Dec 26, 2011

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH


1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
 Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.” ~ HR Abu Daud


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi SAW bersabda : ” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.” ~ HR Muslim


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
” Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. “~ HR Muslim


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :” Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. “~ HR Abu Daud


5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: ” Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”


6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : ” Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “~ HR Thabrani


7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan : ” Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”


Moga Allah redha persahabatan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...