Sep 9, 2015

Korea Solo Getaway 2015 Day 3 : Seoul Wanderlust


Third day.  It's a shopping day for Ernnie. Teehee. Tapi tak la shopping sangat sebab nak try maintain budget di samping kejatuhan harga duit Malaysia. Time Ernnie pergi tu 1000KRW = RM 3.54. Mahal kan? Sebab tu kena berjimat cermat. hihihi. 

So keluarlah Ernnie dengan my new friends aka roomate : Nicole & Laura. Memang best kot. Laura pun dah pernah datang ke Korea. So die agak pakar dengan area Seoul. Laura la macam tourguide Ernnie & Nicole. Btw, Laura dari German dan Nicole dari Hong Kong. So lepas ni kalau nak travel ke sana, tak la risau sangat sebab dieorang ni ade. Teehee. Okay selalu tersasar. back to the story. 

First station, kiteorg ke Ewha Women's University. Subhanallah, terkebil-kebil mata tengok uni ni yang lawa sangat macam duduk kat Europe tapi sebenarnye kita kat Korea. Memang lawa. Universiti ni takde pintu gerbang. Cuma ada la gate untuk kereta keluar masuk. Yang lain bebas nak jalan mana-mana. Kat depan tu jugak macam ada kawasan yang luas menjunam ke bawah dan ada tangga yang banyak pulak nak naik. Memang cool-seyh-moment. Tapi sebab kita ni tourist dan bukan undergo orientation week, ambil masa sekejap je dekat situ sebab banyak lagi tempat nak berjalan-jalan area Seoul ni. InsyaAllah nanti pi sana and spend sehari dekat area Univ dia kan? :) 

Kat area Ewha Univ (known as E-dae station), ada kedai jualan macam-macam. Untuk Ernnie, ni tempat shopping baju, bag & kasut yang best! Memang kat sini Ernnie borong bag dengan kasut. Yang bestnya, boleh kata semua barang dari paling murah ke harga yang mahal, mesti MADE IN KOREA. Itu yang Ernnie suka. Sebab rasa dia punya authentic tempat yang kita pergi tu kan. 

Untuk Edae Univ shopping area ni, Ernnie datang dua kali. Satunya pada hari ketiga ni, and lagi satu, malam sebelum Ernnie nak balik. Like I've said, this is the best shopping place for me. Kalaulah dapat peluang belajar kat sini (mana tau kan), two words : HABIS DUIT! 








Nicole, Laura & Ernnie. Nak jugak snap gambar sebab jumpa this giant mirror inside the Ewha Univ compound.



Pandangan dari Ewha Univ ke hadapat. Nampak Body Shop tu? Ha, kalau turn right and jalan sikit, kita akan encounter dengan this shopping alley yang awesome!

Ewha Yeoja Daehakyo - Translation as above.

TopTen10 ni pun agak popular. Rasanya dekat area Myeondong pun ada nampak baru nak bukak.
Ha, satu lagi, kalau di Seoul ni, bila time jalan-jalan shopping, bila tengok kedai di bawah, jenguk jugak yang di atas. Sebab kadang kedai dekat atas tu pun okay jugak dan ada kedai makan/cafe yang berada di tingkat atas boutique2 ni. Sebab mungkin pakai concept, tengok orang shopping sambil sip a cup of coffee. Ahhhhh~ Bila time shopping tentu-tentu lah tak snap gambar banyak sangat. Busy tak sedarkan diri. hahaha. 



DDP ni being design by female architecture. Saluteeeee~ memang santek dan lain dari bangunan yang ada dekat atas muka bumi ni.

DDP Plaza


Lepas Ewha Station, kami ambil train untuk ke Dongdaemun Design Plaza. Memang futuristic kau. Iklan dalam plaza dia pun main project dekat dinding je. Apa lagi, Ernnie snap la gambar depa ni. Hehehe~ Ingat kes pompuan Islam peluk oppa-oppa Korea? Ha, peluk derang la. Lepas insiden tu, terus group ni buat title lagu nama Sweet Girl. Lulz~ 

Laura nak bawak Ernnie dengan Nicole menikmati the original Ppat-Bing-So. Memang yang default punya rasa dia. Hahaha. Ada ice, kacang merah dengan rice cakes atas dia. Rasa dia? ABC kat Malaysia lagi sedap. hahahaha. It's just a taste of kacang merah. Sebab die macam monotone je, and compared to Malaysia, segala mak nenek taruk dalam ABC. Ernnie pernah nampak siap kon aiskrim pun telangkup sekali dalam modern ABC sekarang. Tapi peluang dapat rasa the original Ppat-Bing-So ni memang best. 

Another thing dekat sini, Tak pernah nampak orang beli desert dan makan sorang-sorang. It's always a sharing thing. Usually it's 2-3 people. Kat Malaysia? Kau sorang hadap. Ada la kau bagi kawan kau rasa. Tapi sesudu setengah je kan? Hahaha. Laura pun beritahu Ernnie, ppat bing-su or Seoul-Bing supposedly being enjoyed by more than one person per bowl. Hahaha.


Ppat-bing-su.

Ni bukan Sweet Girl, ni sweet couple. Lame tak? hehe~
Area luar DD Plaza ni ada satu taman bunga rose fake. Tapi lawa kemain. Ernnie rasa ada kot dalam 8-10 ribu kuntum. Memang lawa. Bertambah lah bestnye pada waktu malam sebab bunga ni mengeluarkan cahaya putih LED. Ha, mesti la kene datang lagi ke sini waktu malam pulak kan? Waktu siang ni pun kiteorang setakat lalu je sebab dari ni macam walking distance ke area Dongdaemun market. Ada la jalan-jalan kat satu plaza ni, dalam tu banyak jual set cadar dengan hanbok. Kalau sape2 nak beli those, boleh la datang area Dongdaemun. Kat sini jugak ada satu water stream yang best. Tapi Ernnie pergi ke situ malam terakhir Ernnie di Korea. Memang banyak sangat.........Couple kat situ kau!


Pelik sebab pergi tinggal waktu siang. But I think it;s better since taruk time malam, memang la nak pelempang.


Selepas jalan-jalan area Dongdaemun, kami pergi pulak tempat yang paling ramai orang di Korea. Myeong Dong. Memang gempak. Dengar kata, tempat ni tak tidur. Entah la betul ke tak sebab Ernnie tak check pulak. Hahaha. Next trip kita buat investigation. :) Mind you, DDP train station ni adalah station yang paling banyak cross line train. So bila stop dekat sini, boleh tukar ke line lain. So dari DDP tukar lane ke Myeong Dong. 

Sampai di Myeong Dong tu, confirm kite yang dah lama berhajat nak beli CD Korea ni akan tak rasa nak exit lagi sebabnya dalam kawasan underground tu, banyak lagi kedai-kedai yang jual macam macam termasuklah CD Kpop artist. Apa lagi kan.

Untuk yang gila meke-up and all the beauty freak ni mesti korang lemah iman bila berada di MyeongDong ni. Kedai dia sebanyak orang yang ada jalan-jalan shopping. Satu perkara yang paling Ernnie takjub dan takde berlaku lagi : 

Okay, bayangkan MyeongDong ni ada satu cetre dengan empat cabang yang berlainan. Setiap cabang tu memang ya ampun banyaknya kedai beauty product ni, bukan takat tu je, setiap cabang ni akan ada dalam 3 beauty shop yang sama. Example, 3 Etude Houses, 3 The Face Shops, 3 Nature Republics. Tu baru cabang yang satu, yang tida lagi cabang, pun benda yang sama. Tu baru 3 contoh. Tak masuk lagi innisfree, apa kebende mak nenek semua jenama ada dengan sini tapi darab 3-4. Kalau kau teringat nak beli satu mask dekat The Face Shop, pastu dah terlepas kedai tu, takyah la risau sebab ada lagi 88 kedai The face shop  kat depan. Hahaha. 

Sebenarnya kedai beauty shops yang banyak macam ni bukan sahaja di area MyeongDong je, tapi dekat semua tempat, Hongdae, Eedae, kat underground subway semua. Amagad. 



SPAO dah makin hampir. Duit je yang semakin jauh dari poket Ernnie.

Bila dah dekat, terus ambil phone and snap sebab nak kasi adik jelaous. hahaha. Memang besar poster yang ni.
Lepas MyeongDong, kiteorang semue balik sebab bukan apa, barang dah tak cukup jari nak cangkuk. hahaha. Memang banyak. Berat pulak tu. So buat keputusan nak balik dulu. Balik solat. Malam tu pulak Ernnie nak pergi balik ke DD Plaza sebab nak tengok bunga Ros waktu malam. This time I went there alone sebab Laura and Nicole nak berjalan area Hongdae and derang nak pergi minum kot. 



Interesting story in my solo journey at Dongdaemun Design Park DDP. 

Suddenly there was a Malay sister approached me (looking at my pathetic action of selfie'ing' alone. 

- Dari Malaysia ek?
• Aah.
- Sorang ke?
• Aah sorang. Akak sorang je?
- Aah sorang dari Malaysia tapi jumpa kawan-kawan kat sini. Nak akak tangkapkan gambar?
• Eh takpe2.
- Jom join akak sekali jalan-jalan dengan derang. 

She introduced me to a bunch of people. From Swedens, Netherlands and Koreans. Rupanya they are a group of MENSA buat yearly gathering di Korea. Pernah dengar tapi tak la tau sangat. Rupanya they are the VERY high intelligent people in this world. Only 2% of the total world population are Mensa Members. Boleh bayang tak betapa jaw droppingnya Ernnie dapat 'lepak' dengan depa ni. We started taking pictures and went to have a coffee time together. Rasa kerdil gila but Ernnie is being Ernnie (talkative). Ada yang kerja dengan samsung, bukak company sendiri and Kak Zabeda from Malaysia is actually an Asst. Prof at UIA. Semua hebat gedegang! Surely that night left me some memories that I can never forget. Thank you Allah.



Dapat pengalaman yang best plus dapat tengok bunga rose light up at night. :)



Sandal-less-minion :)

THEM : Mensa members excluding me.

Time ni dah pukul 11 malam lebih. Nampak je jalan lengang taapi ramai lagi orang tengah lepak-lepak dalam kedai makanan tepi-tepi tu.

Continue with my day-4 later on.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...