hari ni sudah 18 Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432 .
InsyaAllah semuanya masih bersemangat nak berlumba2 mengejar bulan 'promosi' ni dari Allah SWT.
Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan
dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.
So kita ni dah 80% dah di fasa kedua iaitu fasa keampunan.. Dalam fasa kedua ni jugak, ada 2 peristiwa penting yang berlaku InsyaAllah.
1. Nuzul Al-Quran
2.Peristiwa Perang Badar atau Hari Al-Furqan yang menyaksikan kemenangan di pihak Islam.
Perang Badar ni ada diceritakan dalam AlQuran surah kebanyakkannya dalam Al-Imran dan sedikit dalam surah Al-Anfal. Dalam perang Badar ni jugak, Allah membantu pihak Islam dengan menurunkan 3000 malaikat.
Dinyatakan dalam Surah Al-Imran ayat 123-124
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan
dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah
(kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang).
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur
(akan kemenangan itu).
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata
kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka):
"Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan
tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
Kedua-duanya berlaku pada 17 Ramadhan (walaupun ada beberapa pendapat lain mengenai tarikh sebenar Nuzul Al-Quran).
Ha, selepas ini, masuklah kita di pintu gerbang yang baru iaitu fasa keselamatan dari api neraka yang sangat dasyat panasnya.
Pintu gerbang baru ini juga menjanjikan kita dengan satu lagi promosi yang hebat iaitu 'Malam Al-Qadr' iaitu Allah memberi umat Nabi Muhammad SAW peluang untuk beribadat bersamaan dengan seribu bulan beribadat. Bukan senang nak dapat dan bukan calang-calang orang yang akan dapat malam Al-Qadr ni. Selalu berdoa kepada Allah supaya kita dan rakan2 serta family mendapat malam yang penuh keberkahan ni. Berdoa mungkin tak cukup, so kena selalu buat latih tubi dari sekarang as in bangun qiam dan bertahajjud sama2. Latihan-latihan ni mungkin dapat menyediakan mental dan fizikal yang sihat untuk 10 malam terakhir ni.
Umur kita mungkin tak panjang, so kalau dapat malam Al-Qadr ni alangkah happynye kita kan??
Umur kita mungkin tak panjang, so kalau dapat malam Al-Qadr ni alangkah happynye kita kan??
Terlanjur cakap pasal umur yang tak panjang ni, Ernie terbaca satu ayat mengenai kaum Yahudi dalam surah Al-Baqarah ayat 96
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment