Sep 12, 2013

Ernnie gila kasut



Hari ni bertekad nak kemas bilik sikit-sikit. Nampak kotak yang ada banyak kotak kasut dalam tu, so keluarkanlah semua kasut-kasut. Bajet nak sapu-sapu habuk dekat kasut tu tapi end up pergi try susun kasut-kasut tu nak tengok banyak mana koleksi. 

Kalau sapa kawan dengan Ernnie mesti tau yang Ernnie ni memang shoe-freak. Dari pre-U dekat Taylors Subang lagi start kumpul kasut secara serius. Boleh kata setiap bulan mesti nak beli satu kasut. Suka kasut satu, Ernnie ni jugak tak boleh tengok kasut lunyai. As in bila pakai 2-3 kali, akan beli baru sebab takut kasut rosak. Objektif dia supaya boleh rotate nak pastikan takda kasut yang lunyai. Pftt.

Fyi, tu kasut yang ada dalam bilik Ernnie. Ada lagi sikit dekat rak kasut and ada jugak yang memang Ernnie simpan dalam kereta in case of emergency. 

Perkara pertama yang Ernnie tengok dekat seseorang adalah kasut dia. Everytime. Tak kisah baju or tudung kedut seribu, asalkan kasut nampak awesome. Kadang kalau kasut tu Ernnie tak berapa minat, tapi kalau nampak awesome kat empunya tubuh, memang awesome jugak. :) 

Ernnie paling minat wedges. Sebab bagi Ernnie dia sangat selesa based on luas permukaan kasut tu berbanding dengan kasut bertumit. Wedges ni jugak boleh dipandankan dengan semua outfit. Dari baju kurung, jubah, seluar, kebaya, semualah. 

Time dekat Aussie, Ernnie jarang pakai wedges or heels sebab deal dengan lab work. Kene pakai kasut tutup je. Time tu start beli vans. Memang ada satu Vans tu, Ernnie pakai sampai lunyai. Comfy sangat-sangat. At the same time, Ernnie beli kasut dari Nine West dengan Aldo (beli kat sana untuk pakai di Malaysia) sebab kat sana murah compared dengan Malaysia kalau convert pun. 

Dalam banyak-banyak kasut yang Ernnie ada, ada 2 kasut yang special. Sayang semua kasut tapi yang ni lebih sikit :)


Firstly yang atas ni. 

Brown ALDO Melquist. 

Ernnie beli dekat Aussie time Boxing day. Harga dia dalam $40 Aud lepas 50% discount. Good price tak tipu. Ingat lagi, time tu jalan dengan sorang kawan. Boxing day memang paling ramai orang kat City tu. masuk ALDO. Ernnie nak sangat kasut ni at first. Tapi kawan Ernnie cakap tak payah sebab membazir.  Ernnie pun ikut je cakap dia. Tapi hati tak berapa sedap sebab kepala nampak kasut ni je pergi mana pun. To the extend, mimpi kasut ni okay. Esoknya, Ernnie pergi balik ALDO and terus beli kasut ni. Lepas beli terus lega. Gila. But seriously this shoes is very comfortable and smart. Sayang kasut ni macam anak sendiri. Eh? :)) 


Second kasut yang ni : 

VANS Red Hawaiian. 

Beli kat sana $70 lepas 30% discount. Kasut ni yang specialnye sebab Ernnie selalu bukak Tumblr dan search keyword VANS. Bila nampak kasut ni memang aim nak beli. Tapi dok ingat dia jual dekat US je. Sebab kadang VANS yang limited ed ni tak jual worldwide. So satu hari tengah tunggu bus, nampak kasut ni dekat kedai berdekatan. Terkezut kau sebab nampak kasut yang memang tengah aim. Siap ada discount lagi. Apa lagi, rembat satu terus diam. Haha. Basically theme hawaian ni ada banyak. Dari wallet, bag, socks, eveything. Unfortunately jumpa kasut je, barang lain tak nampak pun. Suka pattern dia yang macam nampak kusam tapi bright gitew. Ada lagi satu corak tengah aim. Warna putih corak daun cannabis. Stylo. 


Aim hanya aim. Tapi jauh di sudut hati memang nak kurangkan rasa seronok bila tengok kasut. Nak bagi rasa biasa ja bila lalu kedai kasut. Buat masa sekarang, susah sikit. Kalau pergi Mid Valley tu memang end up akan beli kasut. Semoga dapat jumpa someone yang boleh nasihat saya untuk kurangkan  beli-beli kasut ni. Sekarang memang ada. Tapi tak makan saman. Haha. 

Nak share lah sikit quotes2 pasal shoes nie. Ngee 



Sep 7, 2013

Paling Popular : Kahwin

Pergi kenduri kahwin memang hobi Ernnie. Seronok sebab dapat jumpa kawan dengan seronok makan. Hihi. Haritu siap pergi Kelantan nak attend kenduri kawan Ernnie sama-sama belajar dekat UQ. Pergi dengan parents dan Atikah & tunang dia. Mabruk Ida dan Wafi atas perkahwinan korang. Semoga berbahagia sampai akhir hayat InsyaAllah. Tidur dekat rumah kawan aka housemate di UQ, Ain. Terima kasih jugak dekat Ain and family atas layanan yang haibat kat Ernnie and family. Terharu. Pergi sehari and terus balik. First time lalu jalan Machang. Siap jumpa gajah kat atas jalan tengah melintas. Hihi ^^




Ni gambar Ernnie di rumah kenduri kawan abang ipar di Sg. Petani. Tahniah akak :) time ni raya ke tiga or keempat tak silap. 





Ha, ni dekat wedding Ida dengan Wafi. Ida & Wafi ni sekali pre-u dengan Ernnie dari Taylor's lagi. Lepas tu Wafi belajar di Perth dan Ida di Brisbane. Rupanya derang ni kenal since sekolah lagi (betulkan kalau Ernnie salah). Kiri sekali tu Syara. Same jugak Pre-U dengan kiteorg. Sebelah dia Ain. Sebelah Ernnie, Atikah dengan tunang, Zarul. Ni lah sebab Ernnie suka pi kenduri. Tengok ramai mana kawan boleh jumpa. :) 


Hujung bulan 8 Ernnie pergi kenduri Dang aka Dalila. Ni basically kawan-kawan yang Ernnie rapat time dekat MRSM dulu. Derang ni dah la cantik, ayu, cun, pandai. Semualah. Alhamdulillah kami semua dah grad tapi Ernnie masih menganggur. Maya, Boo (Farhana), Dang and hubby, Su, and Zyda. Tahniah Dang and husband. Korang memang sepadan! 


Kiteorang memang rapat sama-sama lima orang (Maya takde time ni sebab dah balik, sobs). Kaki gosip sesama. Sayangnye Ernnie dekat dieorang. Every year mesti jumpe. Pernah jumpe same-same kat Chicken Rice shop. Gelak tak hingat dunia. Haha ^^ Haritu jumpa pun gelak sakan. Sorry Su, Ernnie gelak sampai ketuk2 dashboard kereta. Punyalah kelakar. 

Okay dah meleret. Kene stop. :)) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...