Apr 21, 2011

Surat Cinta Pertama dariku kepada si Dia..

Malunya untuk aku mulakan.
Surat kepada siDia, 
tidak tahu dimana harus aku mulakan.. 
SiDia yang sentiasa melindungi,
menyayangi dan sabar menghadap kerenahku.. 
Si Dia yang mengharapkan aku sentiasa mengingati Nya.

Surat yang panjang telah diberikan kepada ku. 
Surat yang lengkap segalanya. 
Ditinggalkan pesanan yang comel buatku ::
ikut segala arahan surat ini, dan jangan lakukan apa yang ditegah.

Kasih sayang siDia padaku lebih
jauh bezanya dari Ibu bapa ku. 
Apabila aku stress,
tiada yang lain selain siDia yang menemani diriku. 
Sayangnya siDia padaku. 

Tahukah aku ? 
Ataupun diriku tahu tapi buat2 tak tahu..
Mencari alasan untuk kadang2
tidak mahu berjumpa denganNya.. 
Aduhai sabarnya siDia ini dengan kerenahku!   
Aku malu bila membaca ayat ayat cinta Nya,
terlalu menusuk ke kalbu bila difahami sedalam-dalam Nya.

Pernah orang lain berkata kepadaku,
tahap cemburunya melebihi yang lain.
 Jangan lebihkan orang lain. 
Takut pabila Dia berkecil hati denganku,
ikatan yang kami bina akan terputus.
Mungkin rayuan ku untuk ku kembali kepadaNya, akan sia-sia. 
Namun aku tahu, lagi banyak aku merayu,
lagi banyak Dia sayang kepadaku. :D Malunye ~~

Sampai di sini sajalah aku ingin bercerita pasal diriNya.
Ada tanggungjawab lain yang akan aku laksanakan nanti.
Takut pabila lewat, Dia marah kepadaKu.
Terus perpaling tak ingin memandangku.. Takutnya! 

Ditujukan kepada : Allah hu Rabbi, tuhan sekalian alam.. Maha Pemurah  
Maha pengasih, Maha penyayang.. 
Dripada : HambaMu yang alpa~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...