Rase baru je semalam kita masuk tahun baru. Hari ni tengok calendar dah hari kedua dalam bulan tiga dah. Cepatnya masa berlalu. ~~
Hari ni Sabtu. Selalunya Ernnie lagi suka berehat kat rumah tak buat apa-apa. Memang berehat betul-betul. Qada apa yang patut (tidur obviously :)).
Tapi tadi pagi Ernnie ada usrah. Baca dan terjemah surah An-Naba dengan baca buku The Sealed Nectar bahagian Perang Badar. Ya Allah sukanya. Although tak habis lagi bab ni, tapi ibrah yang dapat sangatlah banyak. Baca sirah Nabi Muhammad ni tak pernah tak seronok. Nak dengan taknak je. Perang Badar ni perang Rasulullah yang pertama. 300 Muslim bertarung dengan 1000 orang kafir Quraisy.
Allah beri ilham kepada Rasulullah. Rasulullah lakukan strategi yang rapi dan tersusun. Disamping bermesyuarah dalam setiap keputusan. Benarlah Rasul Allah ini sebaik-baik contoh tauladan. Belahar juga bagaimana baiah setia kaum Ansar terhadap Rasulullah kekasih Allah ini, sanggup melakukan apa sahaja. MashaAllah Subhanallah.
Balik dari usrah terus bersiap pergi tengok junior Ernnie yang masuk hospital. Beliau sakit dan kene admitted ke hospital Rabu lepas. Semoga Allah memberi kesembuhan serta kekuatan kepada awak. Rakan-rakan tak putus-putus menjenguk dan melawat. Nampak sangat yang rakan-rakan dan kenalan sangatlah rapat macam keluarga kalau tinggal di luar negara ni. Depends to each other. Balik pun dah malam.
Although penat sikit, tapi Ernnie puas hati sebab hari ni dapat buat perkara2 yang memberi Ernnie energy balik. Semoga energy ni dapat memberi ernnie kekutan jugak. InsyaAllah~
Begitulah hari saya pada hari kedua di bulan March ni :)
No comments:
Post a Comment