Sep 4, 2015

Korea Solo Getaway 2015 Day 1 : Around Hongdae

First thing first, lemme say Thank You to the ever Gracious ever Promising Allah the Almighty. My solo journey would not be possible without Allah's help. Nampak clichè tapi yang cliche tu la yang penting kan. 

Suatu pagi Ernnie baru lepas solat Subuh, baring balik atas katil sambil bukak phone. Ada dapat email from Air Asia pasal promotion. Ernnie macam jomlah usha tiket flight. Tangan gatal nak search tix flight from KL to Seoul. Dapat pulak tiket murah Alhamdulillah. Terbeli terus without second thought. 

Sebenarnya impian untuk ke Korea ni memang dah lama. Kawan-kawan Ernnie kebanyakkan nya dah travel ke sana. Bila dah terbeli ni ada la approach sorang dua kawan Ernnie. Dah beli without any plan, confirmed la yang lain susah nak ikut. Beli pulak bukan musim yang 'in'. Musim summer kot. Nevertheless, kena pergi jugak sebab dah beli. I applied my work leave from 23rd August to 31st August. Tapi flight Ernnie was on 24th August. 

Preparation : 

Bila cakap pasal preparation, banyak jugak yang kena buat. Sebab Ernnie tak ambil mana-mana tour guide. Kalau yang pergi dengan tour guide, fret not, depa ni akan prepare semua benda untuk korang. Just prepare duit saja. Disebabkan Ernnie boleh la tulis hangul dan baca hangul, pergi secara solo ni betul-betul memberi cabaran dekat Ernnie dari segi application ilmu yang dah lama belajar. So preparation dari segi bahasa agak okay, dan kalau pergi secara solo backpacker ni, baca la sebanyak mungkin blog-blog orang yang dah pergi. Memang membantu. Tulis sikit-sikit tempat mana yang boleh dilawati. Basically di Korea ni banyak sangat tempat yang boleh kita pergi. Paling penting masa. Ernnie hanya ada 5 hari. So memang agak tak sempat memandangkan 2 hari Ernnie ke luar Seoul. 

Itinerary :

Jangan tanya pasal itinerary. I don't have one in advance. Apa yang Ernnie buat, baca banyak blog, tulis ja tempat yang boleh pi dekat Seoul/Korea. On that day itself, baru decide nak pi sini or nak pi sana. Ada hari decided nak ke Nami Island, tengah dalam train, rasa nak ubah pi tempat lain. So Ernnie ke Gyeongbukgung Palace. I'm that random. :) Rasanya itu macam advantage of going anywhere alone. Pulak-pulak yang stail suka tukar fikiran saat akhir macam Ernnie ni. Maybe nanti nak buat satu entry pasal disadvantage and advante of travelling alone kot.
 

Hotel : 

Sebabkan Ernnie sorang, I'm okay with anything asal dapat tidur. Rezeki Ernnie dapat macam dorm 4 katil semua perempuan. Ernnie guna tripadvisor and dari situ cari yang affordable and comfortable yang paling penting. Ernnie jumpa this guest house name : Grape Garden GuestHouse. Apa yang Ernnie suka pasal guest house ni, 
1. Tengok gambar selesa 
2. Harga murah (satu malam antara 14,000 - 19,000 KR₩)
3. Di tempat tumpuan (Hongik Universiti aka Hongdae)
4. Dari guest house ke train station tak jauh
5. Hongik Train Station adalah tempat connection banyak line train. Airport line pun stop di Hongik station.

Memang lepas ni, kalau ada peluang untuk ke sana lagi, Ernnie mungkin akan still stay di situ. 

Flight pun Alhamdulillah best. Ernnie memang tempah makanan dalam flight sekali dengan luggage. Malas jugak nak cheapskate untuk perkara yang tak dijangka. Untuk makanan biar kasi kenyang so that kalau di Seoul takdak makanan pun, kita masih okay. Ernnie berkenalan dengan seorang uncle sebelah tempat duduk yang merupakan warga Korea dan jugak seorang student Malaysia yang belajar di Korea. Thanks to them for all the helps and tips. Appreciated! 

