Kulihat setiap riak muka yang dipertontonkan.
Sedikit perasaan takut,
banyak yang teruja akan jaulah yang bakal ditempuh.
Tersisip perasaan gembira
dalam setiap raut wajah.
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi.
Ujian demi ujian ditempuh.
Perasaan marah, kurang sabar, keras hati
sedikit berbaja dalam diri.
Merasakan tarbiyah yang dipelajari seakan dilupai.
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi.
Namun begitu terasa jaulah ini akan sentiasa dirindui.
Entah mengapa ada sedikit berat hati.
Meninggalkan NZ yang memberi seribu satu memori
yang tak akan dilupai.
Berlari-lari di tepian pantai.
Merasa kesejukan air tasik dan laut.
Memandu sambil ditemani oleh gunung2 ciptaan Ilahi.
Dengan angin yang melambai2 seakan tidak mahu berhenti.
Allah, indahnya sentuhanMu ini !,
Yakin terasa akan kecantikkan Jannah mu nanti.
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi.
Semoga hati nurani ini akan lebih kuat ketaqwaannya kepadaMu.
Alammu menjadi bukti akan kesaksian cinta yang bersemi.
Mencintai akhwat2 dalam aqidah yang sama keranaMu.
Diredhai dari awal dan akhir.
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi.
Jaulah yang indah kini sudah tiba di penghujung. :)
-madebyme-
-29.11.11-
-Christchurch, NZ-
No comments:
Post a Comment