Jul 30, 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU ERNNIE + FIDELL (PART 1)

Alhamdulillah...

Finally, setelah sebulan berkahwin, baru nak update. Asyik update event kenduri orang lain, hari ni nak cerita peristiwa meng'attend' perkahwinan sendiri. Hahaha.





Terima Kasih Allah, Ernnie telah diijabkabulkan dengan cinta hati Ernnie, En. Fidell pada 30 June 2017 di perkarangan rumah parents Ernnie dengan sekali lafaz (macam Ernnie pulak yang lafaz). Semua berjalan lancar.  Memang sangat puas hati. Kalau nak tanya nervous atau tak, Ernnie macam tak berapa nervous. sehingga ke saat pernikahan pun tak nervous. Persiapan ada la dah mula sehari sebelum, dia lebih kepada majlis rewang bersama dengan orang kampung. Dekat kampung Ernnie orang panggil pakatan. So sehari sebelum ada yang dah datang untuk pasang khemah, besiang daging bawang semua. Untuk Ernnie lebih kepada nak siapkan hantaran. Hantaran Ernnie buat sendiri semua. Memang puas hati sebab buruk atau cantik pun kita yang buat kan :) . Malam 29 tu pulak mama Ernnie dah start masak acar buah. Mama pun minat buat sendiri rather than beli. Selain tu, Ernnie dah start kemaskan bilik pengantin dengan bestfriend Ernnie yang datang nun jauh dari Selangor, Aziemah. Terima KAsih Aziemah. Sangat membantu Ernnie dalam semua benda start dari awal majlis sampai majlis habis. My bestman orang putih kata.

Ernnie jugak buat sendiri macam chalkboard yang kecik. Memang sangat minat tapi bila tanya harga agak pricey untuk adakan pelamin rustic + blackboard style. So opt untuk buat sendiri. Untuk bunga tangan pun, Ernnie rasa sangat-sangat berbaloi dan puas hati sebab dapat buat sendiri bunga tangan Ernnie dan memang bangga sebab it turns out to be nice, simple and beautiful of course!. Inai pulak Ernnie memang nak pakai inai daun tapi nak cari agak susah sekarang. Kebetulan boss MADA Ernnie ada belikan Inai daun dari Makkah. Pakai 2 malam berturut-turut dan sampai sekarang pun inai dekat tangan Ernnie tak hilang. Plus, Ernnie dapat pakej untuk inai lukis dari bridal yang Ernnie tempah baju sanding dan pelamin. So Inai lukis Ernnie memang bagi bridal je yang buatkan.











Untuk baju nikah, Ernnie opt untuk beli yang terus siap. Ernnie beli dekat butik D'YANA. Dia sekali set dengan selendang. So memang tak perlu fikir banyak perkara dah. Ada lagi benda2 lain. Tapi nak cerita part bersanding la pulak kan. Entry ni untuk yang berkait dengan nikah je~

Hari nikah Ernnie berlangsung dalam suasana yang sederhana dan cepat. Memang cepat weh sebab sekelip mata je Ernnie dah menjadi Mrs. Fidell. Btw, imam yang nikahkan tu pun nervous kot sampaikan beliau lupa untuk arahkan pengantin perempuan keluar dari bilik waktu baca khutbah. Makcik suami yang tiba-tiba ingatkan dan panggil Ernnie. Waktu nak akad pun imam tak tanya apa-apa dekat suami. Sebab tu Ernnie boleh cakap cepat tu. hahaha. Nak la bajet-bajet terharu or menangis ke, tapi tak pun. BTW, I'm proud of myself for not crying on my happiest day since I'm well known as an emotional person on earth.

So jadilah Ernnie ni isteri kepada En Fidell selepas Asar. I'm so happy because I choose him to be my husband. Kalau diberikan peluang lain, Ernnie tetap akan memilih En Fidell ni sebagai suami Ernnie dunia akhirat.


















































FASA PENGENALAN.

Macam mana Ernnie boleh mengenali suami Ernnie ni? Everything started on 8th of April 2016. Seseorang telah memperkenalkan Ernnie kepada suami Ernnie and that someone tu eventually became my aunty.

8th April 2016 -  1st message Fidell
27th May 2016 -  Ernnie met him for the first time. (We're having dinner together)
12th June 2016 - We're serious with each other
17th June 2016 - Berbuka puasa dengan Mak Fidell (now is my MIL)
10th July 2017 - He said he wanted to send a rombongan meminang in December.
16th December 2017 - we're engaged
30th June 2017 - We're married.

Begitulah kronologi pengenalan Ernnie dengan suami Ernnie. Tak la sweet lovey dovey sangat. Everything happened very fast. Tengok-tengok dah berkahwin dah. Like I said earlier, I'm so happy because the majlis went well.






