Oct 29, 2015

Aidiladha 1436 H : Johor Bharu

Salam AidilAdha untuk semua. 

Tahun ini menyaksikan pelbagai kejadian yang berlaku berkaitan dengan jemaah Haji di Makkah. Pertamanya insiden kren tumbang di dalam MasjidilHaram yang mengorbankan beratus nyawa dan kecederaan anggota. Yang keduanya ialah stampede insiden yang juga mengorbankan beratus jemaah Haji. Kami di sini hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja. Semoga kalian mendapat haji yang mabrur. Untuk yang meninggal dunia di sana, semoga kalian memperoleh syurga dan ditempatkan bersama orang yang beriman. InsyaAllah Amin. 

Alhamdulillah tahun ini masih diberi peluang oleh Allah untuk menyambut Hari Raya AidilAdha bersama keluarga. Yang lebih excited, sambutan tahun ini adalah di Johor Bharu. Ernnie dan parents pulak yang turun dari Kedah ke Johor untuk beraya di rumah Abang di Pengkalan Tentera Laut Tanjung Pengelih, Johor. Memang tempat tu at the end of Malaysia. 

Mungkin dah menjadi habit parents kot. Raya Haji je akan turun ke area Selatan. Tahun ni dah tiga tahun berturut turut parents raya haji di Selatan. Dua tahun lepas beraya di Putrajaya Selangor di rumah sepupu Ernnie dan tahun ni di Johor. 

Bab makanan pulak tak payah cerita. Dah nama pun Hari Raya kan. Walaupun tahun ni memang kami beraya dengan niche family ja, makanan toksah kira. Memang meriah. Ada ketupat, rendang, nasi impit kuah kacang kuah lodeh, laksa kek dsb. Hari Raya pertama memang Tak menyempat nak snap gambar. Lagipun tak sure phone dekat mana time tu. 

Dalam banyak-banyak negeri di Semenanjung Malaysia ni, Johor merupakan negeri yang paling kurang Ernnie melawat. Kalau pergi pun setakat Muar. Kali ini juga merupakan kali pertama Ernnie menjejakkan kaki ke bandar Johor Bharu. 

So back to our activities on the first day of Aidiladha, tengahari kami sekeluarga ke kolam renang dalam base TLDM tempat abang bekerja. Memang boleh access oleh family TLDM-ians jugak. Awesome possum kot sebab dia memang macam pusat akuatik. Siap boleh merasa lompat atas papan anjal. Boleh jugak lompat dekat platform yang setinggi 2 tingkat. Yup, Ernnie dengan adik memang lompat. Yang takut sikit time lompat dan bukan time dalam air. Sebab rasa macam bungee jump plus takde tali being attached to ur body. Nak jugak rasa lompatan di platform yang lagi tinggi tapi abang risau sebab tinggi sangat dan kami hanyalah perenang amateur. Karang terjun tak naik-naik dah. Haha. Sikit menyesal sebab tak rakam lompatan yang bersejarah tu. Tell me family mana yang pergi ke Kolam Renang on the first day of Hari Raya Korban? Hehe. 

Balik tu semua dah pengsan tidur sampai petang. Penat sangat. Petang tu jugak family decided untuk ke Bandar JB jalan-jalan. Dari Tanjung Pengelih ke bandar JB mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lama jugak lah. 














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...