Sep 5, 2015

Korea Solo Getaway 2015 Day 2 : Mungyeongsaejae

Hari pertama dah kepenatan dalam flight and jalan-jalan area Hongdae, Hari kedua Ernnie kene start sangat awal sebab perjalanan dia sedikit jauh. It's Munggyeongsaejae Day! Bangun pagi dalam pukul 5.30 sebab Ernnie kene ambil bus di Dong Seoul Station. Dari Hongdae ke DongSeoul train station pun ambil masa dalam 45 minit macam tu. Nama dalam map untuk DongSeoul station ni ialah Gangbyeon Station. Turun je Gangbyeon train station ni terus nampak Dong Seoul Express Bus station. Maklumat extra, Dong dalam Korean bermaksud timur. So Ernnie assume semua bus express dari Dong Seoul ni akan ke arah timur sebab ada lagi beberapa station bus express yang lain. Macam di Malaysia la, Stesen Putra untuk ke timur, TBS untuk Selatan, Pudu dan Duta untuk Utara macam tu la kot. 

Stesen bus ni macam Puduraya. Tapi yang lain dari Malaysia ialah dari segi pemusatan pembelian tiket. Hahaha. Pemusatan kau. maksudnya takda la kita masuk tu ada abang kakak semua akan tarik kita "nak pi mana adik". takde. Dia ada satu kaunter yang besar, and kena bagitau kita nak kemana. Macam beli tiket dekat Train Station di Malaysia. Dah beli Ernnie pun duduk la dekat tempat yang memang allocate untuk yang nak naik bus. Kat situ ada jugak sembang dengan makcik sorang ni. Boleh la Ernnie tanya soalan-soaln mudah dekat makcik tu seperti, 

"Ahjumma, eodi kka saeyo?" (makcik nak pi mana?)  
makcik tu pun bagitau dia nak pi mana ntah. of course tak ingat. 
Dia tanya juga Ernnie nak pi mana. Ernnie bagitau JeomChom sambil tunjuk tiket dekat Makcik tu. 
Yang lawaknya bila Ernnie tunjuk tiket Ernnie terus makcik tu cakap "kka!, Kka!" as in pergi pergi sebab time tu jam dah 7:50 am. Patutnya kene tunggu kat luar dekat dengan bus. Allah hantar bantuan la tu, sebabnya memang akan tertinggal lah bus sebab memang derang stail tak buat announcement. Kalau buat pun tak tentu lagi Ernnie faham. 

Okay banyak lagi nak cerita ni, overall perjalanan ke JeomChom tu mengambil masa dalam 2 jam setengah. Pemandangan dia toksah habaq, memang lawa. Sebab luar Seoul ni banyak tertumpunya pertanian. So on the way ke sana, nampak tanaman padi, jagung, cili, kobis dan Ladang Epal. Rupanya area JeomChom  dan Munggyeong ni terkenal dengan tanaman epal. Everywhere nampak Ladang Epal. Bila sampai ke Munggyeong, rupanya Ernnie kena tukar bus ambil yang ke Munggyeong pulak. Dari Munggyeong ambil lagi satu bus ke Munggyeongsaejae. Memang adventure sangat sebab lepas naik bus express, kena naik bus catok ni. Bus yang macam bus rapid yang banyak stop semua tu. Time tu memang Ernnie rasa cuak sebab first time. Ada je orang Korea yang tolong tapi masalahnya depa memang tak boleh cakap English langsung!. Tapi tahap pertolongan depa memang gempak la. Nak cerita experience dengan sorang pakcik (ahjushhi) yang nak bantu Ernnie tapi dia tinggal Ernnie halfway atas bus sebab rumah dia dah sampai. Time dia nak turun tu explain kemain panjang. Tapi satu patah pun Ernnie tak faham. Nak nangis okay. Tapi itulah experience yang paling best Ernnie pernak rasa dekat Korea ni. Dan di stesen Munggyeong ni Ernnie pun berjumpa dengan kawan yang ernnie kenal dalam internet. First time berjumpa. Depa memang kelakar habis. Memang terus boleh buat kawan.  So in short, perjalanan Ernnie ni macam ni. 


