Nov 16, 2013

SEMINAR BAYU 2013

Alhamdulillah. Dapat attend satu seminar dekat UIA anjuran Langit Ilahi yang menjemput ramai penceramah yang hebat-hebat yang mostly Ernnie memang nak jumpa in person. Dua orang in particularly Ernnie nak jumpa. Sebab Ernnie pernah baca hasil tulisan mereka. Dan memang ada sedikit aspek-aspek dalam diri Ernnie yang telah di'spark' atas hasil tulisan mereka ni. :)

Ucapan pendahuluan telah disampaikan oleh Saudara Hilal Asyraf sendiri. Based on apa yang hilal cakap. Seminar Menyentuh Hati (BAYU) ni lebih kepada macam mana nak sentuh hati seseorang dan juga hati sendiri. Tak kisah melalui percakapan, perbuatan dan akhlak diri. Buku yang Hilal suggest (basically semua penceramah pun suggest) bertajuk Bagaimana Menyentuh Hati hasil tulisan Abbas As-Sisi. Ernnie taka baca lagi kandungan buku tu, tapi bila dah semua penceramah suggest, mesti something yang best kan?


Lepas saudara Hilal, adalah slot kak Fatima Syarha. Kecik comel molek je orangnya. Tapi bila bercakap penuh dengan ketegasan. The fact that bila Kak Fatima cakap je beliau mesti macam nak menangis, pun boleh membuatkan audiens disentuh hatinya. Tak tipu.

Penceramah Kedua ialah Ustaz. Pahrol Md. Juoi. Ustaz Pahrol adalah orang yang sangat Ernnie nak jumpa in person. Lenggok bahasa Ustaz Pahrol pakai memang simple words yet effective. kalau pernah baca buku;buku tulisan Ustaz pahrol, memang rasa perkara yang sama. Uniknya, penggunaaan bahasa yang mudah yang orang lain pun boleh cakap, tapi bila dekeluarkan oleh Ustaz Pahrol, rasa lain. really. Mungkin sebab Ernnie sangat suka dengan Ustaz Pahrol ni. So, apa yang beliau cakap, senang je nak masuk. Penggunaan analogi yang orang tak boleh refute. Itu salah satu kehebatan Ustaz Pahrol ni. 


Seorang lagi, siapa tak kenal dengan Ustaz Hasrizal @ SaifulIslam. Ernnie sangat nak jumpa Ustaz Hasrizal in person. Baca buku beliau je tak cukup. Alhamdulillah dapat jumpa in person~ Apa yang uniknya dengan Ustaz Hasrizal ni Ernnie rasa beliau cakap dari hati. Kadang bila Ustaz cakap dia ada marah dengan orang yang comment bukan-bukan dekat FB beliau, Ernnie macam, "Ingatkan Ustaz Ustazah ni tiada perasaan macam tu, rupanya mereka pun sama dengan kita-kita ni". Okay memang Ernnie tahu manusia ini bukanlah sempurna. Tapi kadang, bila Ustaz Ustazah potray perkara-perkara yang baik sahaja, Ernnie ni susah nak relate. Membandingkan yang mereka itu hebat, dan Ernnie tak pun. Tapi bila Ustaz Hasrizal ni bercerita pengalaman beliau, Ernnie macam boleh relate. Bila boleh relate, kita akan cakap ; "Okay, Ustaz Hasrizal boleh, takkan aku tak boleh. "  :).


Sebelah malamnya, forum yang lebih santai dilakukan dengan Hilal Asyraf jadi moderator. Tajuk yang diketengahkan adalah menjurus kepada DAKWAH KAMPUS. Tpoik biasa-biasa. Tapi disebabkan panel-panel yang hadir adalah dari kalangan ikon-ikno kat dalam Uni di Malaysia ni, so dia jadi sangat menarik (Dr. Azizan, Sis Amani & Dr. Mazlee).

Whatever point yang Dr. Mazlee utarakan, Ernnie sangat setuju 110%. Beliau mengetengahkan pasal apa maksud dakwah. Kenapa nak separatekan 'block' dakwah dan 'block' pembelajaran. Sebab bagi beliau, belajar dan mendapat result yang cemerlang itu juga dakwah. dan lagi satu, teguran kepada budak-budak Dakwah yang sangat aktif berdakwah, berjaulah, berIjtima segala, tapi aspek aspek kecil seperti recycle, kebersihan, kekemasan berpakaian pun tak dijaga sedangkan itu semua berada dalam konteks dakwah. I have to agree on this. Sebab honestly, memang aspek menjaga kebersihan itu kurang dijaga (eg : kalau sampah penuh dekat sesebuah tong sampah tu, kita ni still lagi nak sumbatkan sampah sampai melimpah. I've seen it and I hate it). Kalau aspek-aspek macam tu pun tak boleh nak jaga, macam mana kita nak menyentuh hati yang lain? Orang tengok pun takkan pandang dua kali.

Dan yang lagi menarik bila Dr. Mazlee sentuh pasal Dakwah sesama Melayu sahaja. Menarik sangat. Malas nak ulas dalam blog saya. :)



Okay, paling penting, Ernnie nak berterima kasih dekat kawan yang Ernnie baru jumpa dalam Seminar tersebut. Nama adik comel ni Nadiah. Umur baru 21, UM student ambil Account. very-very nice girl. Ernnie tumpang tidur rumah Nadiah malam tu. Hospitality Nadiah bagi sangatlah awesome. Terima kasih sangat-sangat. Esoknya pagi-pagi ingatkan nak pergi uni Nadiah, sebab dia ada kelas pagi tu, tup-tup dibatalkan. So kiteorang pergi KLCC. Ni snap gambar sebelum Nadiah nak balik Uni beliau sebab Nadiah ada kelas pukul 2PM. Thanks Nadiah. :))

Ada lagi penceramah-penceramah yang lain seperti En. Abu Ridhwan dengan Cikgu Azmi. Banyak gambar dekat IPAd. Dalam phone ada gambar ni je. So tak sempat lagi nak upload. Cikgu Azmi seronok!!. Perkongsian pengalaman beliau memang terbaik. Walaupun audiens dah penat, tapi Ernnie rasa takda pun yang tidur sebab semuanya best! RM35 yang tak merugikan langsung. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...