Apr 2, 2018

OBS 2018 : UNFORGETTABLE GAPURA'S GATEAWAY - PART 1

I rarely post about my journey here in Diploma Pasca Siswazah's journey but this time it;s something that I cannot missed. As for me (and my friends too I guess), it left us with an impact that I cannot describe. 

Before apa-apa, meh nak cerita apa yang Ernnie tahu pasal OBS ni. OBS ni stands for Outward Bound School, program ini lebih menerapkan aktiviti yang mencabar fizikal diri. Untuk Kadet PTD ni, memang setiap tahun dari berpuluh tahun sebelum memang kami akan dihantar ke Lumut untuk join Program ni. Dalam OBS ni ada 3 main activities, Whalling, Kayakking adn XPDC daki Bukit. Selama 7 hari berkampung di Lumut tu, kami diajar benda dan berlatih untuk jalankan 3 aktiviti ni je. Kau berlatih pagi, kau kena gerak ke pulau petang, kau berlatih petang, kau akan gerak ke pulau esok pagi. Macam tu la penerangan sesimple mungkin yang boleh Ernnie bagi.

Dan untuk batch ni, kumpulan Ernnie (GAPURA) merupakan kumpulan yang terakhir yang kena pergi OBS. The whole batch ni ada 5 group, so bayangkan input yang kami dah dapat untuk prepare diri physically. Dah nak pergi ni, Ernnie ada la join kawan-kawan main Badminton malam2, bajet dapat stamina lebih untuk OBS. TETAPI takde sesiapa pun yang bagitau Ernnie OBS ni sebenarnya satu pengembaraan untuk mengenali diri kita yang sebenar. Dia macam ajar Ernnie cara nak deal dengan manusia dan cara nak control emosi dan mindset diri sendiri. it's like physical turns to mentally turns to emotionally. Impact dia macam melekat kot dalam diri kau. Okay cerita banyak-banyak pasal ni pun akan memeningkan korang yang tak pernah dengar pun OBS ni apa senanya. Hahaha. 

Dalam satu group Ernnie yang ada 80 classmates ni dibahagiakan kepada 2 kumpulan besar. dan dalam setiap kumpulan besar tu dibahagiakan pulak kepada 3 kumpulan kecil yang dipanggil watch, Jap nak recall : ada watch IRAU, RAYA, MULU, IRONG, BUBU & TRUSMADI. Ingat jugak. #sebabtaklehmoveonlagi



Latihan Whalling.  
Tu aktiviti kumpulan Ernnie (Kumpulan 1) yang pertama, Basically aktiviti dia, kau kena whalling sejauh 22 km (jauh gila woih). Whalling tu macam tongkang. Tak, memang tongkang pun. Kena dayung seramai 8 orang bersama dengan krew yang lain yang akan buat tugasan secara bergilir-gilir. Nanti ernnie letak gambar. So pagi hari kedua tu, terus instructor buat latihan whalling. dia latihan dia dari A sampai Z. bukan kau terus ambil pendayung (nama dia ORS) and dayung hokay. Kami ni diberikan penerangan pasal parts yang ada dalam whaler tu, dari macam mana nak labuhkan sauh, angkat sail, turunkan balik, nak dayung macam mana, kena ada apa semua diajar. Dia punya matlamat nak kumpulan kau ni boleh mendayung ke destinasi tanpa bantuan instructor. Sebab tu diajar sebegitu sekali. Tak lupa juga nak baca arah angin and nak tengok peta. Sehari diperuntukkan untuk kiteroang belajar whalling je. Dah duduk kat laut and ttbe nak terkucil macam mana nak buat. (Like literally kau kena terjun dari whaler and buat business kau dalam tu). Lagi satu time ni boleh nampak ada yang mabuk laut, yang memang muntah semua ada. Barai kot kalau yang tak biasa.

