Apr 18, 2013

Gambar yang memberi mesej





Perhatikan gambar-gambar ini.

Ernnie yang tangkap di Library University di tempat Ernnie belajar. Menunjukkan yang pelajar itu merasa selamat meletakkan barang- barang mereka untuk keluar makan, atau keluar untuk ke kuliah di bilik kuliah.

Kenapa mereka berani berbuat begini? Pada Ernnie ini semua adalah hasil dari taraf hidup yang tinggi dan baik. Semua rakyat berupaya untuk membeli, mempunyai kuasa untuk membeli barangan yang bermutu. Bila semuanya begitu, tidak timbul perasaan iri hati untuk mencuri dsb. Ernnie percaya kualiti taraf hidup yang macam ini bukan dilakukan dalam masa satu hari. Bertahun dan mungkin berpuluh tahun usahanya. Tapi akan ada satu titik permulaan untuk semua.

Kualiti hidup satu perkara, cara pemikiran satu perkara. Pemikiran yang berasaskan "mencuri itu perkara yang salah/berdosa/buruk" semestinya tersemat dalam otak masing-masing. Senang kata, pemikiran yang matang. Harus diingat, kadar jenayah di sini bukanlah sifar, tapi rendah. Sangat rendah.

Ernnie nak petik kata-kata Saudara Rafizi Ramli dalam komen pembentangan Manifesto Pakatan rakyat semalam (17 April 2013) yang dianjurkan oleh Bersih comittee ; Ernnie tidak berapa ingat yang betul2, tapi ini yang Ernnie faham)

"Saya rasa terkilan bila orang melabel kaum India di Malaysia ini samseng, kaki pukul dan benda-benda negatif lain, reflect balik pada taraf hidup mereka yang rendah yang tidak dijaga"

Bila fikirkan, memang ada betulnya. Bagi Ernnie bukan sahaja kaum India, malah kaum yang lain termasuk Melayu dan Cina. Kerana selalunya jenayah itu berkait rapat dengan taraf hidup individu. Jika semuanya berada dalam taraf sederhana dan mampu, jurang miskin dan kaya rendah, kemungkinan besar kadar jenayah dapat dikurangkan.

Bukan diberi ikan yang besar, tapi beri joran YANG ELOK agar kita dididik cara untuk memancing.

Berbalik kepada pemikiran yang matang tadi, rakyat harus matang untuk menerima apa jua bentuk perubahan. Tidak semua perubahan itu memberi kesan yang buruk. Kadang perubahan itulah yang membentuk diri menjadi lebih baik.

Kenapa :
Berubah pakaian setiap hari itu di mahukan,
Berubah kemahuan makan di turuti,
Tapi bila perubahan dari segi pentadbiran itu di bangkang sekeras-kerasnya?

Mungkin perubahan ini akan mencetuskan perubahan-perubahan lain yang seterusnya. Perubahan yang lebih baik. Ada perkara yang mesti dikekalkan, ada perkara yang mesti diubah.

Pada Ernnie jika berlaku perubahan (InsyaAllah), apa yang Ernnie harapkan, cara kita berfikir juga diubah, perlakuan kita juga diubah, tidak di takuk lama selagi ia tidak melampaui batas syara' sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Tidak guna jika yang diatas berubah, yang dibawah masih culas - culas.

Gambar-gambar itu simple, tapi ia memberi message yang sangat solid pada Ernnie.

Wallahualam

(Entry ini adalah dari pandangan Ernnie sendiri). Jika tidak setuju, mohon ditulis/ komen dalam bahasa-bahasa yang baik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...