Feb 14, 2015

Aiskrim pakcik motor : 50 sen & RM1

Aiskrim Kotak.
Kalau dulu kat tempat korang, selain Aiskrim Pakcik Mat Kool yang naik motor tu, ada jugak aiskrim lain kan?
Yang nak bagitahu ni pasal Pakcik motor jual aiskrim yang takde cop mak kool. 
Dia jual satu aiskrim 50 sen atau RM1. Sedap kot.
Ernnie memang suka aiskrim macam ni sebab dia kurang berkrim macam aiskrim mahal-mahal kat luar tu. 


#Paling sedih : bila mak takmau bagi duit time pakcik motor tu dah datang, 

#Paling marah : bila mak dah bagi duit, pakcik tu pulak tak berhenti walaupun kita dah lambai-lambai. 

#paling malang : bila kita berjaya beli aiskrim tu, tiba-tiba time pakcik tu nak pass aiskrim, aiskrim jatuh. (pakcik tu pulak takmau kasi yang baru kalau tak bayar lain). 

#paling gembira : bila pakcik tu bagi yang harga RM1 punya size tapi kita bayar 50 sen je. :) 

http://4.bp.blogspot.com/-dQubMlOT0BY/UuE72eWhb3I/AAAAAAAAMmQ/MjV_yz9O8KE/s1600/C360_2014-01-06-18-34-30-595.jpg
Kredit gambar

Haritu Kakak Saudara Ernnie datang rumah bagi sekotak aiskrim ni. Dia bagitau ada macam kilang untuk aiskrim ni dekat area Kedah. Dia selalu pi beli. 
Rindu punya pasal, Ernnie makan cepat sangat, tak peduli orang lain. Hahaha. 

Lepas tu tempah dekat kakak saudara Ernnie Aiskrim kotak ni. Satu dalam RM 3.50. Ernnie beli sepuluh kotak kot. Macam - macam perisa. Ada Keladi, Durian, Chocolate dengan Strawberry. Maybe ada jugak perisa lain kot. Nak Vanilla tapi takde. 

Kerinduan terhadap Aiskrim ni membuak-buak. Sekarang ni alau nak dapat pun dekat tempat kenduri. Ada certain pakcik tu still guna pisau dan bukan scoop untuk letakkan aiskrim dalam kon. Yang tu yang paling epik tu. Jarang dah jumpa. :) 

Jangan risau, ianya Halal :)

Strawberry

Chocolate.
Kalau Keladi dia sedap bila letak dalam roti atau yang biskut tu kan. Durian pun sekali. 
Favourite Ernnie : Vanilla, Chocolate & Strawberry.
Favourite mama : Keladi/Yam
Favourite papa : Durian & Jagung

Best kan bila aktiviti-aktiviti throwback ni datang balik kat kita. Reminiscing the past orang Kedah kata :) .

3 comments:

Unknown said...

assalamualaikum saudari..
blog ni aktif lgi?
kalau aktif...saye nak nombor orang jual aiskrim ni...

Ernnie Omar said...

http://www.blogger.com/profile/03982350771104143633

Eh, aktif je. Btw saye takde la no phone kedai ni. location kedai pun saya tak sure dekat area mana. Sebab ni kakak sedara saya yang carikan. ^^

Ernnie Omar said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...