Jun 20, 2018

AIDILFITRI 2018

Tengah scroll blog sendiri and baru perasan yang Ernnie tak blog apa2 pasal Aidilfitri last year. Maybe time tu tengah sibuk dengan persiapan nak bergelar isteri kot. Ada je post upload untuk raya kat IG but not in my blog. 

Makanya, tahun ni rasanya lebih special sebab dah ada status baru. Isteri orang. Status ni dia akan bawak sekali dengan nak raya side mana. Nak pi rumah sapa, baju nak warna apa. Hahaha.

Ernnie berkahwin dengan suami Ernnie pada 7 Syawal tahun lepas. So merasa jugak la saki baki raya tapi tak banyak sebab as I said preparation majlis sebelah Ernnie dan sebelah husband. Dengan cuti tak banyak dan kena bekerja most of the time waktu Syawal, dan ada jugak preparation untuk Ernnie memasuki program DPA. So tengok-tengok raya pun dah habis. 

Untuk family besar Ernnie, kami tak pernah ada tema warna. Semua beli dan pakai mengikut citarasa masing-masing. Then we've decided to choose dark blue as our theme for this hari raya. Dan kalau korang perasan or maybe dalam lingkungan rakan-rakan ernnie je kot. Ramai tahun ni yang memilih biru dan merah sebagai warna tema hari raya. diiferent hue of red and blue I would say. 

Pencarian baju raya ni dah bermula sebelum Ramadhan lagi. Ernnie memang stail akan beli bajusebelum puasa. bagi ada jugak kalau2 kalut tak sempat nak cari. Within Ramadhan selalunya akan dapatkan lagi satu tapi tengok mcm mana. Untuk Ernnie, Ernnie beli dari poplook, my fav online store. Tapi Ernnie beli dekat dia punya Pop-up store di Setia City Mall. Interestingly baju yang ernnie beli tu nama dia, Fidel SET. hahaha. Pakai baju dari fav jenama, nama baju pulak nama suami. Tak ke suami terharu? Dari nak bayar, suami yang bayarkan. hahahaha. 

Untuk husband, kami beli kat Jakel. Beli cotton suit and beli sampin untuk nak gayakan dengan baju tu. So Raya punya outfit dah settle awal2.

1st Syawal

Sebabkan rumah kami (mama dan mak mertua) hanyalah sekangkang kera, kami boleh beraya di both rumah on the same day. Persoalannya, rumah sapa dulu yang nak pi. hahaha. Yang tu jenuh bersembang. End up pagi raya di rumah isteri dan seterusnya rumah suami. Hahaha. Di tak boleh nak evil laugh sangat sebab tahun depan the other way around. Gulp. Anyway, bak kata suami, ni lah rezeki dapat rumah parents dekat dengan each other, tempat kerja pun dekat, tempat kerja suami pun dekat. dan paling penting, tak perlu menempuhi jem. Suami kata setiap hari kena bersyukur untuk perkara-perkara macam ni. Ramai sangat yang berharap macam situasi kita. Okay Insaf.

















Ernnie macam biasa, mengambil kontrak buat air dan basuh pinggan. Kakak dan Mama akan masak untuk semua juadah. Mind you both my mum and my sister are very good cook, so hadek dia ni terus jadi tak minat dan tak reti masak. Sebab tu amik kontrak buat air. Wanna judge? Do so and I don't care a bit. hahaha. 

Tahun ni jugak adalah giliran kakak sulung ernnie beraya di sini untuk hari raya pertama and not my brother. Agak susah senanya nak kumpul semua pada hari raya pertama. Nak tangkap gambar selalunya dekat rumah kakak Emmy kalau ada open house. haha. Lepas ni abang pulak pindah ke Sabah, lagi la jarang.


And after solat Jumaat, Ernnie bersiap untuk ke rumah family encik suami pulak. Dapat berkumpul semua satu family kali ni. Abang ipar ernnie yang duduk Pahang pun balik. Adik ipar ernnie pulak duduk Pendang Kedah ni je, So memang akan balik.







