Jun 6, 2018

HARD GOODBYE TO MY GAPURA FAMILY MEMBERS

Either way, I will cry. If my first posting will be in Putrajaya, I will cry because of continuation of long distance relationship with my husband. If I were to be placed in Perlis, I will cry because of my Gapura members.

And I cried people (like mestilah kan, Ernnie kot). It's because of the second reason. Let me tell you the journey. kahkahkah. 

Sebenar sebenarnya, 18 hb Mei haritu, (kira-kira seminggu sebelum keputusan penempatan dikeluarkan, ernnie ada tweet pasal Ernnie patut stop berdoa untuk ditempatkan di Perlis. Bukanlah niat ini untuk berputus asa, tapi untuk tukar supaya ditempatkan di tempat yang lain. Sebabnya pada watu ini, Ernnie ada terdengar akan cakap-cakap rakan kadet yang memang sure dah ada orang yang akan ditempatkan kat SUK Perlis and obviously it's not me. Sebab sebelum ni nak sangat ke Perlis, bila tau, terus macam taknak berharap. Takut harapan tidak kesampaian gittew. Ernnie berdoa letakkanlah Ernnie dekat Putrajaya je. Sebab kalau ke negeri lain mcm lagi susah kot. Based on education background Ernnie, Ernnie assume Ernnie akan dapat either MOA , MPIC, MOSTI or NRE walaupun semua tu tiada dalam list permintaan Ernnie. haha.


Dan pada hari kejadian, 22 Mei 2018, dia punya berdebar tu memang tak kelakar. Sangat nervous kot. Kat dalam dewan tu boleh rasakan ketenangan yang jarang-jarang berlaku dengan batvh Neowangsa ni. Semua cuak kot. Kami semua akan tahu kat mana kami ditempatkan tu time berjalan ke arah Tan Sri KPPA. Kau rasa?? Mana nervous nak naik pentas, nervous nak tau penempatan lagi. hadoi. Benda-benda yang Ernnie ya amat nervous ni ialah time Ernnie nak graduate dan time nak nikah. Ha, ni boleh tambah list lagi satu. 

Bila sampai giliran Ernnie. Ernnie tetiba cakap waktu nak naik tangga tu "Ya Allah, jangan MOSTI" tu je yang terkeluar dari mulut Ernnie. Lepas tu dengar nama Ernnie dipanggil and tak dengar pape dah. Like seriously mcm lost gila. yang Ernnie dengar orang menjerit and bila sampai dekat Tan Sri, dia tanya, "Balik kampung ke?' Ernnie mcm terus "Ha". Time tu baru lah tersedar yang Ernnie dapat Perlis and senyum lah sampai ke telinga. Bila naik tangga, nampak muka Anith and Lilis. Menjerit gila Ernnie time tu sebab depa pun jerit. Mata Lilis siap berair sebab tumpang seronok. Ya Allah. Sebab memang tak sangka nak dapat Perlis. Betul-betul tak sangka.


And time duduk tu Ernnie dok menjerit jugak dekat sesape yang dapat dia punya first choice kementerian and Negeri. untuk Ernnie, setiap daripada kadet ni mempunyai cerita tersendiri especially untuk yang dah berkahwin dan dah berkeluarga. Kita boleh tengok pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghabiskan Program DPA ni selama 10 bulan. 

Lepas tamat majlis, mulalah berjumpa rakan-rakan lain, tangkap gambar dan tak lupa juga menangis. Haha. Time ni Ernnie dah start sedih sebab dah sedia maklum akan berpisah dengan rakan - rakan Gapura dan Neowangsa untuk meneruskan langkah baru dalam kehidupan. Satu fakta, ernnie lebih banyak menghabiskan sisa 10 bulan ni dengan rakan Gapura berbanding encik Suami. So memang sedih la kan. Even tengah fikir pun sedih.







Dan malam 22 tu, Ernnie berbuka puasa dengan yeop-yeop dan yong - yong. Hahaha. Kami berbuka puasa dekat area Kampung Baru, lepas tu jenjalan dekat area Dataran Merdeka sebab dia macam last night untuk Ernnie di KL gittew. Hahaha. Poyo je lebih. Siap ada supper makan A&W dekat Petaling Jaya pulak. kau rase? haha

Untuk hari Rabu adalah hari sedih Neowangsa dan Gapura Sedunia. haha. Pagi tu kami ada majlis bersama PL, PLK dan Dr Ketua Kluster yang menjaga kami selama 10 bulan. Dan bermulalah sesi tangkap gambar, bersalaman, bermenangis-nangisan. Ernnie try my very best untuk nak bergambar dengan semua rakan Gapura walaupun tak dapat semua.



 


 





















Special rasa dengan kawan-kawan kat sini. Satu perkara yang obvious sangat kat sini ialah bila kau sendiri nampak betapa kawan-kawan ni boleh mintak tolong dan ada sesetengah tu terus cakap boleh tanpa dengar dulu kenapa kita nak mintak tolong. Memang Ernnie treasure orang-orang macam ni. Terima kasih korang. Lepas tu, kalau tanya satu soalan dia punya kebarangkalian untuk semua pun nak bagi jawapan boleh berlaku ataupun soalan kau akan diputar belitkan sehingga ianya tidak dijawab. Hahaha. 

Kat sini Ernnie nak berterima kasih dekat semua. Nak try recall semua rakan Gapura.
Syaz, Min, Fish, Mira A, Alia, Yaya, Syakir, Husni, Meor, Aiman, Azwan, Amal, Muz, Darryl, Naim, Zulfadhli, Zulasyraf, Zulasri, Fareez, Jeffry, Zue, Shai, Shikin, Afiqah, Shafa, Nara, Mas, Nina, Hazel, Salmi, Athirah, Deeba, Norhafiz, Hafiz Z, Gobby, Hari, Tan, Gary, Acap, Aizat, Hisyam, Zack, Hussaini, Helmi, Hanif, Hafiy, Fakhrul, Shu, Addilah Noi, Bella, Bell, Khal Ajee, Naazielah, Nasuha, Izzi, Eizy, Balqies, Nonie, Cikit, Hacker, Danial, Syed, Afiq, Amalina, Anith, Lilis, Intan, Tan Tan, Ka Paan, Ikhwan, Kamarul, Nisreen, Sazli, Shyfiq, Cha, Kak Anis, Ainal dan Fahmi. 

Thank you guys and forget me not. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...