Apr 24, 2018

INTRADE - KEMAMAN - 2018 #kotaktakesterengganu

Kita mulakan dengan satu perkataan ja dulu.

BEST!

BEST!

Eh, dah ada dua. hahaha. Dalam DPA ni tak banyak module yang kena keluar kawasan tapi INTRADE ni one of them. Basically untuk module ni, kiteorang kena pergi mingle dengan orang kampung sambil buat kerja- kerja CSR untuk beri impak dekat kampung dari pelbagai aspek. apa yang Ernnie akan tulis ni Ernnie punya personal experience. Maybe tak sama dengan apa yang kawan-kawan Ernnie rasa, haha

Dalam INTRADE ni jugak, kami dibahagikan kepada 3 buah kampung yang berbeza. Kampung yang terlibat ialah Kg. Kuala Kemaman, Kg. Ayer Jerneh dan kampung yang ernnie duduk iaitu Kg. Pasir Gajah.

In the first place, Ernnie macam blur jugak nak kena act and react macam mana, how to minggle with them, tapi lama-kelamaan sebab semua pihak memang welcoming kiteorang ni gila- gila, so macam rasa seronok sangat kat kampung tu. Tambah pulak dengan JKKK dia yang sangat cool and kelakar, memang best.

Nak cerita beberapa pengalaman yang Ernnie akan ingat (kalau tak ingat pun, ernnie akan ingat sebab ernnie masukkan dalam blog ni).

SAMBUTAN
Firsly, time kami first day nak melawat Sekolah Pasir Gajah (SESIGA). Memang terkejut sebab sekolah tu menyambut kiteorang ni macam Pegawai Daerah, dengan cheer nya, lepas tu paling tak menahan sebab ada kompang kau. hahaha. Dari mengantuk dalam bas, terus terbeliak mata sorang-sorang. hahaha. Budak-budak tu pun memang happy dengan kiteorang, siap ambil nama and no phone, mintak tandatangan semua.




MEREWANG
Second, among moment paling best dalam intrade ni untuk ernnie waktu merewang untuk majlis tahlil minggu pertama hari khamis. memang meriah and seronok weh. time ni lah Ernnie tengok for the first time orang masak Nasi Dagang. Sebelum ni ingat macam senang la nak masak Nasi Dagang, bila tengok sendiri orang masak, I’m like okay, better beli ja Nasi Dagang yang orang jual. Guna double kukus kot. Renyah la untuk Ernnie yang tak reti masak ni. Eh? Time tu la juga rasa macam adik beradik tengah masak bersama-sama dengan ayah. Kiteorang basuh ikan, perah santan, potong bawang, membawang, rebus ikan, kukus nasi dll. Siap petang tu ada pulak yang rajin bagi idea untuk buat lempeng kelapa. Cicah pulak dengan gulai Nasi Dagang. Tak tipu, memang sedap weh. Lagi yang rajin tolong goreng bihun untuk lapik perut. Buat air untuk budak2 yang kerja mengecat semua, belah kelapa minum. Macam banyak nya makanan and fun moments kat situ. Paling ingat dalam memori hidup.

Time tu, kami kadet ni berkenalan dengan Ayah Chik, tukang masak kampung tu. Someone with very few words tapi ilmu penuh di dada. Memang hebat la Ayah Chik ni, humble, tak berkira, tak kedekut. Sebab kami-kami ni boleh pinjam apa-apa ja dari Ayah Chik. Hahaha. Last day ada video tunjuk snippet pasal ayah chik, boleh nampak dia menangis kegembiraan. untuk ernnie yang tengok ni? Confirm-confirm la menangis dah. hahaha

TUNTUNG
Ni lagi satu benda paling rare untuk Ernnie. Kampung Pasir Gajah ni memang popular dengan Pusat Pemuliharaan Tuntung. So dapat la kiteorang ni tengok sendiri Tuntung tu. dia basically macam kura-kura. tapi besar sikit la kot. Walaupun dia hidup air tawar, tapi cara hidup ernnie tengok macam penyu. Bertelur dalam pasir. Ha bila cakap pasal ni, Ernnie dan beberapa kawan dapat pengalaman korek lubang penetasan sebab nak kena letakkan ubat anti-semut. Kita takmau semut rosakkan telur2 yang sedang dalam proses nak menetas. Cangkerang telur tuntung ni sangat lembut korang. nak korek lubang pun kena lembut-lembut je. Tak boleh kasar-kasar. Memang best dan rare.


SUKANEKA
Lagi satu moment menarik time Ernnie diberikan tanggungjawab untuk kelolakan sukaneka, one of the main activity untuk Projek Mega. Untuk Ernnie yang tak suka memegang apa-apa dalam DPA ni, memang cuak kot weh. paling cuak sebab kita takut how’s the event will get going. Alhamdulillah, sebab Ernnie ada team yang best dan awesome letop meletop, semua sukaneka dapat dijalankan dengan baik. Semua student, parents dan guru including PPD Kemaman pun ambil bahagian. Sebabkan best nau, dapatlah semua urusetia untuk sukaneka sorang sikit burn di muka. kahkahkah.

FRIENDSHIP
Moment seterusnya (sebab best, so dia banyak sikit) time kau dengan kawan-kawan la kot or bertambah connection kau dengan rakan dalam Neowangsa ni, time ni la Ernnie kenal dengan insan-insan yang Ernnie tak pernah cakap sebelum ni. yang lepak dengan hat selalu lepak pun banyak jugak, pi makan malam-malam dekat kedai2 luar. Makan malam macam tak pernah makan seminggu kot. Gelak tak hingat dunia, pergi makan 6 orang tapi buat bising kat kedai makan macam 20 orang dia punya level bising. Pergi cari sata jalan jauh-jauh end up sata tu biashe- biashe je. Terus Ernnie annoyed. hahaha













Best jugak INTRADE kali ni sebab tempat penginapan kami dekat INTIM tu betul2 berdepan dengan pantai. So nama dia kau akan lepak la dengan kawan-kawan setiap petang kat pantai tu sambil makan kepok lekor and minum teh beng. Enjoy gila weh. Ada satu perkara yang Ernnie ralat tak buat/tak pergi is Rumah Jambi. Korang boleh google sendiri rumah tu. Memang besar dan menyimpan banyak sejarah. Tapi tak sempat pergi sana. Nak pergi pun macam jauh kalau berjalan kaki. Transport pun tak available time Ernnie available. So end up tak berpeluang nak ke Rumah Jambi. :(















Overall, INTRADE ni untuk Ernnie memang best. Belajar dan experiencing macam-macam perkara. Ada la memories2 yang ernnie sendiri takkan lupa. Gaduh dengan orang pun ada jugak. Hahaha. Akan Ernnie ingat perkara tersebut sampai mati. Haha. kalau orang tanya

"Kalau gi jenjalan kat Terengganu, nak pergi tak kampung angkat?"

My answer would be

"yes. I might not looking for the villagers, but I'll definitely go to the Bihun Sup Tulang kat Kg. Gajah. The best. "

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...