Oct 22, 2012

An Epic Journey ( Tafseer Surah Yusuf)

Subhanallah Walhamdulillah Walaillaha Ilallah Allahuakbar. 

Ernnie bersyukur sangat- sangat sebab dapat peluang attend program Macam ni. What can I say? It was beyond my expectation. Program ni dianjurkan oleh Al- Kauthar Institute (yang sama buat Twins of Faith kat Malaysia). Penceramahnya ; Sheikh Daood Butt, yang beri input selama dua hari dekat Ernnie dan rakan-rakan lain. Semoga Allah sentiasa mendoakan kebaikan untuk Sheikh, Aminn. 

Apa input yang Ernnie dapat??

Too much. Berkenaan tafir Surah Yusuf secara mendalam. Kadang-kadang kita baca je tafsir dan dapat gambaran kasar yang tersurat je. 

As in Yusuf kene buang dalam perigi oleh abang2nya, dijual sebagai hamba, digoda oleh isteri menteri, dimasukkan ke penjara, dapat menafsir mimpi, keluar dari penjara, dinaikkan pangkat sebagai Menteri, berjumpa dengan adik-beradiknya serta bapanya Nabi Yakub. 

Tapi bile pergi program ni, Ernnie dapat tau dan dapat belajar pelbagai pendapat-pendapat ulama yang menafsir ayat tersebut. Memang tak dapat fikir pun kalau kita tak think out of the box. Nak tunjuk betapa Allah mengurniakan kebijaksanaan kepada para Ulama'. Dan apatah lagi para Nabi dan Rasul. 

Dalam surah Yusuf ni jugak Ernnie belajar sifat sabar dan jangan berputus asa.

A087
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf 12:87
Surah Yusuf ni juga diturunkan Allah selepas kematian Isteri tercinta Rasulullah, Siti Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Talib. Dalam masa yang sama, Allah perintahkan Rasulullah untuk menyampaikan dakwah secara terang- terangan di Taif. Dan dalam Masa yang sama kaum Yahudi mencabar Rasulullah untuk menceritakan Kisah Nabi Yusuf kalau betul baginda seorang Rasul. Sebab kisah Nabi Yusuf ni memang ada dalam kitab taurat jugak. 

So surah ni memang dapat membuktikan Kerasulan Baginda dan menetapkan hati Baginda terhadap ejekan dan cacian orang Kafir pada masa tu. Memang hebat. 

Honestly dulu Ernnie ingat kalau Ibu mengandung baca Surah Yusuf dapat anak handsome kalau lelaki. Tapi lepas ni, Ernnie rasa Surah Yusuf ni over beyond than that. Kalau tengah sedih, baca surah Yusuf ni, (sekali dengan tafsir), kalau rasa nak berputus asa, baca surah ni, kalau rasa sedih, baca surah ni. Memang betul, Kisah Nabi Yusuf memang Epik!! terlalu Epik! No wonder tajuk program ni pun An Epic Journey of Surah Yusuf. 

A111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf 12:111



Dua hari berturut yang tak sia-sia bagi Ernnie. Puas. Alhamdulillah ya Allah sebab Allah menggerakkan hati Ernnie untuk pergi. Kene terima kasih dekat kawan Ernnie, Nadzirah sebab beliau yang ajak Ernnie pergi. Kalau tak, =.=' . 

Lagi satu faktor yang Ernnie rasa input ni sampai dekat Ernnie, InsyaAllah adalah sebab penceramahnya yang memang sangat seronok, kelakar dan beremosi. Emosi apabila beliau bercerita berkenaan ibu bapa, dan emosi ketika beliau membacakan ayat- ayat Allah (like literally Sheikh Daood menangis depan kiteorang bile bercerita pasal parents beliau). 

Like I have said in my facebook status, yup, a person who gave the lecture/dakwah/ceramah/nasihat akan beri effect dekat Ernnie. Honest tak tipu. Bukan la nak cakap kalau orang tu tak best, Ernnie tak nak terima apa yang dia ajar, still ambil tapi in terms of ape maklumat yang nak disampaikan tu attach tak dengan hati kita. ( tak tau nak explain macam mana). Tapi setiap orang ada setiap preference die sendiri kan kan ? :) . 




Sheikh Daood Butt on the 2nd day. 1st day pakai jubah,  2nd day pakai formal sebab beliau cakap beliau ikut permintaan isterinya. Sweet kan >.

Ni kiteorang yang pergi. Tapi time ni time rehat, so ade yang keluar makan,  takde semua. :)


-Berharap agar nama kiteorang disebut-sebut oleh penduduk langit, Amin-
Wasallam. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...