Jan 6, 2013

Jauh.jatuh.letih

Jauh
Lalu jatuh
Menerima tapi tak memberi
Letih
Hendak bangun dari terjatuh dan berjalan jauh.
Letih
Baru menerima tapi terus memberi
Diam terus membisu
Badan kaku seperti batu
Tak mahu berjalan jauh
Terperangkap dalam tempurung yang ditinggalkan sang katak.
Katak sudah lari. Manusia masih di dalam.
Tidak berusaha malah duduk diam.
Letih
Hendak keluar tapi tangan masih qiam
Kelakar sampai otak kelam.
Bila mahu berubah?
Ambil batu, harus diketuk tempurung sehingga pecah.
Tempurung bukan batu.
Batu mengetuk, tempurung diketuk
Bila terpecah, usaha keluar.
Bila keluar harus lari
Lari jauh-jauh.
Letih
Sampai ke destinasi.
Destinasi yang pasti
Destinasi yang menerima dan destinasi yang memberi.
Itu tak letih.

Cr : bigowlsmallpumpkin@tumblr.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...