Oct 5, 2015

Korea Solo Getaway 2015 Day 4 and 5 : Trip to Namchuncheon


Ini adalah sambungan post keempat setelah lama berhenti. Mood nak tulis dalam blog ni takkan datang setiap hari. Bila ada mood, cepat cepat bukak komputer dan tulis. Basically untuk perkara-perkara yang best dalam hidup Ernnie ni, ingatan sahaja takkan mencukupi. Blog adalah salah satu tempat untuk Ernnie lihat balik apa yang Ernnie dah achieve outside and inside. So kalau takde orang baca pun, penulisan dalam blog ni still akan continue InsyaAllah. 

Back on the track. (Selalu sangat lari tajuk). 

Macam yang didalam post keempat, Ernnie sekarang tengah dalam perjalanan untuk ke Namchuncheon bertemu kawan korea yang Ernnie kenal via Couchsurfing, Seohui. Kali ini pengalamannya akan menjadi lebih menarik disebabkan oleh Ernnie nak merasai peluang tidur di rumah orang Korea. Seribu satu perasaan ada dalam kepala dan perut time tu. 

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih dan terpaksa bertukar train 3 kali memang best. Scenery dia secantik mata memandang. Langit dia ada gradient yang sangat taktau nak cerita. (Geram jugak sebab tak boleh nak express macam mana). Lepas tu campur lagi dengan pemandangan gunung ganang plus tasik/sungai yang tenang gitu. Cuma satu sahaja yang kureng. Ada sorang lelaki yang duduk sebelah Ernnie ni mengunyah chewing gum dengan sangat kuat menjadikan ianya satu perbuatan yang sangat annoying tak boleh tahan. Ernnie nak je pindah tapi macam nampak rude. So redha,pasrah dan menyerah. Lepas dia turun, barulah hati tenang menikmati pemandangan tu.







Kalau korang nak tahu, Namchuncheon ni adalah line train yang sama kalau kita nak ke Nami Island, cumanya Namchuncheon lagi jauh sikit. Lebih kurang KL Sentral tu Seoul, Namchuncheon tu stesen Seremban. (even jauh lagi sikit dari Seremban). Seohui ambil Ernnie di stesen dan dari rumah Seohui ke stesen train boleh jalan kaki je. Time jumpa Seohui, Ernie memang explain pasal dietary requirement Ernnie. Basically Seohui pun ada google pasal Muslim, so dia ada la tahu sikit2. Bila cakap Ernnie tak makan ayam dan daging, Seohui macam pelik sikit sebab dia ingat kita ni tak boleh makan pork je. Bila explain yang chicken and beef boleh makan tapi kene muslim sembelih, Seohui macam kecewa sikit sebab menurut dia, Namchuncheon ni memang terkenal dengan ayam goreng. Memang banyak kot kedai yang hanya jual Ayam Goreng saja dekat Namchuncheon ni. 


Malam tu Ernnie dibawa oleh Seohui dengan ibu dia pergi makan di kedai yang hanya menjual octopus. You named it! Semua ada, octopus masak ni lah, masak tu lah. and since tempat yang Ernnie pergi ni quite jauh dari Seoul, nak cari kedai makanan yang ada cop gedebuk Halal depan pintu dia boleh dikatakan mustahil la jugak. So kita kena explain yang kita tak boleh makan daging (kogi), tak boleh alcohol (seul, soju). Dan Ernnie boleh nampak kesungguhan orang korea ni dalam nak pastikan makanan kita takdak semua tu. Ernnie lebih suka beritahu yang Ernnie vegetarian rather than nak spesific sangat-sangat. I'm taking it as a way to enlighten my religion and not showing that Islam is hard. Yes Islam is strict but at the same time Islam is beautiful and not harsh. Mak Seohui pun ada belajar pasal Islam sebab she's a tour guide di Namchuncheon area ni. Mak Seohui ni pun ada beritahu yang Islam ni hebat sebab dia tak rigid dekat certain orang or bangsa. :) 

Berbalik kepada makanan, as usual side dishes memang penuh atas meja. Lagi satu concern mak Seohui ni adalah pedas. Mak dia risau Ernnie tak tahan pedas. Hihihi. Eomonni (panggilan emak) , orang Malaysia makan pedas Eommoni. Don't worry. Time makan tu, terus wow, sedapnye stir-fry octopus ni. Memang pedas tapi of course Ernnie boleh tolerate. Pedas lagi masakan mak Ernnie. Mak die memang puji sebab boleh tolerate pedas. *bows* Nama pun pedas, haruslah makan pun tak boleh stop kan. Habis satu mangkuk nasi Ernnie hentam. Seohui dengan mak die siap divide rice portion tu untuk 2 orang. (ther're in diet mood btw). Eommoni ajar, kalau pedas sangat, wrap the nasi and lauk tu dalam seaweed. Ahh, lagi bertambah sedap. memang tengah telan air liur time tulis ni sebab teringat. hahaha.



