Oct 8, 2015

Korea Solo Getaway 2015 : 6th Post - Goodbye Seoul


Final day di Seoul. Sobs.

Sesampainya di Seoul, Ernnie terus ke Namdaemun. Kalau cari train station, nama station untuk turun ke Namdaemun is Hoehyeon. Bagpack memang kosong sebab purposely nak beli souvenirs. Ernnie pun berpandukan satu blog ni nak cari kedai yang jual souvenirs yang murah. Ernnie malas nak explore satu-satu kedai. Jumpa kedai and beli semua souvenir kat situ jugak. Kalau kena harga mahal dengan ahjusshi yang jual tu tak tau la. Terima je la. 

Namdaemun ni memang popular dengan barang2 souvenir yang murah basically. So memang disapa oleh semua ahjumma and ahjusshi kat situ. Rasanya memang ramai Malaysians yang melancong kat sini sebab penjual2 ni siap sapa kita dengan Bahasa Melayu. "Mari sini adik, mari sini kakak" Cemtu lah kot. Ernnie ni layan je. Tapi tak masuk pun kedai tu. 

Lepas Namdaemun, Ernnie terus balik ke dorm yang Ernnie menginap and letak barang Ernnie. Satu perkara yang Ernnie suka pasal Guest House/dorm yang Ernnie tinggal ni, Ernnie boleh ubah schedule nak menginap dengan hanya tambahan bayaran US$ 1. Maksudnya kalau Ernnie plan asal nak tidur 6 hari tapi final plan Ernnie hanya nak menginap 5 hari, Min (owner) tu okay je untuk pulangkan duit kita balik. Plus, Min bagi kebenaran untuk Ernnie nak simpan luggage Ernnie di stor guest house tu walaupun malam tu Ernnie tak tidur di hotel dia. Thanks Min!












Lepas Ernnie solat Zuhur dan Asar, Ernnie terus keluar lagi and kali ni Ernnie terus ke Ewha University sebab nak beli barang lagi sikit. Bila pergi time awal datang, kita hanya beli sikit je dulu. and time nak balik ni lah nak mencukupkan semua sekali. And after di Ewha, Ernnie ke Chungchonggyeong Stream. Stream tu memang macam yang Ernnie bayangkan. Lepak di stream tu dan mengenangkan yang malam ni merupakan malam terakhir Ernnie di Seoul ni. Banyak okay couples dekat area situ. Maybe ambil masa nak release tension dengan pasangan masing masing lepas penat bekerja kot. Lampu kat area stream tu pun sangat lawa campur lagi dengan air pancut yang mantop. 

Ernnie dekat stream tu sampai pukul 8 malam. Kiranya sampai habis la show air pancut tu. Lepas tu Ernnie berjalan di area Dongdaemun tu siap tengok la performance this new girl group yang tak dikenali. Nama group pun Ernnie tak tau. Memang baru debut kot. Tengok la sekejap perf derang, mana tau nanti-nanti popular tak hengat kan. Lepas tu Ernnie jalan sampai ke DDP. Masuk yang ni dah kali ke tiga Ernnie berjalan di area DDP tengok bunga. Before ni pergi DDP tak bawak DSLR. Hari ni bawak la nak snap kasi lawa. 


























Lepas snap gambar semua dah almost pukul 10. Ernnie ambil train dan ke final station iaitu Myeongdong. Bila sampai di underground station Myeongdong, Ernnie tengok kedai kat situ dah almost nak tutup. Ernnie pi beli satu lagi album korea dan baki yang tinggal hanya membolehkan Ernnie untuk beli tiket train, dan 3 botol banana milk. Hahaha. Bila dah ada baki seciput tu, Ernnie terus malas nak keluar dari station Myeongdong untuk naik ke atas. Ernnie tau kedai yang diatas masih belum tutup. Tapi Ernnie yang kene tutup wallet Ernnie :) 

Memang Ernnie ambil risk sampai tak tinggal baki duit. Tapi mind you, Ernnie masih ada duit ringgit Malaysia. Kalaulah jadi apa - apa taklah teruk sangat.

Malam terakhir pun dah berlalu. Kepulangan Ernnie bertambah lagi sebiji bag balik ke Malaysia. It's been three months dah sekarang. Tetapi Ernnie masih tak boleh lupa akan Korea. Penduduknya, kecantikkan yang terpelihara, keunikkan sesuatu tempat. Dan of course sebagai tourist kita akan tengok perkara-perkara yang cantik je kan. Macam bila tourist datang ke Malaysia, all the good things came out yang kadang kita sendiri malaysians tak tau kan. Same thing. 

Last but not least, 

Thank You Korea, 
Thank You Koreans,
Thank You Seohui, Juhyeon, and Hyemin, 
Thank You Ahjumma, Ahjusshi,
Thank You Mensa people, 
Thank You my roomates, 
Thank You Grape Garden House GGH,
Thank You to the owner of GGH - Min,
Thank You abang and kakak steward stewardess,
Thank You parents sebab bagi permission,
THANK YOU ALLAH FOR BEING MY ULTIMATE PROTECTOR. 

                                                                
 
                                                                               Where to go next?? :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...