Feb 16, 2015

Terima Kasih Nisa Kay! : Single yang Gembira


Assalamualaikum,

Apalah yang nak dibandingkan orang yang follower 15 K dengan Ernnie ni yang hanya ada 15 orang ja. Tu pun tak tentu yang followers tu baca blog Ernnie. Tapi, tapi, Nisa Kay ada menulis satu entry pasal something yang Ernnie nak berterima kasih sangat dekat beliau. Nak jumpa Nisa Kay Boleh? Nak Kasi Hug 360 darjah. hihi :)
Pi baca dulu, satgi, patah balik mai dekat belog Ernnie balik kay? *UPDATED* Sebenarnya points yang diberi ni bukan dari Nisa Kay originally, tapi dari website ni : 

Signs You're comfortable being single

Ernnie nak olah setiap satu point yg Nisa tulis.
Melalui kacamata yang memakai contact lense ni. Eh? ^^

http://images.huffingtonpost.com/2013-12-08-alone_3.jpg
Nampak tak happynye kakak ni ^^

#1. Tak kisah tak melepak or just stay at home time hari minggu.
10 Markah Nisa! Memang tak kisah langsung. Tapi disebabkan oleh Ernnie ni kaki berjalan, boleh je berjalan sorang tanpa perlu call kawan. Malas. Sebab bila ajak, jarang keputusan die akan jadi "jom". Selalunya dia akan jadi "alaaa....."

#2. Gembira atas hari bahagia orang lain. 
16 Markah!. Memang hobi Ernnie ni pergi orang kenduri, aqiqah dan sebagainya. Tak pernah pun taknak pergi sebab "I jealous tengok pasangan tu bla bla bla".  Kalau berkelapangan untuk ke sana, Ernnie akan sampai, InsyaAllah. Sekarang ni sebab duduk Kedah terus, macam susah sikit. Tu je. :) 

#3. Tak rasa tak selesa keluar/hang out dengan kawan yang berpasangan. 
Perasaan awkward tu jarang timbul untuk Makcik yang bernama Ernnie ni. Dia okay and tak rasa apa-apa pun kalau kawan dan pasangannya makan bersuap tangan serta kaki. Dia okay. Masih mempunyai tangan untuk menyuapkan makanan ke mulutnya sendiri. :) 

#4. Takde dolak-dalik bila ditanya pasal jodoh. 
Point ni paling fav. Datang la makcik ke, pak angkat ke, nenek sedara ke tanya pasal jodoh. Ernnie dengan relaksnya jawab dengan jujur. 
 "Saye takde lagi".
Kesian balik dekat orang yang bertanya kalau derang ni buat expression
"awwwww, awak sabar ek".
Ernnie cool je la, takpayah la nak sedih2 sangat.  

#5. Boleh makan kat luar, tengok movie, dan travel sensorang. 
Memang boleh takde masalah. Ernnie lagi banyak tengok wayang sorang2 kot. Popcorn takyah share. Hahaha. Pi Singapore pernah sorang-sorang. Tak payah berteman pun takpe. Sebab selalunya kedai yang Ernnie nak masuk, orang taknak masuk. Kedai yang orang lain nak masuk, Ernnie tak nak masuk. Lagi best kan sorang macam tu? :) 

#6. Kesian dekat orang yang bersedih sebab insan lain masih single. 
Memang Ernnie kesian. Ye lah. Orang yang single tu okay je menjalani hidup yang Allah dah tentukan. Kau pulak yang bersedih lebih-lebih. End up Ernnie akan bersedih dekat orang tu. "Kesian lah"

#7. Jadual padat seorang single.
Kalau dah Ernnie yang ntah sape-sape ni pun rasa busy, apatah lagi Nisa Kay tu kan. Setiap minggu ada je perkara yang nak dibuat. Macam Ernnie, weekdays siang pergi kerja. Malam, Ernnie buat tusyen untuk budak-budak di kampung ni. Terasa nak mengisi masa lapang dengan buat benda yang Ernnie minat. Kalau Weekends, Ernnie memang akan menghabiskan masa dengan family atau Ernnie akan ke KL untuk jumpa kawan yang sama-sama single macam Ernnie. Haha.



(Ernnie skip points)

#9. Abaikan message yang datang entah dari siapa-siapa. 
Ha, yang ni betul. Kalau la ada yang message Ernnie start nak chat, yang tak beritahu siapa empunya diri, Ernnie malas nak layan. Buang masa.
Ada tu  :  "Saya nak berkenalan dengan awak". OR  "Cuba teka saya siapa". 
Ha, yang ni memang Waalaikumsalam lah. Bukan kerek ke what not, tapi rasa macam invaded life as an Ernnie by a stranger. 

#11. Ada perancangan awal untuk berkahwin. 
Memang ada. Semua manusia yang nak berkahwin ada perancangan macam ni. Especially time tengah belajar. Perasaan untuk berkahwin tu membuak-buak. Agaknya stress sangat la dengan study tu. Ernnie akui, kalau lepak dengan kawan-kawan, perkahwinan menjadi topik yang penting yang wajib dibincang. Haha. Tapi bila dah habis belajar, dah bekerja, tumpuan Ernnie lebih kepada stability dan nak balas jasa parents. 

"Boleh la Ernnie cakap macam ni sebab takde sapa lagi kan?"

Agree with that statement. Sebab takde sape-sape lagi lah Ernnie nak focus dulu untuk dua benda ni. Malas nak buang masa dok mencari siap tulang rusuk segala tapi tanggungjawab dekat parents terabai. Mungkin banyak dosa dekat parents, Allah nak compensate balik time ni kan? :) Allah mesti beri sesuatu perkara tepat pada masa, waktu dan keadaan kan. Ahhhhh, bestnya!

#13. Ernnie memang tak pernah rasa kekurangan tulang rusuk whatnot. Haha. Point ni kelakar tapi betul!  
Statement dah bercakap bagi pihak sendiri. tak perlu penjelasan. :P

#14. Memberi motivasi kepada yang ade masalah hubungan, yang baru putus, yang nak sambung balik. 
Ha, yang ni pun best jugak. Dah la best, betul pulak tu. Nisa Kay yang terbaik okay, Sapa kata orang yang single ni tak reti bagi solution dekat orang yang ade problem hubungan? Sebab bila single ni manusia tersebut akan lebih banyak memerhati, menganalisa, membuat hipotesis dan kesimpulan bedasarkan pemerhatian yang dilakukan. Kadang bila yang ada masalah rumahtangga or hubungan ni, orang tu macam automatik akan cari yang single mingle. Sebab dia taknak pressure yang mana dah kahwin atau dalam hubungan ni. so yang single *baca Ernnie* ni lah akan jadi tukang penasihat. Jangan risau, I reckoned I'm quite good in giving those advise. (Ya Allah, berlagaknya!). 

#16. Rasa lebih dari selesa bila orang lain bawa pasangan pi kenduri, kau bawak parents. 
 Ha, ni point sendiri. 
Selalu bila ada kenduri, Ernnie akan angkut parents Ernnie sekali. Satu sebab Ernnie masih amateur dalam pembawaan? kereta ni. Lagi satu, rasa best sebab boleh kenalkan parents dekat kawan-kawan. Last, senang mana tau ada orang yang minat, boleh terus 
"Tu parents saya, pergilah jumpa dieorang dulu". Hahahaha :)

Allah kan tak bagi apa yang hambanya mahu. Tapi Allah bagi apa yang hambanya perlu. Tunggu sikit masa lagi. InsyaAllah kalau bersyukur, Allah beri lebih. 

Mintak Shaheizy Sam, Allah kasi Zac Efron :). hihihi 


Kind Regards,
Ernnie Omar

3 comments:

Nisa Kay said...

awwww...
suka baca your perkongsian and penjelasan semuaa...
thank you so much sudi mention nisa :)

Ninie said...

Salam ziarah..

Huhu....betul tu. Nk wat caner...dh selesa..wakakaka. kita go with the flow je la yer...

http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

Ernnie Omar said...

Thanks Ninie.

I like those words :

Go with the flow je :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...