Another interesting thing while I were in Korea is the fact that I can be on the rooftop (oktabang). Jakun haha. Before ni tgk dalam drama je. Thanks SeoHui sebab rumah ada oktabang. Haha. Yg merah tu semua chili. Nenek dengan mak SeoHui nak keringkan and jadikan serbuk for various use. Ade dekat satu sudut tu penuh dengan tempayan. Segala jenis paste ada. bean paste, chilli paste, kimchi (all sorts) yang memang handmade dibuat oleh nenek dengan mak Seohui.  Gosok-gosok mata sebab macam tak percaya. Impian dapat duduk dengan korean walaupun untuk sehari memang bermakna untuk Ernnie. Lepas ni kene pergi lagi rumah Seohui dan nak tinggal lama sikit. Maybe time ada snow lagi meriah la rooftop tu kan? :) 

Ernnie dengan Seohui kinda same age. So senang nak bersembang about everything. Malam tu kiteorg decided untuk tidur lambat sikit sebab nak but pillow talk gittew. Cerita la pasal the way of life in malaysia compared to korean. Persamaan lagi antara Ernnie dengan Seohui ni adalah kami berdua merupakan gov servant. So lagi la lama conversation berlangsung sebab dah termasuk pasal parents expectation (a very serious and deep conversation u know. haha). Parents expectation untuk anak-anak baik di Korea mahupun di Malaysia macam lebih kurang sama takde beza. So kalau korang stress disebabkan oleh parents-pressure, ketahuilah bahawa jauh nun di Korea, anak muda di sana juga stress dengan situasi yang hampir sama. Eh, takyah la stress-stress ni kan. 






The next day, Seohui bawak Ernnie berjalan walaupun jadual dia agak padat that day. Seohui tengahri tu kene attend graduation kawan university dia. Tapi insist jugak nak bawak Ernnie jenjalan area Namchuncheon. So kiteorang amik cab dan pergi ke top area of Namchuncheon. Kat situ ada cafe tempat Seohui kerja part time dulu. Kat situ macam tempat rekreasi la sebab ade jogging track, boleh enjoy the water scenery sambil enjoy a cup of flat white or caffe latte. Ahhh, best. Ernnie siap dapat free iced coffee yang dibuat khas oleh kawan Seohui yang kerja di situ. 

Paling best dalam journey Ernnie? dapat tengok Jung Il Woo depan mata tengah buat pengambaran lama gila dekat situ. Fyi sapa yang baru baca blog Ernnie ni, I'm a big fan of korea-entertainment. TAPI, Ernnie meniatkan journey Ernnie yang solo ini bukan untuk kejar oppa-oppa atau stalker artis artis korea di building tempat kerja. Ernnie juga memang takde perancangan untuk ke bangunan stesen TV di sana. Sebab ni merupakan kali pertama Ernnie datang sini, Ernnie betul-betul nak rasa perasaan berada di Korea. Cumanya ada plan untuk membeli CD2 kat sana. Sebenarnya, kalau korang kpop fans pun, ketahuilah di Korea sana, lebih banyak lagi benda untuk diexplore. Dan disebabkan tulah, Ernnie rasa macam wow moment time nampak JIW tu. Benda yang kita tak terkejar2 akhirnya datang sendiri. Okay, apakah kemerepekan ini. Dia memang tinggi dan sangat kurus macam Eunhyuk Super Junior. Seohui pun excited okay sebab first time jugak dia face-to-face dengan actor cemtu. hahaha.








Straight away after jenjalan dengan Seohui, Ernnie pun nak terus balik ke Seoul City sebab malam ni jugak merupakan malam terakhir Ernnie di Korea ni. Semua souvenir tak beli lagi. Seohui pulak like I've said, kene attend graduation ceremony kawan dia. Abit sad kene pisah dah dengan Seohui tapi berharap sangat dapat jumpa lagi. Seohui pun macam berjanji je nak datang Malaysia nanti. PS : Datang sekarang nescaya kamu akan gumbira sebab currency Malaysia tengah jatuh. haha.


" Gratitude unlocks the fullness of life. It turns what we have into enough, and more. It turns denial into acceptance, chaos to order, confusion to clarity. It can turn a meal into a feast, a house into a home, a stranger into a friend. Gratitude makes sense of our past, brings peace for today and creates a vision for tomorrow." 

- Melody Beattie






Tengok nama cafe pun rasa nak menari kan. No? Teehee.



On the way nak balik, tersilap ambil train express ke Seoul. Mak aiii, 3 tingkat kau. Masuk pintu tu macam level 1, akan ada G floor dengan level 2. Bila dah sedar yang tersilap naik train, apa lagi turun je la kan. Tapi turun dekat the next 3-4 stations afterwards. Ngehehe. Basically kene beli ticket lain yang sedikit mahal tapi end station sama je dengan yang bukan express. 

Gambar macam selfie pathetic ni memang banyak dalam journey ni. Nama pun solo trip kan. takleh expect lebih-lebih.








Habis la kot entry ni. Maybe akan ada entry yang keenam pulak. :)

2 comments:

Unknown said...

Bahaya tak kalau pergi sorang? Kalau free, email saya dekat suehanajaafar@gmail.com saya nak minta info sikit. Kalau boleh lah..�� thankyou

Ernnie Omar said...

Salam Hanna, bahaya ke tak? Hurm, saye rase depends on that person. As foem me, biar balance kot between berani and takut tu. So that kita aware dengan environment. Teehee. U can email me at e_sya90@yahoo.com foe any inquiry. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...