Sembang bab makan, untuk raya pertama Ernnie makan ketupat, rendang, bihun sup ( 2 buah rumah), laksa, lontong, mee kari, nasi impit. You name it I have it all. No diet whatsoever. memang kaw-kaw punya makan. basically untuk rumah ni, Ernnie pergi rumah bapa dan mak saudara yang terdekat sahaja. Semua yang walking distance je, Lebih banyak duduk rumah dari nak gerak jauh2 untuk 1 Syawal.


2 Syawal

Ernnie keluar dari pagi sampai malam, dari rumah nenek encik suami, ke rumah adik ipar, ke rumah cousin, rumah bapa saudara lagi. Untuk hari kedua, Ernnie dan husband memang plan untuk bergerak keluar dan tak berada di rumah. Tapi mind you,  

SEMUA KERETA YANG DEKAT KL YANG JEM DEKAT FEDERAL HIGHWAY SEMUA TU DIA AKAN DEVIATE KE UTARA, SELATAN, DAN TIMUR HOKAY.


So kita akan experience jem yang sebegitu teruk pada hari raya di Kedah ni. Kecuali kalau kau ada husband yang tau lalu jalan dalam kira masalah tu akan settle. Hahahaha. tapi still dekat bottleneck tu tak leh lari memang akan jem jugak. redha je sebab jem sebegitu rupa memang jarang berlaku. 

3 Syawal

Sambung lagi raya untuk 3 Syawal ke rumah Sepupu Ernnie dan kawan parents Ernnie. At the same time Ernnie pergi rumah terbuka kawan DPA Ernnie, Anith, Thanks for the invitation Anith. Happy betul Ernnie dapat jumpa kawan DPA. Espeacially your own classmate kan. :)














4 Syawal

Kalau cerita pasal semalam, Ernnie attend kenduri best friend Ernnie dari MADA. Ikhwan ni memang bestfriend betul. Happy bila dia bagi kad kahwin after sekian lama mencari 'the one'. hahaha. Ikhwan ni sama-sama lapor diri sebagai Pegawai Pertanian di MADA, so memang rapat la kami ni. Dan semalam attend kenduri kahwin beliau. 


Sebelah petang pulak menerima kunjungan orang jauh nun dari Pahang. Kebetulan Husni nak hantar kakak dia lapor diri dekat Kedah ni. Ernnie memang paksa dia suruh datang. Dah elok2 mai Kedah, tak mai rumah Kak Long memang macam mencari nahas la. Hahaha. Start baik dengan dak Husni ni time dia jadi Pengurus kelas dan Ernnie Timbalan Husni. And selalu lepak sekali time SPP kot dengan yeop2 yang lain. Orang yang setiap hari mintak coffee dekat Ernnie dan geng membawang. kahkahkah. Selain Husni ada lagi Geng Yeop yang lain yang memang part of bestfriend. Ada Meor, Syakir and Aiman. Lagi sorang yang suka menggelarkan diri dia Yeop plus one is Azwan. hahaha. Depa ni kalau mai kedah tapi tak singgah rumah Ernnie, memang aku blocked nama depa dalam contact list. Khalas.




lagi sorang yang tak pernah failed tak sampai rumah is Tikah and Zarul. Tikah ni kawan Ernnie masa di UQ. Depa ni setiap tahun datang rumah dari sebelum kahwin sampai nak dua dah. Bukan takat baik dengan Ernnie, tapi juga merupakan anak angkat mak Ernnie. Memang mama Ernnie ni kalau raya ja mesti terus tanya "Adik, Tikah and Zarul
tak mai ke rumah kita tahun ni?". Ha kau. Thank you korang yang sudi datang ke rumah Ernnie tahun ni.
Maybe tahun depan plan untuk buat open house and invite kawan ramai-ramai mai rumah. InsyaAllah. 


5 Syawal. 

Dah takdak pape sangat sebab Ernnie dah start kerja dah. Haha, Tapi ada adik ni sorang mai melawat kakak kawasan sebab dia nak balik Putrajaya dah.


Di kesempatan ini, Ernnie & Suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Mohon maaf zahir dan batin atas semua kesilapan, gurauan,  kata-kata yang mengguris hati secara sengaja mahupun tak sengaja.

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ

Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Amin Amin.

Drpd :
Ernnie Syafika & Fidell Asraf.
🎉🌙✨

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...