Memang kita takkan boleh mengubah pendirian seseorang.
Dengan kita share atau likes something berkaitan dengan politik/pru13, confirm orang yang tidak bersetuju dengan kita akan complain dan to some extend marah-marah. Itu hak mereka. Hormati.
[Saya juga terkadang begitu. Orang lain juga perlu hormat].
Tapi tak bermakna kita harus berhenti. Itu adalah usaha. Jika niat kita ingin berada dalam keretapi yang menuju kejayaan, jangan lompat keluar.
Namun rakan-rakan, jika ingin memberi komen dan nasihat, gunalah perkataan yang elok budi. Dengan meletakkan tanda seru yang banyak, tanda soal yang banyak seperti !!!!!!!! dan ??????? tidak membuatkan hati2 tadi didekati. Malah saya berani jamin, ia makin dijauhi. Tulis fakta, bukan meraban tak tentu hala.
(Nasihat seperti kebiasaan untuk diri sendiri).
Niatkan dalam diri ; apa yang saya share atau likes ini, tak terkesan hari ni, mungkin terkesan esok hari. Tak terkesan pada si A, mungkin tercuit dihati si B.
Kerana nanti bila kejayaan berada di depan mata. Kita tidak akan teragak-agak untuk berkata
" Saya gembira kerana saya berada dalam gerabak keretapi yang sama".
Doanya semoga Malaysia ini lebih baik. Semoga Malaysia ini lebih matang. InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment