Dec 12, 2019

TERENGGANU 2019

Setelah sekian lama. Ish, taktau la kenapa sekarang jadi macam sangat malas nak update blog ni. Walaupun Ernnie suka bukak and baca entry sendiri. 
Okay, setiap kali nak masukkan entry mesti kena sebut benda-benda macam ni.

Cut short, Ernnie, suami, MIL, anak menakan and of course Ilham pergi berjalan ke Terengganu. Sebenarnya bukan berjalan tujuan utama ke sana, Suami sefamily dapat invitation bestfriend attend perkahwinan dia di Terengganu. Ni basically kenduri sebelah perempuan, Macam kami ni termasuk dalam family pengantin lelaki la gittew. So Jumaat tu dah bertolak lalu kot jalan Gurun - Gua Musang -Pasir Putih - Kuala Terengganu.

Trip kali ni pun boleh dikatakan trip first time Ernnie dan suami ke Pantai Timur. Untuk suami ni macam first time kalau exclude kerja. Untuk Ernnie ada dah kot beberapa kali. Ke kenduri kahwin, then sewaktu program DPA tu pun kami ada satu program nama INTRADE dan kami kena ke perkampungan di Terengganu. Dekat Kemaman. Mai meeting di Terengganu ni pun pernah.

Majlis nikah berlangsung pada hari Sabtu pagi tu dan majlis resepti tu sebelah tengahari. So 2 events in a day. Tak payah susah-susah kan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Kami dengan belum sarapannya, terus ke Majlis Nikah dulu, lepas tu baru cari kedai nak sarapan pagi.











Ernnie google je, Nasi Kerabu Popular di Kuala Terengganu, dan keluarlah Nasi Kerabu Fauzi. Pastu cari jalan memang jumpa dan senang je. Orang kat kedai ni ramai weh. Time tu dah pukul 11 lebih nak pukul 12 dah. Makan jugak la. OMG. Sedap boh! Semua terasa, cili pedas, nasi sedap, ayam bakar best, eh semua lah. Kalau yang mana minat dengan sayur-sayur dalam Nasi Kerabu tu, this is the place. Derang akan letak banyak gila sayur + kelapa parut tu. Like banyak gila.

Ditambah pulak dengan Teh yang berbuih- buih tu. Dia ada nama spesifik for this kind of teh tapi tak ingat. Untuk Ernnie, setahun sekali tu okay la. Sebab manih leting!. Saja nak beli sebab selalu terfikit kau akan hirup sekali tak buih kat tepi tu. tu yang order tu. First time okay minum teh macam ni. And I did. Ernnie hirup sekali buih-buih kat tepi tu. Haha. Lepas ni kalau nak order, ambil teh yang biashe-biashe je. haha





Lepas tu kami terus ke tempat berkumpul untuk pengantin sebelum berarak. Settle semua dalam pukul 3 lebih la jugak. lepas tu terus balik hotel dulu dan rehat. Petang tu maybe nak keluar jalan-jalan sikit area Kuala Terengganu ni.




Ha, petang tu kami terus ke Draw Bridge ni. Jambatan ni terus popular kan lepas dia dah dibina. Memang petang-petang banyak gila kereta dok parking. Maybe pelancong luar atau orang Terengganu sendiri. nak tengok sendiri Jambatan tu. Dia mcam first Jalambatan yang macam tu rasanya kat Malaysia ni. Yang boleh terbukak di tengah untuk bagi laluan dekat Kapal yang besar and tinggi untuk lalu. Menarik la untuk Ernnie. Tapi sbbkan kami sampai petangm dia punya angin tu, mangai, takut jugak la. Anak sedara Ernnie siap pegang je MIL sebab takut diterbangkan angin. nak nagis pun ada jugak. haha. Kiteorng lepak sana sampai Maghrib then pergi cari tempat untuk makan.
Makan kat tempat biashe-biashe je sebab malas la nak makan seafood ke hapa semua. Kadang time-time cuti sekolah ni harga orag boleh mark up mcm Yahudi sikit. Lagipun kalau kami nak makan seafood apa semua, lagi best kalau kat Kuala Perlis kot. hehe






Hotel yang kami menginap. Betul2 deakt area Bandar KT tu. Ernnie ambil family room. Ada 4 katil single.
Memang puas hati dengan harga pun murah. 