Bila sampai di Airport, Ernnie kena beli T-Money. It's like touch and go tapi memang digunakan secara meluas untuk semua jenis transport di Korea/seoul ni. T-Money berharga 2,500 KR₩ dan make sure korang topup. Ernnie topup 20,000 KRW as a start. Time beli tu kakak dekat 7Eleven tu memang tak reti English langsung. Time tu baru rasa cuak sikit dan sedar Ernnie berada dalam negara yang English dia kind of so-so-hmmmm. 

Dekat information centre, Ernnie ambil pamphlet Seoul Map, Train Lines Map dengan kakak kat situ bagi Map Incheon. Yang fully utilize ialah Train Map. Ernnie tahu ada ja apps nowadays, tapi bila pegang map tu rasa macam backpackers sejati. Ernnie memang suka baca map by the way. Whoever says women cannot read map, I'm the exception. Bahahaha. 

Bila naik train, rasa amazed dengan pemandangan di luar. Cantik. Kereta orang Korea ni pun bukan calang-calang.   Nampak tempat pertanian sikit, bukit bukau sikit, highway sikit, laut sikit, dengan sungai. Kiranya 50 minit yang tak bosan lah dalam train tu. 

Sesampainya di station Hongik Uni aka Hongdae, Ernnie memang ikut instructions untuk ke guesthouse tu. sampai di guest house, being greet by the owner of the place, MIN. MIN memang mantap gak la English, so Ernnie tak risau sangat. Kat dalam bilik tu Ernnie kenal dengan roomate nama Laura and Alicia. Tapi dengan Laura lagi rapat sebab kami ada banyak common interests :) . Malam tu jugak Laura ajak jalan-jalan sekitar Hongdae area. Memang awesome Hongdae ni. Ada banyak sangat boutiques yang memang lawa-lawa, ada macam-macam kedai. Kalau Myeong-Dong tu orang panggil a city that never sleeps, I would say Hongdae ni an alive city. Rasa selamat sebab mostly anak muda yang dekat situ adalah dari kalangan university student nearby. So bukanlah tempat yang entah apa-apa kan. On my first day, Ernnie dah pun beli postcard, Socks (kat korea socks murah kot) and banana uyu. 

Banana uyu tu adalah sejenis susu yang berperisa pisang, Ernnie pelik kenapa popular sangat flavor tu. Ada lagi perisa lain seperti tembikai susu dan strawberry. Tapi memang perisa pisang paling best. Ernnie dah try semua flavors dan memang pisang paling terbaik. Dia macam lembut di dalam mulut lepas tu taktau nak describe macam mana lagi sebab memang sedap. 





Kat Hongdae ni ada banyak sangat street singer. Kalau lah Ernnie  bekerja di sana, bila habis time kerja, obviously Ernnie akan ke Hongdae untuk menikmati suara oppa-oppa yang menyanyi kat situ. Sapa kata street singer ni tak best? Pi try lepak kat Hongdae. Cair beb! 



Ni salah satu coffee house yang ada dari beribu ribu coffee house yang wujud. Saja je snap sebab dia mengingatkan Ernnie kepada Zaraffa coffee di Australia yang paling the best. Sebab dia macam related based on names. Hahaha. 


Meet my new-terus-click-roomate-aka-friend. She's Laura from Germany. She basically showed me along Hongdae. Hidupnya Hongdae waktu malam :) . She brought me to the so ever popular Seolbing. Seolbing (bingsu) ni macam ais kacang. Sedap ya amat. Macam makan gula-gula kapas tapi sejuk. Yang kuning tu manga. Cannot resist.
#koreaernniedatang #ernniedankoreaberpisahtiada #ernniesologetaway2015 #wanderlust
#설빙 #서올 #대한민곡

First night is all about postcards, socks and banana milk. Teehee. #koreaernniedatang #ernniedankoreaberpisahtiada #ernniesologetaway2015 #wanderlust #서울 #대한민국

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...