Welcome back.
My Previous Umrah Ziarah's Posts
5th April.
Hari ni memang banyak trip. Selain tu akan ke sebuah masjid bermiqat di sana untuk umrah kiteorang yang kedua. Pagi tu bas yang mengiringi kiteorang lambat sedikit. Kebetulan jemaah semua turun awal. So banyak la boleh snap gambar dekat area hotel Ernnie. Hotel yang Ernnie tinggal di are Ajyad. Dalam satu kilometer jugak nak ke Baitullah. Tapi disebabkan tepi jalan penuh dengan jemaah dan kedai pun banyak, tak la terasa sangat nak berjalan tu. Macam yang Ernnie pernah tulis, makanan dekat hotel menginap ni memang best. Kena la dengan lidah Melayu kita ni.
Okay first stop di Jabal Tsur. Memang banyak sangat habuk sebab tengah construction. Jabal Tsur ialah bukit yang disinggah oleh Rasulullah dan Abu Bakr As Siddiq dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah. Time ni jugak, makanan untuk mereka berdua di atas bukit tu dihantar oleh Asma Abu Bakr yang tengah mengandung. Ya Allah, sejujurnya Ernnie tak dapat bayangkan Asma yang tengah sarat mengandung boleh lagi naik gunung yang tinggi tu. Kat sini jugak kita nampak pengorbanan seorang wanita dalam proses penghijrahan. Kalau fikirkan ibrah disebalik Hijrah Rasulullah, terlalu banyak. Kami tak la lama sangat sebab traffic pun sesak dekat situ.
Stop kedua ialah di Arafah iaitu di Jabal Rahmah. Sebelum tu akan lalu
area Padang Arafah ni. memang besar dan nampak banyak space untuk
diletakkan khemah untuk musim Haji nanti. memang luas Ya Allah. Terus
excited nak tunaikan haji. Sebab half of Jemaah dah pernah datang ke
sini, so tak ramai yang nak naik. Yang berumur pun hanya naik setengah
sebab agak sesak dekat tangga tu. Ernnie, kakak dengan abang ipar memang
nak sangat naik sampai atas. Alhamdulillah Allah permudahkan. Bila dah
sampai kat atas, cari arah kiblat dan terus berdoa. semoga Allah
memakbulkan doa Ernnie dan yang lain Amin. Mana-mana yang mintak Ernnie
berdoa di atas tu pun dah Ernnie tunaikan. Dari atas tu bleh nampak besarnya Padang Arafah ni. Dikatakan tempat inilah jugak tempat kita semua akan dibangkitkan kembali.
Seterusnya bas membawa kami ke Muzdalifah dan Mina. banyak tengok tempat-tempat untuk melakukan ibadah haji. Mutawwif beritahu Rasulullah pernah bersabda yang Mina ni macam perut ibu mengandung. Sentiasa boleh menampung tak kira berapa banyak kapasiti. Subhanallah, itu pun dah kira keagungan Allah. Memang in awe tengok khemah seluas mata memandang.
Seterusnya kami ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat. Ada satu pesanan buat rakan-rakan yang akan menunaikan umrah. Bawak air botol untuk minum dan spare untuk ambil wudhu'. Pergi toilet siap-siap sebelum bertolak ke mana-mana. Sebabnya macam contoh masjid Ja'ranah ni, memang untuk toilet que dan wudhu area sangat sesak. Ada yang jual air tapi mahal dalam 5 riyal sebotol. Kalau bawak sendiri dan nak ambil wudhu, boleh lari ke celah bangunan dan ambil wudhu di situ.
Mutawif ada beritahu tentang kewujudan sebuah telaga di situ yang pernah diracun oleh golongan kafir dan Rasulullah meludah ke dalam telaga tersebut untuk pulihkan balik. Sampai sekarang telaga itu tak pernah kering. Subhanallah.
Selesai bermiqat, kami pun terus ke Makkah balik untuk menunaikan Umrah kali ke-dua. Alhamdulillah semua berjalan lancar. waktu sai'e Ernnie lebih suka membaca Quran. Sekali saie, baca satu muka Quran. Dan memang sangat sempat untuk membaca doa-doa lain jugak. So 7 kali sa'ie dah boleh baca 7 mukasurat Quran :) Waktu nak balik ke hotel, Ernnie ada nampak seekor kucing ni tidur yang sangat comel. Dah pegang pun still tidur. Comelllll :)
InsyaAllah lepas ni post yang keenam dan yang terakhir InsyaAllah :)