Feb 10, 2015

Khalifah Model School Re-Visit.

Tempat jatuh lagi dikenang, 
Inikan pula tempat bermain. 

Ha, tempat yang Ernnie pergi melawat ni bukan takat tempat bermain, kat sinilah tempat lari, tempat solat jemaah, tempat makan brunch dengan lunch, tempat lepak petang dengan student semua. 

Ernnie sempat mengajar dekat Khalifah School ni setahun je. Tapi impak die lama kot. Susah nak lupa semua. Sampai di KL pagi tu agak lewat sebenarnya. Ada masalah teknikal dekat Bas yang Ernnie naik. Selalunya sampai KL paling lewat 6 pg, hari tu pukul 9 pagi. No worries. Malas nak serabut-serabut kan. Ernnie ambil train ke rumah sewa Ernnie yang dulu, mandi semua and baru ke KMS. 

Sampai dekat sekolah, Yasmin + Safuro dah terjah Ernnie. 

TEACHERRRRR!!! 

Aduh, lemah semangat bila tengok bebudak semua. Rindu semua. Nak peluk semua. Jumpa year 6 dulu sebab derang dekat bawah tengah ada kelas Quran dengan Teacher Istoqamah, Teacher Yati, Ustaz Haris dan Ustaz Fadhli. Lepas tu Ernnie terjah office admin, Office HR, naik ke kelas-kelas (tapi taknak ganggu PNP sangat, so sikit je kelas yang dilawat), and ke bilik guru. 

Dah banyak kerja, ada jugak perkara yang dah berubah, teachers and ustazs are getting busy. Everything is for the sake of Allah and their students. I pray that one day KMS will be a very good school for every parents to send their kids there due to the quality islamic teaching that they've implemented. InsyaAllah Amin. 

Lepas habis semua school session, masa untuk Ernnie lepak dengan teachers, students, met their parents and stuff. Ya Allah, terharu Ernnie dengan parents dekat KMS. masih greet Ernnie the same way macam Ernnie dekat KMS. Tanya khabar, tanya kerja baru Ernnie macam mana. Sapa tak happy. Siap ada yang ajak pergi rumah la. 

Nangis boleh?
"Teacher, jom selfie?" , Okay Jom!
See, my hero on the left. I guessed he's the most surprised among all. Kan Aisa kan? ^^

Teman Teacher Fadilah Daycare. U can say it's menyibuk actually.
Nampak segala double chin semua. I've told you that I'm not goood in selfie thingy. Kelaut.
This is what we call, bringing selfie to another level. Memang hebat lah Maizatul snap picture ni.
Cute Little Aliah :) and Maizatul too.


Malam tu Ernnie dinner dengan X-Housemates dekat dalam senarai tempat makan favourite Ernnie : Wang Solo, Ampang.

This was taken on the next day. They have extra class for year 6. See, Maizatul's golden hand. :)
Maizatul, me and the ever-clingy-Hannah. :)

After that, I went to a date with my BFFTJ (Best Friend Forever Till Jannah), Nadzirah ^^.
Pergi Mid Valley lepak-lepak dan makan Sushi King. Nyum Nyum.
Time tu jugak Ernnie berjumpa dengan adik Ernnie yang outing nun jauh dari N.Sembilan sampai ke Mid ni.
Sebagai kakak yang berhati mulia (cough), harus la belanja si adik kan.



 
Nad ajak masuk kedai ni. Interior dalam kedai ni (lupa nama) memang cool seyh. Macam teringin nak buat satu kat rumah.

Lepas makan, kiteorang memang berjalan pusing satu Mid Valley tu.
Then encountered with this new kedai melepak.

Madame Waffles.

Sedap kot. Everything just nice. The coffee, the waffles memang best lah.
 (Kalau ada maple syrup as topping lagi best).
So sembang lah kami berdua sampai pukul 8 PM. Haaaa :)


Ask her whether she loves the food or she loves me? Rasa macam food tu. 


Muka Puas dapat date.

Habis revisit, date and stuff, Ahad tu Ernnie pergi Putrajaya ke rumah cousin. Kebetulan Ernnie ada meeting di Kementrian Asas Tani dan Industri hari Isnin. Alang - alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Encountered pulak dengan Amy and Syikin dekat Nū - Central. Ernnie baru kenal Syikin dekat situ. Syikin ni kawan Amy time pre-U. So jadilah pertemuan antara bekas pelajar Brisbane, Melbourne dan Adelaide. Hari sebelumnya dah makan Sushi King, kali ni Makan Sakae Sushi. Ernnie order Green Tea Noodle with Sesame Sauce and Soft Shell Crab. Sedappppppppp ! 


Ernnie telah menyerabutkan segala benda atas pinggan tu. Lawa senanye.


Ya Allah, bersyukurnya Ernnie Ya Allah. 
Jumpa kawan boleh, jumpa x-housemates boleh, Jumpa x-students boleh, jumpa parents boleh, makan sedap pun boleh, jumpa adik Ernnie siap. 

Paling best sebab boleh tambah satu entry dekat dalam blog ni ha :) 

2 comments:

Unknown said...

Tchr dtg lah lg KMS jumpa kami sume ... Kiteorg rindu tau 😢 *ni Yasmin yg terjah tchr tu... 😝😁

Ernnie Omar said...

Yasmin : InsyaAllah kalau teacher ke Kldan ada extra time, surelly teacher akan ke KMS. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...