Nanti akan ada sambungan untuk Majlis Persandingan pulak which I'm not sure when.

Mar 2, 2017

NERVOUS YA ALLAH - Rewarding Gateaway




Nerve wrecking moment.

That's all I can describe myself attending the conference. You know why? I've given a task to present a topic. All in all, in my 27 years of my life, I guess that was the most high blood pressure, nervous and shaking moments in my life. Given presentation in front of the experience academicians, Prof(s), Dr(s), General manager for agencies, privates so on and so forth.




Bila boss suruh Ernnie present, memang sangat cuak okay. Mana tak nya. Kalau sapa-sapa yang kenal Ernnie akan tau Ernnie ni penakut sikit kalau time presentation. Depa memang tau Ernnie tak suka dengn presentation. Apa yang akan jadi dekat Ernnie seminggu before presentation, confirm akan kurang tidur, kurang bercakap dengan orang bila tengah tengok slide, penat, tengok bantal dan katil macam memanggil-manggil tapi tak boleh nak pergi. Hahaha. Pulak-pulak bila membabitkan presentation dekat orang-orang tertentu. 





Alhamdulillah, it went well. Well or tak well dah tamat. Not sure about my performance, tapi rasanya macam okay. Bila habis tu baru Nampak orang, boleh bergaul macam biasa. Hahaha. Sebenarnya yang baertambah tekanan untuk present tu ialah kehadiran boss-boss Ernnie sebagai peserta untuk Conference. Presentation di hadapan orang yang kita tak kenal adalah lebih tak cuak daripada present depan orang yang kita kenal. Kita akan assume yang depa akan tengok kita dan menilai dati top to toe. Itu hanyalah assumption, it might be true or not true. Tapi boss- boss Ernnie sangat sporting dan semua bagi sokongan yang padu. Thank you bosses. 




Dah habis semua conference di UPM, petang tu Ernnie pergi Jakuzi yang ada dekat hotel. Oh, lupa nak cerita pasal hotel yang Ernnie stay. Cyberview Resort & Spa. It was worth the money spent. Tempat yang memang Ernnie recommend kalua nak suasana yang tranquil and serene kat tengah bandar. Ni kali kedua Ernnie pernah pergi Cyberview. First time pergi sana hanya masuk bilik seminar dia untuk satu bengkel bersama MARDI. Terus jatuh chenta pandang pertama. Bila ada coference di UPM ni, Ernnie terus book hotel ni. Lebih sikit dari peruntukan Agensi tapi untuk suasana yang lebih baik, Ernnie okay untuk bayar lebih. Bilik pun besar. Ada satu katil queen and satu katil single. Apa lagi? Ada bath tub sekali. Parking pun sangat senang. Sebab dia macam apartment kind of style. 




Mind you, the jakuzi room tu ada hot water jakuzi, cold/ice water jakuzi, steam room and sauna. Best kot. Complimentary dengan room booking kat sana. Boleh pergi banyak mana nak pergi. Makan pun memang best, banyak variety foods boleh pilih. Sedap pun sedap. Memang Ernnie akan dating lagi kat sini lepas ni. Untuk cons dia Ernnie just rasa susah sikit nak kemana-mana kalua takda transport. But since dah ada Uber, Grabcar tak payah risau dah kot. That’s the price you have to pay kalau nak tempat yang jauh sikit dari bunyi-bunyi bising bandar yang menyesakkan kepala otak. Kan..





Dalam trip tu jugak, Kakak and Abang Ipar bawak pergi makan Shell Out dekat area Puncak Alam. Tak la fancy sangat benda2 yangg dok viral ni. Tapi nasib la tempat makan tu best, enjoy la jugak.





The next day, Ernnie and parets gerak pi Lumut nak attend Majlis Kenduri Junior dekat Aussie. Izzat Burhan. Btw Izzat ni bukan sama Uni dengan Ernnie pun. Even more, dia tak sama negeri belajar pun. He’s Perth and me Brisbane. Tapi kenal time ada gathering musim sejuk dekat Melbourne. Very nice wedding. Thanks Izzat for the invitation. Comel isteri Izzat. Kak Ernnie hope for a happy ever after sampai syurga. Amin Amin. 






Last but not least, kami pergi makan dekat restaurant tok cik Ernnie dekat area Batu Gajah. Sangat popular sekarang. Professor Cendol. Meang sedap sebab tokcik buat cendol (yang hijau) tu sendiri. Mana la tau kalua kampong korang lalu area situ or nak le Lumut / Pulau Pangkot jalan kat situ, apalagi singgah la Professor Cendol tu. 





Ernnie done with her nerve wrecking moment + relaxing time. Alhamdulillah for these moments. Memang akan ingat sapai bila- bila. Especially part presentation tu. One side, memang cuak, tapi on another side, memang boleh increase Ernnie punya confidence level. Thank you boss.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...