Dec 19, 2013

Why I love Tote Bag?

Bila anda pergi ke sesebuah majlis dan tiba-tiba ada orang cakap : 

"Ernnie, besarnye bag. Boleh taruk anak dalam bag kau weh". 

Obviously akan bermonolog dalaman seperti ini. "Pfttt. Memang pun bila aku dah kahwin nanti and ada anak, aku nak taruk anak aku dalam handbag ni. Anak kembar pun muat"

Mula-mula bila first dengar memang kelakar. Tapi bila dah 3-4 orang cakap benda yang sama, Ernnie rasa macam errr..


That's the bag that I'm talking about. My beloved brown Tote bag. I loveeee tote bag. Gambar ni diambil time Ernnie and kawan-kawan (dalam gambar) pg kenduri di Bangi. Ernnie letak gambar candid sebab nak tunjuk saiz bag tu. Nak clear lagi? 

Terima kasih google untuk gambar ni. :) cool. 


Q : Why Ernnie loves Tote Bag? 

1. Besar. Boleh taruk banyak barang. 

2. Besar. Boleh jadi bag tambahan bila pergi Tesco hari Sabtu (kat Kedah Jumaat) then lupa bawak shopping bag sendiri and kedekut ya Amat nak beli plastic bag. Seriously boleh taruk banyak sangat barang. Believe me. Bayangkanlah kalau orang cakap sampai boleh taruk anak, takke memang besar ^^. 

3. Boleh jadi both simple and casual. Tote bag ni selalunya pattern dia tak berat sangat. So boleh bawak pergi mana-mana je yang kita suka. 

4. Boleh jadi payung time terdesak. Besar kau. 2 orang tu InsyaAllah muat kalau tetiba takde payung and nak lari pergi dekat kereta kalau time hujan. (Eh macam pernah buat je ^^). 

5. Kebanyakkan tote bag ni takde banyak compartments. Selalunya satu poket kecik je. So kalau nak rush, memang capai je segala apa yang nak ambil (macam wallet, botol air, buku, speck, etc.) and 'rejam' masuk dalam bag tu. Sekali 'haung' je. 

6. No 5 tu boleh jadi bagus atau tak kat sesetengah orang. Jangan risau. Beli macam clutch or bag kecik and letak dalam tu boleh jadikan compartments sendiri. Macam clutch warna merah ada makeup, warna kuning ada toileteries, warna biru ada stationaries and etc. Ernnie buat macam tu kalau rajin sikit la. Besides dapat selamatkan bag tu dari kekotoran kalau dakwat pen tetiba bocor or bedak tetiba tumpah kan :). 

7. Boleh taruk baby. Lulz. Tak pun try boleh letak beras yang 10 kilo tu. Kalau possible, memang tote bag ni kuat. Haha.

Sapa ada instagram, cuba cari @yanakhairuddin or #hanabelipat. Yana ni co-owner of Calaqisya butik. She put her daughter in her tote bag. Lol. Cute sangat tak tipu!! 

Tapi ada orang tak prefer bag besar-besar cemni. Dia prefer bawak bag kecil or even bawak wallet taruk dalam poket. Ernnie pun kadang-kadang pakai handbag kecik je. Tapi untuk sesetengah yang lain, dia rasa tak puas kalau tak pegang apa-apa. Setiap orang ada preference lain-lain kan?

Oh lupa! 

8. Bila bawak bag besar-besar macam ni and ada ramai kawan yang malas nak bawak handbag, derang akan : 

" Weh, tolong tumpang wallet and phone aku dalam bag ko". 

Cemtu haa. Korang Pernah melalui perkara macam tu? Heheheeee~ I love you all my dear friends and family. 

(Tetiba) ^^'



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...