Cont..
So sesampainya kami di Airport Jeddah, kami solat Jama' Takhir Isya' dan Maghrib sebelum berangkat ke Madinah menaiki bas.
8 ++ hours inside plane and another 6 hours will be added. Ada berhenti dekat satu perhentian untuk makan dan berehat. Kakak Ernnie beli sikit roti dan pisang untuk kiteorang alas perut dalam bas. Basically rasa keterujaan tu melebihi rasa penat dan lapar kot. Bila dah nak masuk area Madinah, lampu dalam bas mula dipasang dan mutawwif start beri taklimat sikit pasal Madinah. Once dah melepasi sempadan Madinah, air mata ni keluar lagi. Bukan Ernnie je rasanya, sebab macam dengar la sobbing dalam bus tu. Kakak yang duduk sebelah Ernnie pun turut sama menangis. At that time, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu. tak boleh nak describe. Macam sangat dipersilakan je masuk ke dalam bumi Madinah tu. Dengan waktu time tu yang dah nak almost subuh lagi la sayu.
Ada lagi satu berita gembira yang mutawwif beritahu. Sebelum ni kalau jemaah datang under agensi ni, mereka akan tidur dekat satu hotel empat bintang ni. Tapi rezeki kami semua, mutawwif beritahu kiteorang menginap di Hotel Harmony yang bertaraf 5 bintang. Alhamdulillah. ke masjid pun dekat. Urusan masuk ke dalam hotel/bilik pun sangat senang. Kiteorang terus ambil wudhu dan bergegas ke Masjid Nabawi. Bila nampak je Masjid, Ernnie macam Ya Allah, "This is real, very real". Cantik sangat ya Allah.
makanya Subuh pertama kiteorg dalam Masjid Nabawi pada Hari Rabu 1st of April 2015. Masuk dalam kawasan masjid, memang hanya airmata je keluar (again). Ramai jugak yang solat dekat dataran. Tapi Ernnie, Kakak, mama dgn cousin memang berjalan je sampai dalam masjid mohon dipermudah sebab nak jugak solat dekat dalam.
Kat Masjid Nabawi memang disediakan kotak untuk letak Kasut dan InsyaAllah kalau letak elok2 dalam bag yang diikat cantik, memang takkan hilang. :) Tiada waktu yang mati (dull) dalam kawasan masjid pada setiap masa. It's like alive. Bila tengok cantiknya semua perkara, memang tak henti mohon doa supaya Allah beri peluang dekat saudara dan rakan-rakan Ernnie untuk turut jadi tetamu Allah di dua masjid suci ni :).
Air zam-zam almost everywhere dekat dalam kawasan masjid. Air Zam-Zam dekat Madinah semuanya dalam tong. So kalau dia ada station tulis 'Drinking Water' tu, tu bukan Air Zam-Zam.
Random sat : Ernnie ni dari Malaysia memang ada satu action yang kalau pergi shopping mall, pegang eskalator atau troli, Ernnie akan kena macam renjatan elektrik. bukan takat shopping mall, macam kalau pegang besi dan seangkatan. Sakit sangat. Dan bila Ernnie di Madinah, benda tu lagi banyak berlaku. Pegang telekong, pegang mama Ernnie, kakak, lagi banyak berlaku. Kakak Ernnie pun jadi yang sama jugak. Kadang lawak sebab kelakar kadang tu sampai sakit sebab macam ada spark being produced. Why eh? Kakak cakap mungkin bila minum Air Zam-Zam ni charge dalam badan bertambah kot. Hmmmm.
Selepas dari solat Fardhu, selalunya time tu lah kalau kita nak ambil peluang beli oleh2 untuk saudara di Malaysia. Akan ada cart-cart di luar kawasan masjid yang jual macam-macam dengan harga yang murah sangat. Kena cepat jugak sebelum Polis Madinah tu halau derang ni. Dan menurut orang lain, Ernnie pun agree, kalau nak beli barang, better di Madinah sebab lagi murah. Kurma dan Kacang2 lagi senang beli di Madinah sebab banyak kedai. Dekat makkah macam kurang atau kalau ada pun mahal sikit.
Beli Abaya banyak-banyak sebab dekat malaysia sangat mahal :)
Hari Rabu tu jugak, ada mutawwif perempuan yang bawak kiteorang untuk menziarahi Raudhah. Raudhah ni terletak di antara Rumah Rasulullah dan mimbar Masjid.Tempat yang doa diterima terus tanpa hijab. Ianya merupakan salah satu taman dari taman-taman syurga yang ada. Rumah Rasulullah kini merupakan maqam baginda berserta maqam sahabat karib baginda. Untuk perempuan agak sukar sedikit nak masuk. Sebab among 10 tiang Raudhah tu, hanya satu sahaja yang diberi. So bila ada bantuan mutawwif ni, senang la sikit perjalanan ke sana. Ada dalam 3-4 pitstop kene tunggu. Dalam masa tunggu tu Ernnie baca Quran dan mintak doa yang kawan-kawan dah beri dekat Ernnie. Bila dah masuk dalam Raudhah, memang kita tak sempat pun nak bukak doa-doa yang dipesan sebab berasak-asak.
Terima kasih dekat penulis-penulis blog pasal umrah ni. Bila di Raudhah, satu tips yang Ernnie dapat, kita terus ke sebelah kiri. Solat dua rakaat, bila guard tu suruh gerak, kita gerak la sikit ke tempat lain ke sebelah kanan. Exit Raudah di sebelah kanan. Alhamdulillah Ernnie dapat buat banyak solat sunat dalam tu. Kalau kita masuk terus ke kanan, kita tak berpeluang buat banyak solat sebab guard tu akan terus suruh kita exit.
Mungkin ada perkara yang Ernnie bagitau ni macam tak boleh nak digest. InsyaAllah kalau ada peluang menjadi tetamu Allah, bila dah disana, memang boleh faham sebab kita nampak sendiri kan?
Kalau ke Raudhah tu, kita juga akan menziarahi maqam Rasulullah, Abu Bakr As Siddiq dan Umar AlKhattab. Kalau wanita ni tak boleh la tengok sepenuhnya. So kalau dah nampak Kubah Hijau tu, di bawahnya terletak Maqam Rasulullah. Beri salam kepada baginda. At that time pun akan rasa something yang tak boleh nak gambarkan. Macam Rasulullah berada dekat dengan kita ni. Haritu jugak Ernnie minta kebenaran mama Ernnie nak pakai baju kurung. There's nothing wrong with it actually kan? I'm very comfortable in that Baju Kurung. Dalam buku panduan pun tulis, pakailah baju yang cantik2 untuk melawat Makam Baginda. Thus that Baju Kurung explained. :)
Panjang dah ni. Ernnie rasa semua perkara nak share dalam blog. Kita sambung dekat Part 3 InsyaAllah.
My Journey continue..
MY UMRAH ZIARAH PART 3
MY UMRAH ZIARAH PART 4
MY UMRAH ZIARAH PART 5
No comments:
Post a Comment