Feb 17, 2013

PARAH. My side

Salam.


Closing your eyes isn’t going to change anything. Nothing’s going to disappear just because you can’t see what’s going on. In fact, things will even be worse the next time you open your eyes. That’s the kind of world we live in. Keep your eyes wide open. Only a coward closes his eyes. Closing your eyes and plugging up your ears won’t make time stand still.
 
Haruki Murakami, Kafka on the Shore


Semalam Ernnie berpeluang melihat teater Malaysia bertajuk PARAH di Brisbane Powerhouse bersempena dengan World Theatre Festival yang diadakan dari 13 Feb hingga 17 Feb 13'. Thanks dekat Kak Azura and Kak Niza yang mengajak Ernnie dan kawan-kawan pergi tengok. Memang berbaloi.

Hanya empat orang pelakon, tapi mereka semua berjaya membawa watak masing-masing dengan baik.

 Teater ni bertambah seronok sebab ianya
 dalam Bahasa Malaysia. Memang emosi dan perasaan 
dibawak sekali dalam watak dieorang. Tapi obviously ada subtitle.
 Satu yang Ernnie ingat, 
bila Hafiz cakap "kepala hotak kau", 
subtitle yang ditunjukkan kat situ "You head". 

Untuk Ernnie, translation tu tak dapat potrayed the feeling 
of kepala hotak kau in a way kepala hotak kau should be.
 Susah nak explain tapi macam tu lah.


PARAH ni mengisahkan empat orang Pelajar SPM yang berkawan baik, Melur, Mahesh, Kahoe dan Hafiz. Persahabatan mereka diuji disebabkan oleh perbezaan bangsa melalui satu buku yang diperkenalkan dalam syllabus satstera Bahasa Malaysia iaitu Interlok. Okay boleh google yang lain tu.


Pendapat Ernnie bila tengok teater ni. 

Bagi Ernnie cerita ni memang membuka mata Ernnie dalam perkara yang kita semua aware tapi kita cuba untuk sembunyikan. It's not about voicing out the dissatisfaction, but it's more on you know that the problem is there. Susahlah nak cakap dalam perkataan sebenarnye.

Teater ni memang meninggalkan kesan. You'll feel something. Dari sudut lain, Ernnie bersetuju dengan Pengarah teater ni, Jo Kukathas bile beliau cakap, teater ni jugak nak tunjukkan pandangan dari pelajar sekolah. Sebab selalunya bila Kementerian mengubah apa apa perancangan dalam sistem Kurikulum dan Kokurikulum, pandangan yang tidak akan diambil kira adalah pandangan pelajar.

I have to agree in this sebab (Ye, saye pernah menjadi pelajar sekolah obviously) pelajar sekolah bagaikan mangsa keadaan atau bahan kajian. Mungkin tidak pada waktu Ernnie bersekolah, tapi selepas dari itu. Btw, Ernnie adalah pelajar terakhir yang Math and Science diajar dalam Bahasa Malaysia. Perubahan dalam pendidikan itu perlu sejajar dengan perubahan masa. Tapi mungkin sedikit sukar untuk pelajar nak adapt dengan environment pembelajaran yang kerap berubah.

Dalam masa yang sama bila elemen novel 'Interlok' tu dimasukkan dalam teater ni, nampak perubahan ketara dalam setiap watak-watak. Setiap individu cuba nak mempertahankan sesuatu tanpa menghiraukan nilai persahabatan yang dah terjalin. One side, nampak semua mengeluarkan dendam yang dah lama tersemat dalam diri. Mr. Hyde (kene baca Dr. Jekyll and Mr. Hyde)  punye personaliy dah keluar dalam diri setiap watak. Dendam yang bukan sehari dua tapi dendam yang bertahun didimpan telah dimuntahkan. Nampak konflik sangat parah dalam diri Hafiz dan Mahesh. Tapi dalam watak Melur dan Kahoe lebih kepada I'M AWARE BUT I'M CALM kind of thing. Time ni otak Ernnie tak sure side mana sebenarnya patut ikut.Macam ada pros and cons for both sides basically. Kat situ konflik dalaman Ernnie dan sampai sekarang dok terfikir. Hurm.

Ending teater ni menunjukkan macam mana kita ni selalu membuat judgement awal tanpa usul periksa. Bila buku Melur terkoyak dekat certain pages, Hafiz menuduh Mahesh yang koyakkan sebab mukasurat yang hilang tu basically ada menyentuh sensiviti Kaum India. Tapi in the end, bukan Mahesh.

Bila fikir balik, kita kadang2 menuduh seseorang itu bersalah apabila ada perkaitan walau sedikt tanpa betul-betul menyiasat. Bad huh? ^^

Mungkin ada sesetengah orang bila tengok teater ni akan cakap ala, biase2 je. blablabla. Itu opinion awak, dari hati Ernnie, Ernnie  sangat enjoy teater  ni so so much. Straight to the point, I would give them 5 stars.

Kalau dah masuk World Theatre Festival, obviously memang bagus lah kan?

     -END-

Barisan pelakon dan penulis skrip. Dari kanan Hafiz (Iedil Putra), Kahoe (Gregory Sze), penulis (Alfian Sa'at), Mahesh ( Bravanan Aruljothi dan Melur (Farah Rani).


Me, Kak Niza, kak Zura, Ras dan Wiwin. thanks Diana sebab tolong snapkan. Belakang tu Brisbane Powerhouse tempat teater PARAH ditayangkan.


Ni dekat New Farm Park. on the way nak ke city cat ferry. Wiwin, Ras, Me and Diana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...