Apr 24, 2015

My Umrah Ziarah Part 3

My previous entry : 


Now nak cerita dalam Bahagian Ketiga pulak. It was 2nd of April. Kami dibawa mutawwif meziarahi tempat-tempat bersejarah Islam. 

Our first location was Masjid Quba. Masjid Quba ni adalah masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW. Mutawwif beritahu ada hadith mengatakan yang solat sunat disini akan mendapatkan satu pahala umrah. 

Mutawwif juga ada pesan dekat Masjid ni, selain ramai orang yang beribadat, ramai juga yang panjang tangan. So memang barang kita simpan elok-elok dengan kita. Alhamdulillah, Ernnie takde dengar jemaah kiteorang ni kehilangan barang. 

Dalam masjid ni jugak, ada something yang berlaku dekat Ernnie yang menyebabkan Ernnie sampai menangis teresak-esak. Kalau di Madinah, Masjid Quba yang paling Ernnie akan ingat. Basically ada satu doa yang Ernnie berkali-kali minta dengan Allah dalam masjid Quba. Lepas Ernnie buat solaht-solat sunat dan masa masih ada, Ernnie bukak Quran tafsir Ernnie dan randomly opened a page. And to my surprise, It was exactly what I'm asking for dan Allah jawab dengan sangat spesific dalam satu ayat. Up until now, bila fikir balik, it was so emotional for me. Subhanallah.

Bila berada dalam Masjid Quba ni, memang akan teringat pengorbanan Rasulullah dan sahabat sahabat baginda yang berkorban segalanya untuk meninggikan syiar Islam dalam peristiwa Hijrah. Macam Masjid Quba ni part of pembuktian keislaman kita yang kita terima dari nenek moyang. Ya Allah.

Lepas Masjid Quba, kami dibawa ke Ladang Kurma. Ladang kurma ni biasa-biasa je. Ustaz kami beritahu kadang kadang di Ladang Kurma ni harga kurma lagi mahal dari di luar. Family Ernnie just tangkap-tangkap gambar dan beli sikit kuma muda yg difrozenkan. Yang tu sangat sedap!!. Kurma tu tak tahan sangat, kalau lama2 simpan nanti mcm lunyai. Sedap makan di Madinah fan Makkah sebab dia fresh. Yang lagi sedap sebab difrozekan :). Ladang kurma ni worth to go sebab boleh nampak kurma yg hampir masak atas pokok. Ernnie tak sure kurma ni ada musim ke macam mana. Kalau di jalan-jalan sekitar Madinah Makkah, banyak pokok kurma, tapi jarang sangat Ernnie nampak ada buah yg dah matang atas pokok. Banyak yg masih putik lagi. 

Ziarah seterusnya ke Bukit Uhud/Bukit Memanah dan ziarah maqam para Syahid Uhud. Kalau yg selalu jumaah mendaki tu merupakan bukit memanah para Pejuang Uhud. Yang dimaksudkan dekat Bukit/Gunung Uhud adalah yang berada dekat belakang yang sangat besar Subhanallah. Gunung Uhud tu merentasi 7kilometer panjangnya. Memang kalau tengok depan mata pun gerun. Dikhabarkan sewaktu Baginda Rasulullah ﷺ  masih hidup, gunung uhud tu hanya membenarkan Rasulullah ﷺ sahaja yang naik ke puncak. Wallahualam. Dan sewaktu perang uhud ni lah menyaksikan syahidnya ramai sahabat Baginda kerana tidak mengikut arahan Baginda ﷺ akibat daripada banyaknya harta ghanimah di bawah bukit yang mereka mahukan.

Kalau di bukit memanah yang akan didaki, korang mesti waspada dengan orang-orang kat situ yang menawarkan diri nak snap gambar korang dengan kamera polaroid. Kadang mereka ni charge harga yang sangat tinggi regardless gambar korang tu elok/jadi ataupun tak. Better tangkap gambar sendiri sesama family :) 

Di situ juga terdapat perkuburan para syahid uhud. Kawasan tu dah di tutup akibat perbuatan khurafat jemaah haji/umrah yang datang yang menulis nama mereka di dinding dengan harapan para syahid uhud ni akan membawa mereka sekali ke syurga. Nauzubillah. 

Mutawwif pun ada cerita sebenarnya banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang wujud. Namun disebabkan perkara khurafat yang dilakukan jemaah, banyak tempat-tempat bersejarah itu dihapuskan oleh kerajaan Saudi. Memang perkara tersebut menimbulkan kerisauan para ulama, takut orang Islam akan lupa terus akan pengorbanan Rasulullah dan lupa akan syiar Islam. Kalau ikutkan sikap jemaah yang datang menunaikan umrah dan haji lah dan pada masa yang sama melakukan perkara khurafat yang menyebabkan banyak tempat ditutup. Hmmm, it's a battle between aktiviti khurafat vs lupa akan sejarah. Semoga kita dihimpunkan bersama golongan yang mengikut sunnah Rasulullah, Amin. :) 

Selepas dari Gunung Uhud, jemaah kami pulang untuk bersedia menunaikan solat Zuhur. 

Petang tu memang aktiviti bebas dan ernnie luangkan masa selepas Asar untuk membeli barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. 

































No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...