantik
di mata kau dan
di mata semua makhluk.

Terkadang,
Kerja yang kau buat
Tanpa redhaNya,
Nampak cantik di mata kau,
Tidak dimata yang lain.

Feb 25, 2013

Tudung


Salam.
Kepada rakan-rakan yang bertudung di hadapan ibu bapa atau time balik kg sahaja,
saya rasa lebih indah dan sempurna jika anda megenakan tudung pada setiap masa :).
Tuntutan bertudung itu bukan dari ayah atau ibu,
tapi ianya dari Allah SWT.

Mungkin saya bukan siapa2 untuk menasihati anda
(diatas kekurangan saya yang masih banyak),
tetapi percayalah, kalau anda juga sebagai ibu atau bapa,
semestinya anda akan kecewa bila
anak sendiri bersikap talam dua muka.

Ada sesetengah insan, dianugerahkan kecantikkan
regardless pakai tudung ataupun tak.
Tapi apa salahnya pakai tudung,
sebab cantik dapat, manis pun dapat,
pahala pun dapat.

Lebih parah jika tudung yang sepatutnya melindungi itu
dibuka dihadapan insan yang entahkan
ya atau tidak akan bersama kita di jannah kelak.

Kalau kata2 saya ini ada salahnya, pohon maaf semaaf maafnya. :)


-saya-

Feb 17, 2013

PARAH. My side

Salam.


Closing your eyes isn’t going to change anything. Nothing’s going to disappear just because you can’t see what’s going on. In fact, things will even be worse the next time you open your eyes. That’s the kind of world we live in. Keep your eyes wide open. Only a coward closes his eyes. Closing your eyes and plugging up your ears won’t make time stand still.
 
Haruki Murakami, Kafka on the Shore


Semalam Ernnie berpeluang melihat teater Malaysia bertajuk PARAH di Brisbane Powerhouse bersempena dengan World Theatre Festival yang diadakan dari 13 Feb hingga 17 Feb 13'. Thanks dekat Kak Azura and Kak Niza yang mengajak Ernnie dan kawan-kawan pergi tengok. Memang berbaloi.

Hanya empat orang pelakon, tapi mereka semua berjaya membawa watak masing-masing dengan baik.

 Teater ni bertambah seronok sebab ianya
 dalam Bahasa Malaysia. Memang emosi dan perasaan 
dibawak sekali dalam watak dieorang. Tapi obviously ada subtitle.
 Satu yang Ernnie ingat, 
bila Hafiz cakap "kepala hotak kau", 
subtitle yang ditunjukkan kat situ "You head". 

Untuk Ernnie, translation tu tak dapat potrayed the feeling 
of kepala hotak kau in a way kepala hotak kau should be.
 Susah nak explain tapi macam tu lah.


PARAH ni mengisahkan empat orang Pelajar SPM yang berkawan baik, Melur, Mahesh, Kahoe dan Hafiz. Persahabatan mereka diuji disebabkan oleh perbezaan bangsa melalui satu buku yang diperkenalkan dalam syllabus satstera Bahasa Malaysia iaitu Interlok. Okay boleh google yang lain tu.


Pendapat Ernnie bila tengok teater ni. 

Bagi Ernnie cerita ni memang membuka mata Ernnie dalam perkara yang kita semua aware tapi kita cuba untuk sembunyikan. It's not about voicing out the dissatisfaction, but it's more on you know that the problem is there. Susahlah nak cakap dalam perkataan sebenarnye.

Teater ni memang meninggalkan kesan. You'll feel something. Dari sudut lain, Ernnie bersetuju dengan Pengarah teater ni, Jo Kukathas bile beliau cakap, teater ni jugak nak tunjukkan pandangan dari pelajar sekolah. Sebab selalunya bila Kementerian mengubah apa apa perancangan dalam sistem Kurikulum dan Kokurikulum, pandangan yang tidak akan diambil kira adalah pandangan pelajar.

I have to agree in this sebab (Ye, saye pernah menjadi pelajar sekolah obviously) pelajar sekolah bagaikan mangsa keadaan atau bahan kajian. Mungkin tidak pada waktu Ernnie bersekolah, tapi selepas dari itu. Btw, Ernnie adalah pelajar terakhir yang Math and Science diajar dalam Bahasa Malaysia. Perubahan dalam pendidikan itu perlu sejajar dengan perubahan masa. Tapi mungkin sedikit sukar untuk pelajar nak adapt dengan environment pembelajaran yang kerap berubah.

Dalam masa yang sama bila elemen novel 'Interlok' tu dimasukkan dalam teater ni, nampak perubahan ketara dalam setiap watak-watak. Setiap individu cuba nak mempertahankan sesuatu tanpa menghiraukan nilai persahabatan yang dah terjalin. One side, nampak semua mengeluarkan dendam yang dah lama tersemat dalam diri. Mr. Hyde (kene baca Dr. Jekyll and Mr. Hyde)  punye personaliy dah keluar dalam diri setiap watak. Dendam yang bukan sehari dua tapi dendam yang bertahun didimpan telah dimuntahkan. Nampak konflik sangat parah dalam diri Hafiz dan Mahesh. Tapi dalam watak Melur dan Kahoe lebih kepada I'M AWARE BUT I'M CALM kind of thing. Time ni otak Ernnie tak sure side mana sebenarnya patut ikut.Macam ada pros and cons for both sides basically. Kat situ konflik dalaman Ernnie dan sampai sekarang dok terfikir. Hurm.

