Jun 10, 2020

AIDILFITRI 2020


Selamat Hari Raya 2020. 

Ada apa dengan raya tahun ni? 
Ada dua benda. Covid -19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 





Satu dunia dah dikejutkan dengan wabak Covid 19 ni. Untuk Malaysia, kita telah melaksanakan PKP seawal 18 Mac sehinggalah sekarang. Cuma sekarang sedikit longgar. Benda paling besar sekali dan memberi impak pada semua rakyat di Malaysia ialah kita tak boleh rentas negeri. Dengan kata lain, orang KL tak boleh balik dan beraya di kampung halaman. 

Situasi ni menyebabkan Kakak dan Abang Ipar dan Abang Ernnie tak dapat balik beraya di Kedah. Sepatutnya memang kali ni turn kakak dan Abang Ipar untuk balik beraya kat sini tapi apakan daya. Walaupun begitu, hari raya untuk keluarga Omar Hanafiah tetap juga disambut sesederhana mungkin. 

Selain itu, musim PKPB ni juga menyebabkan semua masjid dan surau membatalkan / mengehadkan jumlah orang yang boleh join untuk solat sunat Hari Raya. Oleh sebab itu, husband Ernnie telah diangkat oleh jemaag di dalam rumah sebagai Imam. Sebabkan makmum semua perempuan. Nak ke taknak pun kena jugak jadi. On the side notes, ayah Ernnie dijemput sebagai makmum ke 11 untuk sama-sama join Solat Hari Raya di masjid terdekat. 

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan sebenarnya Ernnie rasa sangat berbangga dengan Asraf sebab boleh conduct solat Sunat Hari Raya sekali dengan khutbah dia baca. Walaupun makmum semua tak berapa nak fokus sbb makmum cilik (Ilham) dok lari sana lari sini. 

Pagi tu kami mulakan dengan sesi bermaafan dengan family belah Ernnie. Tahun ni juga adalah tahun kedua kami beraya bersama Ilham. Tahun lepas Ilham baru berusia 2 bulan lebih. Tahun ni dia dah boleh berjalan apa semua. Habis kalut. hahaha. 

Pagi tu jugak kami buat whatapps call dekat semua. Macam biasa mama Ernnie tak dapat menahan kesedihan lalu berjurailah air mata seorang ibu tatkala melihat anak, menantu dan cucu yang lain tidak dapat bersama beliau di Hari Raya. Abang di Sabah, Kakak Ipar dan anak-anak di Johor, Kakak dan Abang Ipar lagi di Selangor dan Kami berenam di Kedah. Memang tahun ni terasa lain. 

Apparently tetamu pun tak mai. Sebab maybe derang fikir pasal kesihatan mama papa kot. Selalunya Ernnie tak menang tangan nak melayan tetamu pada hari Raya. Kali ni boleh rehat sikit. Makan pun lebih dari biasa sebab sapa je yang nak makan kan kalau bukan kami. Hahahaha. 
















Tengahari tu, Ernnie dan Asraf balik ke rumah mak mertua di Jerlun pulak. Untuk yang tak tahu, rumah Ernnie dan suami sangat dekat okay. 7 minit drive. Dalam 5-6 KM. Memang dekat. Daerah pun masih daerah yang sama iaitu Kubang Pasu. 

Balik sana, bermulalah sesi bermaafan sesama keluarga sebelah mertua Ernnie. Time tu jugak ada adik ipar Ernnie. Memang riuh sebab ramai cucu (4 orang). Jenuh nak suruh depa ni bergambar dan yang paling ketegaq nak tangkap gambar ialah.... Ilham. Jenuh mama papa ni posing sakan tapi Ilham buat derk je.

SEMUA ONLINE
Untuk baju raya tahun ni kami memang opt for ONLINE. Alhamdulillah, beli awal Ramadhan dan semua sempat sampai kat rumah. Sebab semua orang pun opt for ONLINE memang sesak sangat. Ernnie beli baju Asraf dan Ilham dekat Shopee dan Ernnie beli di MINIMALACE. Kuih raya Ernnie ada jugak buat sendiri dan beli pun ada. 






 
HIKMAH DI SEBALIK
Ini yang selalu diperbualkan oleh Ernnie dan Asraf. Terdapat banyak hikmah yang berlaku di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin kita ni yang terburu-buru mengejar apa hikmah di sebalik. Bila dah berlaku sesuatu baru nampak. Untuk Ernnie, tempat kerja Ernnie dekat dengan rumah mak dan mak mertua. Setiap hari balik either rumah. Kami pun takde beli rumah lagi. Bila jadi macam ni, siap tak boleh rentas negeri lagi, so kami dapat bersama ibu bapa untuk menyambut raya. Ada rakan-rakan Ernnie yang berada jauh dengan ibu-bapa pada hari Raya. Tahniah buat rakan-rakan sebab ikut arahan yang kerajaan dah bagi. Ernnie pun dah rasa sedih apatah lagi tuan badan. Semoga wabak Covid ni akan berakhir dan kita semua boleh bersama-sama dengan orang yang kita sayang. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...