Mar 19, 2015

Sumbangan

*update : Tadi dapat email dari pihak bank ada hamba Allah yang telah menyumbang. Alhamdulillah. May Allah bless your effort. Ernnie mendoakan anda mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah *


Salam. 

Semua InsyaAllah sedia maklum yang kini Ernnie sudah berkhidmat di Kedah sebagai seorang kakitangan di sebuah agensi. Ernnie bukan lagi seorang guru di salah sebuah sekolah di Ampang. 

Menjadi guru bukanlah merupakan cita-cita Ernnie sewaktu kecil. Namun begitu, membantu insan lain dari pelbagai segi yang termampu memang menjadi impian Ernnie. 

Mungkin di atas semangat ini, Ernnie telah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar di kampung Ernnie. Kelas tambahan ini hanyalah untuk memberi pencerahan kepada pelajar sekitar mengenai apa yang telah mereka belajar di sekolah.  

Seramai 13 orang pelajar telah menghadiri kelas yang diadakan. 5 pelajar dari sekolah rendah dan selebihnya dari pelajar menengah rendah. Ernnie membahagikan mereka kepada 2 kumpulan untuk diajar subjek Sains dan Matematik. 

Sekolah rendah pada malam Ahad dan Isnin dan menengah rendah pada malam Rabu dan Khamis. Bagi hari selasa, Ernnie menggabungkan mereka untuk Ernnie ajarkan Bahasa Inggeris secara umum. 

Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran diatas sebab Ernnie tidak mahu membebankan ibu bapa mereka yang hanyalah petani biasa. Untuk ke tempat tusyen yang lebih baik, faktor pengangkutan dan lokasi menjadi masalah bagi mereka. Sebab-sebab inilah yang menjadi faktor untuk Ernnie mengajar dan menyampaikan sedikit ilmu kepada meraka. 

Alhamdulillah, rumah parents Ernnie dapat menampung bilangan pelajar-pelajar ini. Namun begitu, sesetengah dari mereka terpaksa bersila disebabkan oleh kekurangan kerusi dan meja menulis. 

Pada mulanya Ernnie agak teragak-agak untuk menulis entry ini kerana gaji Ernnie mencukupi untuk membeli kerusi dan meja secara berkala.
Atas nasihat seorang kawan Ernnie, Ernnie bersetuju untuk memohon wang sumbangan dari rakan kenalan bagi usaha pembelian kerusi dan meja plastik secara keseluruhan serentak. 

Menurut beliau mungkin ada diantara rakan Ernnie ingin menyumbangkan sedikit wang mereka untuk tujuan amal sebegini. 

Dengan itu Ernnie sertakan no acc bank Ernnie. 

Nama : Ernnnie Syafika Omar 
Maybank Acc No : 114161007376
Email : ernnieomar@hotmail.com
Description : sumbangan tusyen

Semoga usaha rakan-rakan untuk membantu diberkati Allah dan dimurahkan rezeki serta dihindari dari azab api neraka Amin. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...