Event ni last week lagi, tapi baru nak post hari ni.
Last week Ahad. Time Easter Break.
Kak zila mengajak adik-adik yang beliau kenal datang ke rumah.
Kak Zila ni rajin masak. Husband Kak Zila (Abang Bahrin) pulak teror baking.
Pergilah rumah derang di Bald Hills. Rasenye ni kali ketiga Ernnie pergi rumah Kak Zila.
Kak Zila ni baru setahun or 2 tahun dekat sini. Before ni Abang Bahrin kerja dekat Tassie.
Dan disebabkan tulah jugak, Kak Zila kenal ex-housemate Ernnie, Asma.
Kiteorang pergi naik train then jalan kaki pi rumah Kak Zila,
Sebelum sampai, siap singgah dekat Park dekat situ.
Tengok angsa hitam yang bermulut merah. hihi^^
Sampai rumah Kak Zila, dalam pukul 12 kot. Solat then terus start mencucuk satay.
Kak Plum, Kak Sarah pun ada jugak. Kak Plum bawak kawan, Kak Emmy dengan Indonesian friend. (Ala, Ernnie lupa nama dia).
Best! First time mencucuk satay sendiri. Rupanya baru tau yang lidi satay tu kene rendam dalam air so that lidi tu tak terbakar time panggang. Whoa~
Seriously no idea.
Ernnie makan dalam 4-5 cucuk. Entah tak tau kenapa, bukannya tak sedap. By the way Kak Zila marinated sedap gile. Memang Ernnie kalau dengan satay ni boleh 4-5 cucuk je. Then kenyang. Makan tembikai dengan Kek Passion Fruit (Markisa) lepas tu.
Balik rumah tu craving satay Kak Zila balik. Padan muka, tak mau makan banyak. Haha.
Paling seronok dok bercamwhore dengan Kak Plum. Haha~
Orang dok sembang-sembang, kiteorang dok busy snap sane sini.
Hopefully Kak Zila buat makan selalu so that Ernnie boleh pergi lagi.
Bab makan, sila ajak. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment