Alhamdulillah. Almighty praise to Allah SWT for my Iman and Islam.
Teringat balik post Ernnie pada 8th September 2014 20 Facts about Me
fact 20 : berdoa dapat mengerjakan umrah.
Dan Alhamdulillah Ernnie dapat berpeluang menjadi tetamu Allah di AlMadinah AlMunawarrah dan Makkah AlMukarramah. Memang inilah moment yang paling indah sepanjang Ernnie bergelar 'Ernnie; di atas muka bumi ni.
Sebelum nak pergi mengerjakan umrah, bila dah daftar semua, pergi kelas Umrah, Ernnie macam tak rasa excited. Perasaan tak excited tu sampai menjadikan Ernnie takut betul ke Ernnie akan pergi ke Tanah Haram. Mama Papa semua excited tapi Ernnie macam entah. Something wrong about my feelings at that time. Bila orang tanya dah kemas barang ke belum, Ernnie memang cakap belum.
So bila dekat tempat kerja, Ernnie curi masa sikit baca blog-blog orang yang dah mengerjakan umrah. Apa yang perlu dibawa. Memang ikut checklist yag diberi. (kalau ada masa Ernnie tulis checklist Ernnie sendiri dalam entry yang lain pulak).
Bayaran Pakej Umrah Ernnie dan family termasuk perjalan pergi balik dari Kedah ke KLIA menaiki bas at first.Mungkin rezeki kot, dalam seminggu nak ke sana, kami diberitahu yang kami akan naik MAS dari Alor Star ke KLIA dan bukan bas. Itu pun dah macam rezeki awal Allah bagi.
Perjalanan semua berjalan dengan lancar Alhamdulillah. Kami bertolak dari Alor Setar pada jam 8:45 pagi 31st March 2015 dan sampai di KL lebih kurang pukul 10 AM. Dari KLIA Ernnie and parents bertemu dengan Kakak, Cousin and Abang Ipar yang turut sama dalam Umrah Ziarah ni. InsyaAllah semoga lain masa Allah akan menjemput my whole family to perform umrah together. My adik, abnd, kakak ipar, niece and nephew. Jazakillah jiddan buat Aziemah yang sanggup datang jumpa Ernnie sebelum Ernnie bertolak ke sana. Terharu kot Jiemahhhhhhhh :).
Flight seterusnya ke Jeddah dari KLIA ialah pada pukul 3:55 PM dan sampai dalam jam 7:30 PM waktu Jeddah. Actually sampai lebih awal tapi penerbangan sedikit delay disebabkan pilot terpaksa mengambil laluan udara yang lain yang sedikit jauh kerana laluan udara di Yaman terpaksa ditutup disebabkan pergolakkan yang berlaku. It was 30 minutes late. Tak lama pun.
Foods inside the flight were very good. Lunch makan Nasi Briyani and dinner was lasagna. Thank you MAS for the service. :)
Dalam flight tu Ernnie baca balik apa yang diberitahu Ustaz time dekat kelas and sleep of course. Bila pilot make an announcement saying that the flight was about to landing, I see a bit of lights here and there dekat area Jeddah. At that time, ada satu perasaan yang Ernnie tak boleh nak beritahu and tears keep on flowing non stop.
Rasanya perasaan Ernnie yang takut waktu dekat Malaysia tu disebabkan oleh ketidakpercayaan Ernnie samada betul tak Allah jemput Ernnie jadi tetamu dia. Bila dah sampai (Although dekat Jeddah) baru macam in awe.
Subhanallah Walhamdulillah. Time tu memang terngiang-ngiang satu ayat iaitu : Allah itu apa yang difikirkan hambanya. Rasa macam kurang Husnuzonnya Ernnie dekat Allah sebelum tu.
Okay dah sampai di Jeddah. I should rant my beautiful journey in another entry InsyaAllah :). Pictures below are doing their job in explaining things, of course.
MY UMRAH ZIARAH PART 2
MY UMRAH ZIARAH PART 3
MY UMRAH ZIARAH PART 4
MY UMRAH ZIARAH PART 5
No comments:
Post a Comment