Whalling
Bermulalah perjalanan Ernnie dan kawan-kawan dari 2 watch yang lain whalling dari OBS sampai pantai Syawal. Kalau naik kereta, 22 km tu macam celah gigi je kan? Kalau whalling ni, 22 km tu macam menunggu crush kau PM tepi kat whatapps. like lama gilaaaaaaaaa bila nak sampai. Ni personal experience. Ada je yang rasa senany ya amat, siap boleh cakap macam kacau dodol. Tapi untuk Ernnie yang dodol pun beli terus, memang tak la. ditambah pulak dengan Ernnie yang bukan orang yang fit. Buat aktiviti sikit, dah penat. hampeh. TAPI kan, kau tak boleh lupa yang kau ada the whole team kau untuk buat kerja tu sama-sama. Bila penat je, ada je orang yang boleh gantikan kau untuk whalling. Ada je yang taknak stop, tapi ernnie macam sedar diri tak boleh non-stop dayung. So memang peranan setiap kawan-kawan yang atas whaller tu memang superb meletop kebabom. Paling best siap ada penyanyi and memang totally reduce kau punya kepenatan ber'whalling' tu. and surprisingly semua tak muntah atau pening. Instructor kate kiteorng cheating sebab dah makan ubat mabuk laut in advance. haha. Itu rahsia dia.


Kami ambil masa dalam 5-6 jam. Alhamduillah, cuaca pun sangat membantu kiteorg. Maybe ada time dalam whalling tu, kteorg baca asma Al Husna bagi Allah permudah and memang dipermudahkan sebab lepas tu datang angin and kiteorg tak dayung dah. Bukak sail kasi kembang and biar je. Instructor banyak kali pesan, benda ni bukanlah nak tengok sapa cepat sampai ke apa, tapi apa yang kiteorang dapat belajar dari journey kau whalling tu. Memang belajar banyak. Untuk Ernnie yang berulang kali rasa terkesan ni, memang Ernnie rasa kesabaran tu dipupuk dalam diri. Ha yang tu yang penting sebab Ernnie memang impatient. hahaha. OK , Next.. haha

Latihan Kayak
Untuk Kayak ni, dalam kepala otak Ernnie rasa macam senang, rupanya boleh tahan jugak oii. untuk berkayak ni tak la jauh, tapi dalam 4-5 km. dulu dah pernah buat dah kat Tasik Putrajaya. Tapi kali ni dia main laut bhai, Ombak dia, arus, kayuh tak gerak, dah gerak pi tepi, dah kat tepi nak terbalik pulak. Ha macam tu la. Hahaha, So untuk latihan ni, ada buat langkah kecemasan kalau capsize (terbalik) mcm mana, apa kena buat semua. 

Real Kayak
Rupanya bila dah start kayak yang betul - betul tu, tak la payah sangat, baru nak rasa lenguh tangan dgn pinggang, tup - tup korang dah sampai destinasi. Kali ni kiteorang kena kayak dari OBS ke Teluk Sekadeh. Ya Allah lawa kot pantai dia. Dengan Ernnie, Ernnie pilih my classmate Harichandran untuk be my partner along the way back and forth. Best weh. sebab kiteorang lahir sama tahun kot, so bila sembang tu mcm in line sikit. hahaha, lagipun time nilah dapat kenal kawan yang kita jarang sembang kan. and Hari ni tenang kot. dia macam cool je and deal pulak dengan manusia yang sejenis clumsy macam iolls ni. hahaha. Thanks Harichandran!

XPDC panjat bukit.
Ha, yang ni takde training pape. Dah sampai kat Teluk Sekadeh tu, petang tu terus kena naik bukit. Nama dia apantah, dah lupa South Peak kot. Perjalanan dia mencabar tapi best. Selalu ernnie ni tak minat benda-benda yang kena mendaki nih. tapi kali ni macam eh, asal best ni. hahaha. Sebab kawan2 buat lawak kot. tengok-tengok dah sampai. Time ni jugak menyaksikan manusia kilat seperti Aizat yang time dia panjat macam nampak senang boleh lari turun ikut suka walaupun kami ni termengah-mengah. Budak marathon bhai. 21.95 KM. that spesific okay haha.






basically apa yang Ernnie letak dalam entry ni semua macam surface je, tak cerita apa yang kami buat bila dah sampai Pantai Syawal and Teluk Sekadeh semua. Baru part 1, nanti iolls sambung part 2, sebab rasa macam panjang sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...