Jul 11, 2013

Bila bercakap soal jemaah

 

Ernnie tahu ini sensitive issue. Tapinya pernah encounter dengan akak-akak yang neutral fitrahnya. Sebab mengapa meraka tak berapa minat nak join pelbagai jemaah ni kerana mereka merasakan wujudnya satu 'dinding' yang akhirnya menyebabkan perpecahan.

Environment Ernnie di sini tak lagi sampai ke tahap tersebut. Ernnie merasakan jemaah-jemaah yang wujud ini merupakan akibat dari fitrah yang berbeza-beza. Yang mana kita selesa dan setuju. 

Okay point di sini bukannye nak cakap soal jemaah sangat. Tapi Ernnie nak cerita pengalaman sendiri yang menyebabkan Ernnie terfikir balik pasal perbezaan jemaah ni semua. 

Waktu ingin pulang ke Brisbane dari Melbourne. Di airport Tullamarine, Ernnie encountered dengan beberapa orang gadis yang bila dilihat sememangnya pelajar Melayu dan dalam jemaah tertentu. Perjalanan Ernnie ke arah airport  dan mereka sedang keluar dari airport. 
Obviously akan berlaku pertembungan kerana kami lintas di zebra crossing yang sama. 

Ernnie mengukir senyuman. Namun, tiada seorang insan dari kalangan pelajar-pelajar tersebut yang membalas kembali senyuman itu. Seriously Ernnie sangat terkejut. Mereka dalam 9-10 orang tapi seorang pun tidak membalas kembli senyuman itu. 

Point di sini bukan Ernnie marah or whatsoever, tapi di dalam flight, perkara-perkara sebegini betul-betul membuatkan Ernnie berfikir apa point jemaah-jemaah yang wujud. Kalau ingin mendakwah orang lain, adakah relevan jika aspek yang sesimple membalas kembali senyuman itu pun tidak dimasukkan? 

Kiranya betullah ada pandangan akak-akak yang bersikap neutral ini tak mahu join usrah/jemaah kerana meraka merasakan perkara-perkara tersebut bersikap memecahkan. Ernnie terpaksa bersetuju dalam hal ini. Sedikit kecewa kerana penerapan nilai agama adalah sangat hebat dalam diri. But when it comes to applying the simple basic thing, you guys failed to do so.   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...