Ending teater ni menunjukkan macam mana kita ni selalu membuat judgement awal tanpa usul periksa. Bila buku Melur terkoyak dekat certain pages, Hafiz menuduh Mahesh yang koyakkan sebab mukasurat yang hilang tu basically ada menyentuh sensiviti Kaum India. Tapi in the end, bukan Mahesh.

Bila fikir balik, kita kadang2 menuduh seseorang itu bersalah apabila ada perkaitan walau sedikt tanpa betul-betul menyiasat. Bad huh? ^^

Mungkin ada sesetengah orang bila tengok teater ni akan cakap ala, biase2 je. blablabla. Itu opinion awak, dari hati Ernnie, Ernnie  sangat enjoy teater  ni so so much. Straight to the point, I would give them 5 stars.

Kalau dah masuk World Theatre Festival, obviously memang bagus lah kan?

     -END-

Barisan pelakon dan penulis skrip. Dari kanan Hafiz (Iedil Putra), Kahoe (Gregory Sze), penulis (Alfian Sa'at), Mahesh ( Bravanan Aruljothi dan Melur (Farah Rani).


Me, Kak Niza, kak Zura, Ras dan Wiwin. thanks Diana sebab tolong snapkan. Belakang tu Brisbane Powerhouse tempat teater PARAH ditayangkan.


Ni dekat New Farm Park. on the way nak ke city cat ferry. Wiwin, Ras, Me and Diana.

Feb 13, 2013

Happy Birthday Eliene Anissa

Kredit : facebook papa
Semalam 12 Feb

Hari lahir adik saya Elin yang ke 15.

Teringat lagi Ernnie sangat excited bila mama bersalinkan Elin. Gap kiteorang agak besar i.e 8 tahun. (basically semua adik beradik Ernie gap umur jauh2).
Punyelah suka sampaikan the whole year Ernie tak pergi sekolah agama petang dengan alasan nak tolong mama jaga Elin. Muahaha~ . Bila naik darjah 3, Ernie masih di darjah 2 sekolah agama. (padan muka).

Bila dah besar, Ernie suka bergaduh dengan Elin. Memang hobi sepenuh masa. Sampai sekarang pun hobi ini masih berterusan.

Eh, entry ni sepatutnye untuk Elin.

Okay. Happy birthday to you Elin. 
This year you're gonna take the PMR exam. 
Do make mama and papa proud. I know you can do better than me. 
Much better.
Remember, the most happiest moment is when papa and mama cry
 because of their children's achievement. 
Trust me.
InsyaAllah, I always pray that you will get 8As. 
InsyaAllah InsyaAllah.


Yesterday's conversation

Me: Elin, happy birthday to you
Elin : Tq, Eh, kak syafika, Elin dengaq ipad K.Syafika rosak eh?
Me : Aa, tapi dah elok dah. Hawatnye?
Elin : Ala, dah elok ke? (nada sedih)
Me : hawat hang nak sedih pulak?
Elin: Sedih sebab Ipad kak syafika dah elok. Happy kalau Ipad Kak syafika rosak.

=.="

- see, that's my adik. My only adik. My only annoying adik -



Kredit : facebook Elin

Feb 12, 2013

Hidup yang kita pilih.

- Gambar Ihsan tumblr-
Hidup kita ni dipengaruhi oleh environment. Environment itu meliputi :

  • Ibu bapa
  • Family
  • Pasangan hidup (jika ada)
  • Rakan/kawan
  • Harta/pangkat yang kita miliki
  • Ilmu yang kita telaah
  • Buku yang Kita baca
  • Website yang kita tengok/baca
  • Blog yang kita baca
  • Status facebook yang kita baca
  • Gambar yang kita lihat
  • Perjalanan /travel yg kita pernah lakukan
  • Sekolah yang kita belajar
  • Universiti yang kita masuk
  • Tempat tinggal yang kita duduki

Nak bende baik, harus pilih benda baik. Harus tapis bende jahat. Harus fikir perkara neutral.

Dah pilih perkara baik, mohon Allah agar pilihan kita itu diredhai. Bila Allah redha, Allah suka, Allah akan beri environment yang sentiasa buat kita gembira. Perasaan gembira itu akan sentiasa membawa kita ke arah kebaikan.

"Kamu adalah apa yang kamu baca". Betul tapi ianya hanya satu faktor.

"kamu adalah apa yang kamu lihat". Betul tapi ianya juga adalah satu faktor.

Bagi saya

" Kamu adalah apa yang kamu pilih untuk persekitaran kamu. "

:)

(seperti biasa post sebegini ditujukan kepada empunya diri dahulu sebelum dibaca oleh sesiapa yang mahu/ter baca)

Feb 6, 2013

Boycott; 2 comments that lead to the same outcome.

Salam.
Mahu Cakap pasal boikot barang Israel.

Ade dua jenis perangai yang Ernnie tak berapa nak selesa. Rase bila baca macam haishhhh..

Bila orang upload gambar pergi mcD or Starbucks, ade hambaAllah akan tulis,

1. “Eh, tak boikot ke? I dah 5 tahun boikot tak makan mcD, Starbucks segala.
You tak rase bersalah ke?”

2. “ Ala, takat boikot McD je, same je. Kenape tak boikot semua sekali? McD, loreal,
Coke, Starbucks, Nestle (and the lists that she knows are being mentioned like forever).
Takde effect nye economy orang Israel tu".

Sorang berbajet nak tunjuk die lah hebat segala, lagi sorang nak tunjuk yang usaha ko takat boikot McD tu sia-sia.

Sheikh Daood pernah cakap, kalau nak benci, benci perangai dan bukan individu tersebut, so nak tulis yang Ernnie kurang gemar sungguh jika baca dua comments di atas.

Pertama, kenapa nak brag sangat yang awak tu boikot segala? Lagi kesian kalau yang mengupload tu  artis, or celebrity. Adoii, memang kene bashed teruk. Akhlak hilang kemana time nak tegur orang. Pandangan Ernnie, boikot ni solely hak individu. Dan die perlukan kefahaman. Takut ikut orang boikot, awak pun boikot,kesan tu memang akan ada, tapi tak lama.

Okay, (still dekat individu no.1) it’s just that Ernnie nak pointout dialog tu spesifically macam sombong sangat. Ade orang baru bertatih dalam usaha boikot ni. Mana tau selama ni, die beli the whole set McValue kat McD seminggu, tapi sekarang die just nak beli satu cheeseburger je sebulan. Pastu, orang terus bashed die tulis yang bukan2 marah semua. Besar kemungkinan yang die akan beli set McValue tu bukan takat satu tapi 5 set untuk semua family dia. Dan lagi satu, Ernnie rasa nasihat ni kalau nak beri kene berhikmah. Tak semua orang ade character macam tu. Pulak2 dengan nada sombong awak comment dekat orang yang tak pernah awak bersua muka pun. Lagila "kau-sape-nak-tulis-kat-gambar-aku?" feeling. :)

Individu kedua ; orang yang memperlekeh usaha orang lain. Fine. Kalau rasa taknak boikot langsung, jangan sebarkan virus awak tu dekat orang lain. Sesungguhnya orang lain ada inisiatif walau sedikit untuk membantu memboikot semampu dirinya.

Kisah seekor burung kecil
Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh kaumnya, seekor burung kecil berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang kali, sedangkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Benar. Memang ia tidak akan memadamkan api itu. Tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah pasti akan menyoal ku nanti, apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah? Dan sesungguhnya Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak."

Tapi awak yang tulis ni, macam halang usaha tu. Ade orang yang nak start boikot, bile bace comment yang kedua ni, die mungkin akan cakap.

“betul jugak kan, takat satu set Happy Meal yang RM5 ape lah sangat effect nye dekat Orang Palestine, okay je kot beli”.

Nampak tak???. Dua comments ni bagi Ernnie sangat opposite to each other tapi akan bagi the same effect dekat usaha nak boikot ni. Ernnie pun rase kalaulah Ernnie ade tulis comment mcm ni dekat orang, I’ll hate myself. No doubt about that.

Ernnie pernah post kat blog pasal Boikot ni dulu (Terluka hati orang Palestine sebab saya). Dengar talk dah banyak pasal Palestine ni. Tapi ade satu talk tu betul2 affect diri Ernnie untuk mengambil langkah semampu mungkin. Ade lagi mungkin product2 yang menyumbang kpd ekonomi Israel/Zionist ni yang Ernnie still consume. Tapi kalau Ernnie boleh avoid, Ernnie akan avoid, InsyaAllah.

Mungkin pada sesiapa yang nak tahu pasal boycott Israel product, ada NGO yang bergiat aktif dalam bidang ni. Banyak rasanya. Mungkin kalau Ernnie boleh senaraikan sikit. Aqsa Syarif, Aman Palestine, Viva Palestina, Muslim Care Malaysia, PACE, dan MERCY Malaysia. Ni yang Ernnie pernah dengar. Rasanya banyak lagi kot NGOs yg bergiat aktif.

Alhamdulillah, kat gambar ni ade tunjuk post dari Aqsa Syarif berkaitan pertemuan mereka dengan McDonald's. Based kat post ni, Ernnie terfikir kalau McD tak terjejas dari segi keuntungan, takkan mereka nak berjumpa dengan pihak Aqsa Syarif out of sudden kan?

Like I've said, boycott ni hak individu. You can join or You can refuse not to. Tapi kalau orang kafir pun boleh boycott atas sifat kemanusiaan, kita InsyaAllah lagi boleh buat sebab kita pun ada sifat kemanusiaan tambah lagi dengan pertalian persaudaraan Islam. Kan?

:)) Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...