Sep 17, 2015

Korea Solo Getaway 2015 Day 4 : Gyeongbokgung Palace and National Palace Museum of Korea

Inilah kita namakan random. Untuk hari yang keempat, Ernnie sepatutnya akan ke Nami Island. Plan asal ialah ke Nami Island dan dari situ Ernnie akan ke rumah kawan yang Ernnie kenal di CouchSurfing. Rumah Seohui dengan Nami Island tak lah jauh. Sebabnya kalau ambil train untuk ke Nami, stesen train yang perlu kita turun ialah  Gapyeong.  Dan untuk ke Rumah Seohui hanya perlu naik line yang sama tapi menghala ke hujung iaitu di Namchuncheon. 

Dah penat tambah pulak excited jumpa abang hakak MENSA, of course lah Ernnie bangun sedikit lewat dari biasa, hehehe. Actually kalau nak ke Nami memang kena bangun sangat awal. Dalam 5:30 pagi macam tu. pulak tu, melalui pembacaan Ernnie, Nami Island ni paling sesuai dikunjungi waktu Autumn, Waktu lain pun cantik, tapi mungkin nak dijadikan asbab untuk Ernnie tak ke sana kot. 

1. Bangun lewat
2. Sekarang musim Panas
3. Kalau tak pergi sekarang, ada chance untuk ke Korea lagi (alasan sebab tak pergi Nami) hahaha. 
4. Ada lagi tempat di area Seoul ni yang Ernnie tak pergi. 

Dan disebabkan Ernnie akan bermalam di Namchuncheon, Ernnie harus mengucapkan goodbye dekat roomate Ernnie. Nicole akan balik pada hari ini dan Laura akan balik keesokkannya. We just say goodbye on the train. 

Actually the decision not to go to Nami was made time Ernnie dalam train. Bila bukak balik peta, time tu Ernnie nampak GyeobgbukGung on the map. I'm like why not. Ernnie pun tak pergi lagi mana-mana temple or Palace dekat area Seoul ni. Dari Hongdae naik train and kene tukar train ke Line 3 di Euljiro Sam(3)-ga. Bila dah naik Line 3, turun di Gyeongbokgung, cari je exit yang menuju ke Gyeongbokgung Palace (exit 5). 

Sebelum sampai ke Palace tu sendiri, akan berjumpa dulu dengan National Palace Museum of Korea di sebelah tepi kanan. Kiri korang akan terus nampak sebesar-besar bangunan yang luas kawasan dia which is Gyeongbokgung Palace. 







Memang besar kot. lagi satu fakta menarik, rasa sangat nyaman kalau berada dekat Palace tu walaupun ianya terletak betul-betul tengah kota. Basically bukan Palace tu saje, Ernnie rasa banyak je Palace lain yang suasana macam best and macam berdiri teguh tanpa menghiraukan suasanya hiruk pikik masyarakat kota. Chewah ayat essay nih! 

Lucky me sebab taknak pun spent masa lama-lama dekat Gyeongbokgung tu. Elok-elok je sampai, pengawal dia suruh visitors semua ketepi. Rupanya time tu pukul 12 tgh menandakan pertukaran guard akan berlaku. Guard changing ceremony ni akan berlaku sejam sekali tak silap. So jangan risau la kalau yang terlepas temgok tu sebab memang boleh tengok lagi lepas tu. Memang menarik tapi tak best sikit sebab semua orang sibuk nak tangkap gambar guard tu, Ernnie pun macam tak nak ganggu orang. Kalau tak lama dah cakap : 

"Excuse me, can u please take my picture". Banyak selfie je. Tapi Ernnie memang tak reti selfie so gambar yang ada semua hampes. Kalau boleh nak la gambar Ernnie berdiri dan dibelakang tu tengah berlakunya guard exchange ceremony, tapi apakan daya. 


















Lepas habis ceremony tu, Ernnie masih lagi dok snap pemandangan palace tu yang sangat lawa. Ernnie malas nak masuk ke dalam sebab kalau masuk, confirm sampai malam pun tak keluar lagi sebab semuanya nak woah, woah moments. Hahahaha. 

And oh, yang berpakaian hanbok which is Korean traditional clothes boleh masuk free. Tak silap Ernnie banyak Palace yang mengamalkan cara macam tu. Mungkin tu semacam bentuk encouragement untuk sesiapa pakai baju kebangsaan Korea agaknya. Ernnie tahu pasal ni dari cerita My Dad is Superman time Bapa Daehan Miguk Mansea bawak derang masuk palace pakai baju kebangsaan korea. Tak sure nama apa untuk lelaki. Hanbok jugak ek? Tapi free la masuk sampai ke dalam. 

Ha, disebabkan itu jugaklah, Ernnie terserempak dengan minah 2 orang ni yang berpakaian hanbok tapi kasut sekolah. Derang tengah snap dekat area luar, so apa lagi, Ernnie bagitau boleh tak nak tangkap gambar dengan derang. And of course lagi derang suka. Lepas tu beratur orang nak snap gambar dengan derang. Popular kot sekejap adik-adik tu. 