Keesokkan hari, kami pagi tu terus siap untuk checkout terus. Terus google Nasi Dagang Atas Tol ni. Ye lah kalau pelancong yang zero mcm Ernnie ni, semua tempat menarik memang search kat online je. Kadang orang bagitau ada lagi tempat sedap untuk Nasi Dagang ni. Persetankan. hahaha. Memang nak try jugak kat sini. Tapi kan tapi kan, Ernnie tak berapa suka Nasi Dagang. Lepas keluar dari hotel, ernnie suruh suami pergi dulu dekat Nasi Kerabu Fauzi tu beli kat Ernnie. Pastu baru ke Nasi Dagang Atas Tol ni. hahaha. yes, aku menipu. Tapi sebab Ernnie tak berapa suka makan ikan senanye. Sebab tu jadi tak berapa minat dengan Nasi Dagang tu.

Bila kami dihidangkan dengan Nasi Dagang, husband suap sikit, woihhh, sedap woih nasi dagang dia. Nasi itself memang sedap dah. Tak tipu. Sebab tu Ernnie kata persetankan tu, sebab bagi Ernnie dan family, kat sini pun dah sedap. Punya la makan sampai lupa nak snap gambar satu pun untuk Nasi Dagang ni. Then kejap je lepas kami makan tu, nampak ada baneer dekat tepi jalan depa baru letak "NASI DAGANG ABEH, DTG ESOK PULAK DEH" cemtu la dia tulis. Bukak pukul 6:30 pagi and tutup sampai habis. Time kami makan tu dalam pukul 9:30 pagi baru. hmmmm. Again, maybe sebab cuti sekolah kot, ramai orang. Katanya Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 tempat tapi dimasak dekat satu tempat je, so sapa kata kat sini punya atas tol lagi sedap ke hapa, tipu la kot sebab tokey dia masak semua sekali. hahahaha

Kakak kaunter tu ada bagi kad kat suami. Katanya kalau nak mai lagi lepas ni, boleh call or whatapps dulu untuk order siap2, nanti derang akan simpan. ha, gittew ko.


Dari situ kami pi Pasar Khadijah. gambar takde sebab sibuk shopping. hahaha. Window shopping ajo. Ada la beli sikit2 untuk family. Ernniel last pergi tu masa Pasar Khadijah tu stail lama lagi. Ni siap dah renovate kat bangunan lain. Vibe dia pun dah rasa lain dah. Lepas tu kami terus ke Masjid Kristal nak Solat Zuhur terus. 

Bila sampai kat Masjid tu nak masuk solat depa tutup pintu depan. Cakap tengah renovate. So kami solat lah dekat bangunan belakang sikit dari Masjid tu. Actually a bit dissapointed tengok struktur-struktur masjid tu yang dah teruk. terus terfikir takdak maintenance ke yang dah dibuat? Banyak kayu-kayu yang dah berlumut dan patah-patah. Kaca dekat masjid tu pun nampak ada yang dah pecah-pecah. It shouldn't be that way rasanya. Masjid ni memang among Masjid yang wow la bagi Ernnie. Tapi bila tak di jaga elok-elok, dah hilang dah nilai kesenian tu. Hopefully lepas renovation ni, Masjid Kristal dah kembali seperti sediakala. 

Layankan aje mak dengan anak posing. huhuhu.





Habis di Masjid Kristal, kami singgah ke Gerai jual keropok lekor losong. Beli la untuk dibawa balik ke Kedah. Memang sedap lah keropok ni. ada beli bawak balik dan ada jugak beli yang dah siap masak. Sos dia lagi satu memang padu. 

Dari Losong kami terus naik Highway LPT tapi singgah jugak lagi satu tempat di Kemaman nak beli keropok  dengan sata kat sana. Kemaman ni Ernnie pernah pergi dulu. Then rasa sata dia memang sedap. Borong sata banyak2 then terus chow balik rumah kakak Ernnie  kat KL. Esoknya nak pergi ke tempat manarik yang semua orang macam wajib pergi time cuti sekolah.. hahahaha.. kat mana?? 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...