Best! Tu je yang Ernnie boleh bagitahu korang. Berlangsung pada minggu lepas 2-7 Ogos di Hotel Sri Malaysia, Bangan Serai, Sepang.Seramai 39 peserta yang hadir di bawah agensi dan Kementerian Pertanian. Mungkin tak boleh cerita yang lebih lanjut takut semua ni maklumat sulit. Teehee.
Program ni ialah part of nak confirm kerja. So memang kene buat betul betul. Semua slot seronok sangat sebab penceramah yang dipilih memang terbaek dan tahu apa yang nak diberi.Consultant yang dipilih untuk aktiviti luar pun memang best. Cumanya Ernnie ni je yang lembik. So banyak la complain penatnye. Hihihi
Ernnie pun tak sure sampai mana boleh direvealed, tapi point of nak tulis blog ni nak berterima kasih dekat semua Urusetia (Ustazah, Pn Siti Hajar dan Pn Asmarani), consultant (En Mizi, dan Cik Izzatul), ustaz-ustaz yang bagi kuliah subuh dan maghrib, penceramah yang mantop dan semua yang terlibat lah ( tak lupa untuk En Abu dari hotel management) . Ernnie boleh beritahu yang kursus ni paling best yang pernah Ernnie attend. Enjoy dengan semua 39 peserta yang terlibat. Sebabkan tak lah ramai sangat, memang ingat nama InsyaAllah. Tapi nak beritahu nama sorang-sorang memang tak larat.
Special thanks dekat kumpulan Ernnie ; Peace yang memang awesome sampai ke saat terakhir. Farid, Azizul, Fadhil, Firdaus, Muiz, Ary, Hafeez, Marina dan Ernnie. Semangat nak menang kiteorang memang kuat sampaikan Johan semua kategori kot. Wuhuu. Semoga persahabatan yang dijalinkan ni insyaAllah lah sampai ke tua beranak pinak dan bercucu dah. Teehee. Tahniah untuk Farid dengan Ary Putra yang akan menamatkan zaman bujang derang ni tak lama lagi. Congratulations Bros. May Allah ease your new journey.
Baru tambah gambar ni sebab kiteorang berjaya buat reunion (Yeay!) MADA dengan En. Zul yang kiteorang panggil otai. En. Zul adalah Engineer dari Lembaga Nenas (LPNM). |
Berharap sangat dapat lagi buat reunion dengan korang-korang ni. Walaupun semua dalam Ministry yang sama tapi memang semua bagitahu susah nak jumpa sekali 39 orang ni. So reunion memang kene buat kan? :))
No comments:
Post a Comment