Dec 15, 2013

Plancaran Kelab ANSARA Kedah 2013.

Bertempat di Kediaman Menteri Besar Kedah di Sri Mentalon, telah diadakan Majlis Perasmian Kelab ANSARA Kedah yang telah dirasmikan oleh Presiden ANSARA iaitu Menteri Besar kedah kini iaitu Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Mahathir. 





Terasa diri ini dari ANSARA although tak pernah ambil bahagian dalam apa-apa aktiviti ANSARA sebelum ni, Ernnie pun join sekaki. Walaupun acara ni untuk ANSARA Kedah, tapi pihak disana menjemput sesiapa yang lahir di Kedah, atau menetap di Kedah atau pernah berMRSM di Kedah di jemput hadir. Of course ada kaitan sebeb Ernnie sekarang ni menetap di Kedah dan (bukan di Selangor atau Seremban atau Pahang)

*sebab ada kawan yang still ingat Ernnie duduk di Selatan dan bukan Utagha :)

Kalau ikut tentatif yang ditunjukkan dalam FB/blog page, acara dimulakan pada pukul 4ptg. 4-5 tu macam sembang petang bersama pelajar MRSM. Sebab Datuk Mukhriz dijadualkan hadir untuk Majlis Perasmian pada jam 5ptg. Ernnie pun sampai dalam 4:40PM sebab rasa tak berkaitan je dengan acara yang awal. Ernnie assume student-student MRSM yang still student dan bukan alumni akan datang untuk meramaikan majlis. Fikir balik, memang untuk alumni lah sebab mana ada student yang ada di Asrama sekarang. Semua still cuti kot. Haish la Ernnie...

So sampai-sampai tu terkezut tengok memang ramai sangat yang hadir. Memang tak cukup kerusi. Memang riuh-rendah sebab semua semua macam "Eh, aku kenai hang, hang senior aku kan?, Eh hang budak MRSM ka" kind of situation. Since semua tetamu kene pakai macam sticker yang state kan MRSM mana dia dulu, sebab tu proses Ice-Breaking lagi cepat kot. Tambah-tambah yang hadir tu berpangkat abang-abang dan pakcik-pakcik. Memang nampak sendiri ada yang dari batch 72 (pioneer MRSM) pun ada. yang macam nak sebaya dengan Ernnie tak jumpa. Ada la kot sorang dua. tapi tak ramai.

Ernnie ni nak sembang. tapi suasana AKWARD menyelubungi diri sendiri tapi orang-orang lain memang busy sembang. Ya lah, kita sorang dari MRSM Jasin. Serius tak jumpa langsung sapa-sapa dari Jasin jugak. haha. Tapi ada sembang dengan sorang akak ni batch 2003 Langkawi dan ada 3 student dari MRSM Merbok baru lepas habis SPM. tu je rasanya yang Ernnie sempat berkenalan.

Tapi takde lah bagi Ernnie tak seronok, fun je. Datuk Mukhriz memang best time beliau berucap. not really formal kind of speech. Maybe yang hadir tu adalah dari schoolmate beliau jugak and same batch. Btw, Datuk Mukhriz adalah dari MRSM PC. Yang tak berapa nak best sikit pasal time management kot. Sebab since Datuk dijadualkan hadir pada 5 petang, so dalam 5:15 PM orang dah mula tengok jam. End up Datuk datang jam 5:50. (senyum). Mungkin kena ada perbaikan dari segi time management la kot.

Ada slot forum tapi kene batal sebab masa tak mencukupi. Ada juga sesi bergambar ramai-ramai. Yang tu tak dibatalkan. :)

Last one, yang ni kene bagi compliment. The foods were very good. Sedap sangat especially the Laksa Siam. Banyak jugak makanan yang ada. Sedap betul.  Hopefully lepas ni kalau ada aktiviti ANSARA yang lain, dapat jugak Ernnie join. tak mampu nak janji. Tapi harapannya dapat pergi lagi. Peace ^^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...