Mahu Cakap pasal boikot barang Israel.
Ade dua jenis perangai yang Ernnie tak berapa nak selesa. Rase bila baca macam haishhhh..
Bila orang upload gambar pergi mcD or Starbucks, ade hambaAllah akan tulis,
1. “Eh, tak boikot ke? I dah 5 tahun boikot tak makan mcD, Starbucks segala.
You tak rase bersalah ke?”
2. “ Ala, takat boikot McD je, same je. Kenape tak boikot semua sekali? McD, loreal,
Coke, Starbucks, Nestle (and the lists that she knows are being mentioned like forever).
Takde effect nye economy orang Israel tu".
Sorang berbajet nak tunjuk die lah hebat segala, lagi sorang nak tunjuk yang usaha ko takat boikot McD tu sia-sia.
Sheikh Daood pernah cakap, kalau nak benci, benci perangai dan bukan individu tersebut, so nak tulis yang Ernnie kurang gemar sungguh jika baca dua comments di atas.
Pertama, kenapa nak brag sangat yang awak tu boikot segala? Lagi kesian kalau yang mengupload tu artis, or celebrity. Adoii, memang kene bashed teruk. Akhlak hilang kemana time nak tegur orang. Pandangan Ernnie, boikot ni solely hak individu. Dan die perlukan kefahaman. Takut ikut orang boikot, awak pun boikot,kesan tu memang akan ada, tapi tak lama.
Okay, (still dekat individu no.1) it’s just that Ernnie nak pointout dialog tu spesifically macam sombong sangat. Ade orang baru bertatih dalam usaha boikot ni. Mana tau selama ni, die beli the whole set McValue kat McD seminggu, tapi sekarang die just nak beli satu cheeseburger je sebulan. Pastu, orang terus bashed die tulis yang bukan2 marah semua. Besar kemungkinan yang die akan beli set McValue tu bukan takat satu tapi 5 set untuk semua family dia. Dan lagi satu, Ernnie rasa nasihat ni kalau nak beri kene berhikmah. Tak semua orang ade character macam tu. Pulak2 dengan nada sombong awak comment dekat orang yang tak pernah awak bersua muka pun. Lagila "kau-sape-nak-tulis-kat-gambar-aku?" feeling. :)
Individu kedua ; orang yang memperlekeh usaha orang lain. Fine. Kalau rasa taknak boikot langsung, jangan sebarkan virus awak tu dekat orang lain. Sesungguhnya orang lain ada inisiatif walau sedikit untuk membantu memboikot semampu dirinya.
Kisah seekor burung kecil
Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh kaumnya, seekor burung kecil berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang kali, sedangkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."
Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Benar. Memang ia tidak akan memadamkan api itu. Tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah pasti akan menyoal ku nanti, apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah? Dan sesungguhnya Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak."
Tapi awak yang tulis ni, macam halang usaha tu. Ade orang yang nak start boikot, bile bace comment yang kedua ni, die mungkin akan cakap.
“betul jugak kan, takat satu set Happy Meal yang RM5 ape lah sangat effect nye dekat Orang Palestine, okay je kot beli”.
Nampak tak???. Dua comments ni bagi Ernnie sangat opposite to each other tapi akan bagi the same effect dekat usaha nak boikot ni. Ernnie pun rase kalaulah Ernnie ade tulis comment mcm ni dekat orang, I’ll hate myself. No doubt about that.
Ernnie pernah post kat blog pasal Boikot ni dulu (Terluka hati orang Palestine sebab saya). Dengar talk dah banyak pasal Palestine ni. Tapi ade satu talk tu betul2 affect diri Ernnie untuk mengambil langkah semampu mungkin. Ade lagi mungkin product2 yang menyumbang kpd ekonomi Israel/Zionist ni yang Ernnie still consume. Tapi kalau Ernnie boleh avoid, Ernnie akan avoid, InsyaAllah.
Mungkin pada sesiapa yang nak tahu pasal boycott Israel product, ada NGO yang bergiat aktif dalam bidang ni. Banyak rasanya. Mungkin kalau Ernnie boleh senaraikan sikit. Aqsa Syarif, Aman Palestine, Viva Palestina, Muslim Care Malaysia, PACE, dan MERCY Malaysia. Ni yang Ernnie pernah dengar. Rasanya banyak lagi kot NGOs yg bergiat aktif.
Alhamdulillah, kat gambar ni ade tunjuk post dari Aqsa Syarif berkaitan pertemuan mereka dengan McDonald's. Based kat post ni, Ernnie terfikir kalau McD tak terjejas dari segi keuntungan, takkan mereka nak berjumpa dengan pihak Aqsa Syarif out of sudden kan?
Like I've said, boycott ni hak individu. You can join or You can refuse not to. Tapi kalau orang kafir pun boleh boycott atas sifat kemanusiaan, kita InsyaAllah lagi boleh buat sebab kita pun ada sifat kemanusiaan tambah lagi dengan pertalian persaudaraan Islam. Kan?
:)) Salam.
No comments:
Post a Comment