Mar 30, 2013

Dapat A banyak.

"Anak jiran tu berapa A?"

"Eh sedara kita yangbelajar dekat sekolah tut tut tu dapat berapa A?"

"Nanti bila adik exam kena dapat straight A tau"

Itu dialog yang sering kita dengar bila keputusan peperiksaan keluar. Tak kira lah dari UPSR, PMMR, SPM dsb.

Dan mulalah sejak keberadaan facebook ini ada juga yang akan tulis;

"Ala, straight A tak menjamin masa depan "

"Dulu dia straight A time exam sekian sekian, sekarang dekat uni teruk je"

"Aku tak dapat pun straight tapi alhamdulillah kerja lagi bagus dari kawan aku yang dulu dapat straight A"

Persoalan saya; apa yang korang nak buktikan sebenarnya.

First of all Ernnie mintak maaf, mungkin (dan selalu) opinion Ernnie agak lain dari orang lain. Sebenarnya Ernnie agak tak puas hati bila orang2 yang asyik berpesan (pasal straight A ni sebenarnya tak kemana) adalah dari kalangan straight A sendiri. (Kalau tak straight A pun, mungkin ada 1-2 B). Adakah itu ironi namanya? Sebab waktu SPM, belajar untuk mencapai result straight A then bila dah 5-6 tahun, claim yang straight A ni tak ke mana.

Mungkin benar, sebab ada contoh yang resultnya kurang memuaskan time sekolah dulu tiba2 mendapat anugerah dekan setiap tahun. Ada yang result gempak waktu sekolah, tapi bila masuk uni, result biasa2 sahaja.

Pada ernnie itu adalah usaha dan rezeki Allah. Tapi tak bermaksud kita boleh sedap tangan menulis, "eleh, takde bende pun straight A kau tu". Bagi Ernnie STRAIGHT As ni ada benda, ada hikmah, ada peluang, ada nikmat, dan ada ujian di situ.

Yang bercakap straight A itu sebenarnya tak penting, adalah dari kalangan yang mendapat straightAs dan pelajar di luar negara. Buat masa ni, straight A bagi Ernnie menjamin peluang yang sedikit cerah dalam bidang pendidikan. Mungkin tidak sampai ke masa hadapan, tapi peluang pendidikan. Dapat straight As, boleh memohon untuk program lepasan luar negara dalam bidang-bidang yang core.

Dan jangan salah faham. Post ini tidak sekali2 Ernnie tulis untuk mengkeji dan memomok yang tidak mendapat straight As, tapi overall point kat sini, JANGANLAH MENGUCAPKAN YANG STRAIGHT As ITU TAK PENTING PUN. Sebab bagi Ernnie it's something but not everything. But still, it's something that InsyaAllah may lead you to something good.

Ernnie sangat happy bila rakan2 dan adik-adik mahupun junior dapat result yang bagus. Sebab itu adalah satu semangat untuk Ernnie nak berusaha lagi. Tahniah buat mereka yang mendapat result yang bagus untuk SPM. Dan tahniah kepada MRSM TGB kerana mendapat no1 seluruh Malaysia bagi keputusan peperiksaan SPM 2012 yang lalu. I'm proud of you TGBians. :))

Yang tidak mendapat result yang anda impikan, jangan risau, ruang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka. Kalaupun tidak mendapat result yang baik, usahalah yang lebih baik di level yang lebih tinggi. Mungkin kejayaan anda tidak di SPM, tapi mungkin di Universiti. Kalupun tidak dikeduanya, mungkin dalam bidang pekerjaan.

Tapi satu nasihat saya, JANGANlah nanti ditulisnya di muka buku

" result saya tak hebat pun time SPM, tapi saya lebih berjaya dari orang yang mendapat result hebat time SPM."


Jangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...