May 15, 2016

Larian Bendang 2016

Sempena Karnival Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah yang diadakan untuk tahun 2016 ni, Ernnie dan beberapa orang boss Ernnie kena join this Larian Bendang. At first bila dapat surat, memang tergelak sebab Ernnie memang tak teror langsung bab-bab larian ni. Bila tengok kawan-kawan kat facebook dok upload medal-medal depa dalam mana-mana event Larian, ada la perasaan jealous tu. Tapi memang tau Ernnie tak mampu pun nak dapat haha. 

Ernnie minat senaman tapi bukan Aerobik, Zumba, Larian berkilo-kilometer dengan panjat Gunung. Maybe bab senaman yang Ernnie minat ni kickboxing kot. Walaupun tak pernah cuba. Semoga apa yang kau tak suka ni akan kau tergila-gilakan kelak Ernnie. Amin~ 

Okay, nak cerita bab tak active yang kat atas tu. Ha ni nak sambung balik penceritaan. Dalam tak berapa nak aktif tu, Ernnie rasa Ernnie adalah orang MADA yang paling awal sampai. Haha~ Entah macam mana, terbaca dalam group whatapps ni dia start pukul 6.45 pg. Lepas Subuh je terus Ernnie pecut. Bila upload gambar dekat group whatapps, semua macam "Awainya Ernnie". "Ernnie pulun" hahaha. Cheq tak tau okay nak kena mai pukui berapa senanqnya. 

Tau pukul berapa depa lepas orang? 8.45 pg. hahaha, Next year dah tau dah. Ceq tobat takmau pi awai dah. Dan sebnarnya semua Agensi di kedah yang join larian ni kena lari 2km ja. Termasuk dalam group VIP. dapat baju, seluaq siap sweater. Tinggal kasut lari ja depa tak bagi sekali. Orang lain bersusah payah 10 km la, even budak sekolah rendah perempuan pun 3 km. Haha. Memang tak boleh mengeluh apatah lagi complaint.



To note, benda yang lagi satu lawak, dalam 20 orang yang kena pi Larian Bendang ni, I'm the only female. Semua yang lain Abang-abang dengan abah-abah. hahaha. Pelik kot. Tapi mungkin sebenarnya MADA nak semua lelaki. Tapi kena ada jugak sorang perempuan buat jadi bunga. Hahaha.

Lagi satu, sebab pergi atas tiket VIP (konon). Ernnie tak expect pun ada pertandingan sebenarnya di kalangan VIPs ni. Rupanya ada kau. Penat tak lari. Walaupun tau kalau lari beriya pun still kalah sebab ada lagi VIP junior yang memang padu. Hahaha~ 

Tahniah buat Boss Cho Meng Chiang, En Sam dengan Firdaus sebab menang. Boss Cho dgn En Sam menang dalam kategori VIP Senior (45 and above) and Firdaus - VIP Junior. Mak Ernnie cakap kalau tak menang apa-apa, mesti snap gambar dengan pemenang kot-kot dapat aura kemenangan tu. :) 

Korang nampak Ernnie tak? Takkan tak nampak.



Firdaus and Boss Cho
Sebenarnya Ernnie masih lagi dalam kategori Sekolah Menengah (Perempuan). Tak percaya boleh tengok gambar kat bawah. Bila fikir balik time sekolah dulu memang bila ada larian macam ni walaupun merentas desa peringkat sekolah, memang tak pernah menang. bajet nak bagi medal tu dekat kawan-kawan yang lain. (nampak tak penipuan kat situ).

Overall, it was a good day for me. Hikmahnya Ernnie dapat merapatkan silaturrahim dengan boss-boss Ernnie. Thanks MADA for this opprtunity. Do not hesistate to call me again next time. InsyaAllah Ernnie nak join. :) Indication semua orang having fun is when your own boss pun boleh selfie dengan semua orang. 

Plus Ernnie dapat buat medical check-up free time tu siap dengan derma darah. I feel so good whenever Ernnie dapat donate blood. trust me, dia macam replenish your energy, spirit and blood of course. :)
Tgk kaki pun dah tau memang akan menang #flipstudung



My Boss, Hj Kamarudin with his selfie technique. Impressive kan? #mybossisbetterthanyourboss



See you with the next Larian Bendang. Next time with a medal of course :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...