Last but not least, kenduri di sebelah suami. kenduri ni seminggu lepas kenduri sebelah ernnie. Walaupun rumah Ernnie and husband dekat sangat, tapi still nak buat kenduri yang berasingan. Ye la sebab both ada keluarga yang besar kot.
Untuk rumah husband, ernnie pilih warna pastel sebab kat rumah sendiri dah pilih warna biru. Memang suka both color kot. So puas hati. ada yang tanya baju ni ernnie tempah dengan designer ke? Jawapan dia tak pun, ernnie pergi butik pengantin dan pilih yang mana ada je dekat situ. Sebab kalau nak buat, lepas tu macam tak sure nak pakai time bila dah. Atau pun, nak suruh butik design yang baru macam tak berbaloi. Takkan nak habiskan duit yang sangat banyak untuk majlis yang hanya sehari (even beberapa jam je). Boleh pakai untuk benda lain lagi duit tu. Setuju?
Hari kejadian pun ernnie berarak lambat sikit atas beberapa hal yang tak dapat dielakkan. kena terima kasih dekat tetamu sebelah suami yang masih setia menunggu. Siap ada yang datang dari Kuala Lumpur sebab sebelum ni suami ernnie kerja di KL. Trimas trimas.
Time nak buat pengambaran outdoor pun, kami opt untuk buat je dekat - dekat sawah kampung. Siap naik motor je pergi. Pakai baju pengantin sambil naik motor. Kau rase? jenuh dok pegang kain bagi tak termasuk dalam rim tayar tu. haha. Tapi best kot. Sape je kat dalam dunia ni yang pakai baju pengantin sambil naik motor kan? Hahaha
Last but not least, kena banyak-banyak terima kasih dekat photographer yang Ernnie ambil. Untuk 3 even dari nikah, sebelah ernnie dan sebelah suami. Lepas tu cepat pulak tu servis. Memang puas hati bekerja dengan Mohd Aimi Mustaqim. Boleh cari terus beliau dekat dalam facebook. Terima kasih Mustaqim sebab melayan kerenah kami. Puas hati sangat- sangat kot.
Okay done entry untuk the whole majlis perkahwinan Ernnie. Lepas ni tak rasa stress dah sebab dok fikir bila la nak post semua ni. hahaha
Cr picture : Mohd Aimi Mustaqim.
No comments:
Post a Comment