Hongdae >>> Gangbyeon (Dong Seoul) >>>> JeomChom >>>> MunGyeong >>> Mungyeongsaejae. 

Perjalanan memang payah sikit tapi bila dah sampai Mungyeongsaejae (MGSJ) ni memang lah Ya Allah lawa. Kawan Ernnie ni pun depa pernah datang sini time trip sekolah waktu sekolah rendah. Sekarang depa dah umur 21 tahun. So macam first time jugak lah bagi derang ni. Zaman dulu, MGSJ ni adalah jalan penting untuk orang yang berdagang dengan scholar untuk ke Seoul dari area Gyeongsang. Di MGSJ ada 3 gates besar yang bertindak sebagai pintu untuk keluar masuk. So dekat situ memang masih ada lagi tapak tinggalan pejalan kaki zaman dulu-dulu. Dekat MGSJ ni ada macam-macam. Dari Muzium, sungai, air terjun, stone bridge, sangkar ayam dan burung, tasik, Korean Village, boleh mendaki gunung (banyak pendaki yang ernnie jumpa), hutan simpan, temple, dan macam-macam lagi. Ernnie rasa sehari Ernnie dekat situ baru 20% Ernnie discover tempat tu. ada banyak lagi yang tak tengok. Overall memang worth it Ernnie ke sana. 

Ernnie, Hyemin & Juhyeon memang dah janji nak bawak makanan sikit as a snek. Depa bawak biskut beras, popcorn yang tak letak any flavor. Ernnie bawak corn cream dalam tin, dengan Pringles. Yang bestnya, biskut beras tu cicah dengan corn cream. Eh sedap pulak. Derang pun suka. :) The whole day agak lembap sebab hujan. Nasib hujan tak lah lebat sangat. Kalau panas pun tak syok jugak sebab berpeluh. Sekarang bila hujan je, teringat denkat Hyemin dengan Juhyeon. ececece.

Paling lama kiteorang spent masa dekat Korean Village. Bayaran 2000 KRW untuk seorang. Tempat tu pun merupakan tempat pengambaran untuk cerita yang stail lama-lama. Bila tengok the whole compound, menarik sebab cara penyusunan rumah-rumah ni mengikut hieraki. Kalau orang biasa, tempatnya di belakang, diikuti rumah scholar dan noble lepas tu baru jumpa Istana. Antara rumah orang biasa dengan noble dipisahkan dengan jambatan tapi noble/sholar dengan istana tiada sempadan macam tu. hanya dipisahkan dengan pintu gerbang istana. 

Dah habis semua baru kiteorang cari tempat untuk makan. Kiteorang makan di sebuah restaurant yang jual daging lembu. Tapi obviously derang order everything vegetarian. The way they explained to the ahjumma memang awesome. Siap ahjuma tu pun explained yang sayuran derang tu ambil atas gunung dekat area MGSJ ni je. hahaha. We ate vegetarian bibimbap, doenjang, dengan kimchi pancake. Sedap kau. Cumanya Ernnie memang tak boleh 'mesra' dengan kimchi. Ernnie pernah makan di Malaysia ni. Orang bagitahu, kat sana lain rasa dan memang akan suka. bagi Ernnie rasa dia sama je. tapi kureng sikit anak tekak ni nak terima. Ernnie memang into benda masam masam ni. tapi yang kimchi tu je kureng sikit. hehe. kena cuba lagi ni. 

kiteorang habis makan pun agak lewat, ambil bus pun yang last skali dari MGSJ ke Mungyeong. Definitely it's something that I won't forget in my life. tenangnya tempat tu, bestnya jumpa Hyemin dengan Juhyeon, experience macam-macam. Memang best. Okay, now let's picture taking their place. Banyak kot gambar. 80 ++. Enjoy.

 Oh lupa nak beritahu, time summer ni waktu solat di Korea dan Malaysia tak beza sangat pun. So senang nak adjust timing semua. 













































































No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...