Oct 17, 2010

Layakkah diriku ini...

Layakkah diriku ini?
Bernaung di bawah lembayungmu Ya Qudus..
Layakkah diriku ini..
Meminta simpati kepadamu ya Aziz...
Layakkah diriku ini?
Menagih simpati syurgaMu
Diri ini kuat kerana rahmatMu
Diri ini lemah, petunjuk dariMu
Diri ini sihat, rezeki dariMu
Diri ini sakit, keampunan bagiku..

Ingin aku memberanikan diriku
Bersuara menegur khilaf hambamu yg lain.. 
Namun lemahnya aku tidak bersuara
Takutnya apabila bicara terucap, 
Bagai dilontarkan batu ke muka cermin..
Terkenanya diri sendiri.. Lukanya sakit sendiri..
Bagaimana Ya Allah,
Ingin aku berkata-kata..
Supaya yang di sana tidak mengungkit yg disini...
Ingin sama2 aku dan kamu ke syurga.. 
Mempunyai mahligai di tengah2 syurga bersama.. 
Sama seperti kita bermain sewaktu kecil.. 
Berkongsi cerita berkongsi duka.. 

Namun aku sedar, bukan aku yang memegang hatimu.. 
Semuanya kehendak Ya Rabb.. 
Namun aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diriku, dirimu dan yang lain..
Agar semuanya mendapat kemenangan abadi.. Di syurga nanti.. 

-ernnie.syafika.omar.10-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...