Dekat hujung pintu gerbang Palace ni rupanya ada disediakan peluang untuk tourist pakai pakaian guards. Since it's free, apa lagi kan. Asyik tengok yang pakai Hanbok ja, ha kali ni kita pakai Uniform Guard pulak. Menariknya pemakaian topi adalah wajib kalau korang pakai baju tu. Dia tak boleh nak tanggal and pakai balik for fun. Macam topi tu membawa dignity seorang askar la sort of. Baju yang Ernnie pilih dari kalangan General. Up sikit la kan. Hahaha. 

Bila pakai tu, yang jaga tu akan beri kita dalam 5 minit untuk tangkap gambar dekat situ-situ ja. Tak boleh jauh sangat nanti yang jaga tu panggil balik. Time tu Ernnie join je ada sekumpulan Vietnamese sebab akward jugak bila askar jalan sorang-sorang kan. They were all very nice. Siap boleh ambil gambar sekali kot. Memang best. 













This is not guard, this is orang-orang.


Seriously kalau ada baju kat belakang tu, memang Ernnie akan pakai. Dia macam diperbuat dari besi. Smart kot. Sapa pernah tengok cerita Jajeoong berlakon jadi general, tak silap, baju macam dekat belakang tu dia pakai. Muka patung tu pun ala-ala dah. Hahaha.




Alhamdulillah, cuaca  hari tu sangat baik. Tengok gambar dekat atas ni pun dah tahu. With that kind of gradient blue, memang soothing kot. Tenung je lama-lama pun tak bosan. And of course lah ketinggian senibina bangunan dia memang tak dinafikan sangat cantik dan teliti. Basically kalau nak ikutkan, setiap negara ada ciri-ciri kesenian yang sangat hebat untuk bangunan yang lama. Baik di Malaysia pun. Kalau sesiapa yang belajar berkaitan senibina zaman lama, memang setiap perincian gtu ada maksudnya yang tersendiri dan buat main serkap jarang ja buat.










Next one, I went straightaway to their Museum. Niat di hati nak sekejap je or taknak masuk langsung, tapi sebabkan Ernnie nak ke toilet, so masuklah. Then rupanya ia sangat memukat pandangan. Siap ada diberi poskad percuma untuk tourist. Ernnie pun apa lagi, ambil postcard dan tanya dekat kaunter kalau nak post dekat mana sebab nak tulis untuk kawan-kawan. Kakak di kaunter tu beritahu di tingkat bawah ada kedai souvenir dan jual setem sekali. 

Bila dah dekat dalam Kedai tu, memang yang tu lama sebab tengok barang jualan yang sangatlah macam nak beli semua. Agak pricey tapi sebab ada yang sngat best, Ernnie gagahkan jugak nak beli. Paling banyak beli? Of course postcard dia. Ada la tulis untuk family and friends sikit. Tak banyak pun sebab yang lain Ernnie nak simpan. Hahaha. Anyone nak buat postcard exchange? Lemme know. Would love to do that!. 

Dekat situ jugak ada dua uncles and sorang auntie yang bersembang dengan Ernnie time tengah tulis postcards. They can speak good english sebab tu tak segan nak tegur Ernnie. Paling Sweet siap kasi gula-gula dan buah tomato suruh Ernnie makan alas perut for my lunch. kencing manis! :) 






Lepas selesai semuanya, Ernnie beritahu Kawan Ernnie, Seohui yang Ernnie akan bertolak ke rumahnya. Time tu almost 4pm. Ernnie tak tahu pulak yang rumah Seohui tu jauh. Dalam train almost 3 hours, tengok dekat map, alahai, dekatnye. Hahahaha.

Tips :

Jangan malu nak tanya apa2. Kalau betul lost, jangan malu nak approach sapa2. Lagi satu sebab kita sorang, memang kena buat muka kering je time nak mintak org snapkan gambar. Hahaha.

Kalau pelancong bukan org asia, (org putih), try untuk ambil gambar derang dulu. Usually kalau couple, they'll be so happy kalau ada yg nak snapkan gambar. Nanti in return, derang akan automatically akan tolong kita snap gambar. I've tried, dan 100% berkesan.

Tapi, takyah approach sgt yg asian. (Chinese and korean) selalunya bila kita mintak nak snap gambar derang, they'll be like, kau sape? Cemtu haaa. Pernah try end up malu balik sebab dia buat muka. This is based on my experiences di Korea sahaja. Sebab time dulu Ernnie pernah ke Singapore, when I asked people there regardless sapa-sapa pun, they were so okay of taking my picture. 



Okay, sambung next post. daaaaaaa~

2 comments:

Jepun Mari said...

bestnya, cantik tempat ye kan

Anonymous said...

Assalam sis , kalau sis ade masa tulis la lg ttg pg korea 😅 byk benda lg kite taktahu . Nak tnya sikit kalau nak tgl dkt korea dlm sebulan dua tu acanne nak cari rumah sewa ye ? Sebab sy baru nak plan sikit . Please email kan dekat sweetsoursense@gmail.com tqsm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...