Jun 10, 2020

WELCOME TO 3 SERIES

Banyak benda yang ada dalam kepala ni. Rasa nak tulis semuanya.

Ernnie panjatkan kesyukuran pada Allah SWT atas terlalu banyak nikmat yang Allah dah bagi kat Ernnie. Yang boleh kira satu hal, yang tak boleh kira satu hal, yang Ernnie sendiri tak perasan pun satu hal. Kadang2 boleh bernafas ni pun ambil sambil lewa, dapat hidup dalam Iman kepada Allah pun kadang-kadang cuai dan lalai. Tapi since ni blog Ernnie, Ernnie macam nak listkan apa yang Ernnie ingat dan Allah dah bagi menjelang Ernnie masuk ke fasa 30 nih.

1. Ernnie kahwin.
Entahlah. kalau ada orang yang pernah baca blog Ernnie ni mesti pelik apesal lah perkahwinan tu selalu menjadi satu perkara yang sangat besar untuk Ernnie ni kan. Memang besar pun sebab perkahwinan tak pernah ada dalam kamus hidup Ernnie kalau korang tanya 5 tahun yang lepas. Sebab Ernnie tak pernah ada someone special ke, bf ke, sapa-sapa pun. Aim Ernnie banyak kepada diri sendiri. Untuk berkahwin tu macam jauh sgt. Ernnie pernah jugak terfikir yang Allah ni bagi rezeki lain kot kat Ernnie tapi bukan jodoh. I'm totally fine with it dan hidup macam biasa tanpa ada sikit pun rasa stress. Sebab tu bagi Ernnie (even sampai sekarang, Ernnie macam masih wow Ernnie diberikan jodoh oleh Allah).

2. Anak
Kalau dah kahwin pun takde dalam plan hidup, apatah lagi anak kan. Tak pernah terbayang dalam kepala yang satu hari Ernnie akan diberikan amanah oleh Allah untuk menjadi ibu. Ada kawan-kawan, kenalan dan ahli keluarga Ernnie yang masih belum diberikan rezeki tu. Itulah doa yang Ernnie selalu doa. Mohon Allah bagi rezeki anak pada yang memang mengimpikannya. Bila dah ada Ilham, Ernnie mohon supaya Ernnie jadi Ibu yang baik untuk Ilham.

3. Duduk dengan family
Perkara ni pun ramai yang nak dan ramai yang masih belum dapat. Alhamdulillah. The fact that Ernnie bekerja mencari rezeki di utara ni dan still duduk rumah parents dan MIL adalah satu rezeki Allah. Memang nak rumah sendiri dan InsyaAllah nak cari pun area utara rumah. Senang bila parents sakit ke apa, kita ada. Adik beradik yang lain pun boleh harap dekat Ernnie dan suami. Tapi rezeki yang ni boleh berubah-ubah

4. Rezeki yang melimpah ruah.
Entahlah taktau tak explain macam mana. Waktu Ramadhan haritu Ernnie berjaya buat satu aim yang Ernnie kalau boleh nak menderma setiap hari walaupun dalam amaun yang sedikit. Tapi Ernnie rasa macam duit tak luak pun baik dalam wallet or dalam bank. Seriously. Rasa duit makin bertambah adalah. Brain mcm tak boleh nak process time tu. Kejap orang ni bagi duit haritulah, duit hutang tu lah, duit ni lah duit tu lah. Sbb tu ramai yang dah buat sedekah ni kata sedeqah tu Magic. Memang magic pun weh.

5. Focus pada nak rasa cukup dan sentiasa bersyukur
Ernnie tak kata Ernnie ada semua, even Allah pun suruh hambaNya berusaha untuk perkara kebaikan sehingga akhir hayat kan. Tapi untuk umur Ernnie sekarang dan semua kebaikan dan rezeki yang Allah bagi, Ernnie hanya minta pada Allah untuk sentiasa ada rasa syukur. Takut lagi banyak Allah bagi, lagi lupa Ernnie kat Dia. Lagi banyak Allah bagi, lagi Ernnie rasa tu semua atas hasil usaha Ernnie. Selalu Doa Allah bagi Ernnie contentment feelings. Perkataan contentment tu rasa mcm power lah untuk Ernnie. Tapi tu lah, time cakap ni okay je, time dtg sales itu lah sales inilah, habis semua nak beli kan? hihihi.





Alhamdulillah 4 Jun 2020 genaplah umur Ernnie 30. Rasa macam tak percaya tapi inilah dia kenyataan. Ernnie dah memasuki alam 30-an dah. Tak sure nak kata cepat atau lambat. Tapi tulah, masa takkan pernah berhenti sesaat atau cepat sesaat pun. Semua manusia dapat 30 tahun yang sama kan. Buatlah sambutan sikit-sikit. Lebih kepada nak jamu kek dekat anak sedara dan anak sendiri je. Haha.

Siang tu pulak husband Ernnie gigih datang hantar bunga dengan perfume kat office. Memang terkejut sbb kali ni tuan badan dtg hantar sendiri. Sebelum ni ada delivery. Hahaha. Boleh lah replace corner yg letak bunga tahun lepas tu. Thanks a lot husband.








That's all folks. Bye.

AIDILFITRI 2020


Selamat Hari Raya 2020. 

Ada apa dengan raya tahun ni? 
Ada dua benda. Covid -19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 





Satu dunia dah dikejutkan dengan wabak Covid 19 ni. Untuk Malaysia, kita telah melaksanakan PKP seawal 18 Mac sehinggalah sekarang. Cuma sekarang sedikit longgar. Benda paling besar sekali dan memberi impak pada semua rakyat di Malaysia ialah kita tak boleh rentas negeri. Dengan kata lain, orang KL tak boleh balik dan beraya di kampung halaman. 

Situasi ni menyebabkan Kakak dan Abang Ipar dan Abang Ernnie tak dapat balik beraya di Kedah. Sepatutnya memang kali ni turn kakak dan Abang Ipar untuk balik beraya kat sini tapi apakan daya. Walaupun begitu, hari raya untuk keluarga Omar Hanafiah tetap juga disambut sesederhana mungkin. 

Selain itu, musim PKPB ni juga menyebabkan semua masjid dan surau membatalkan / mengehadkan jumlah orang yang boleh join untuk solat sunat Hari Raya. Oleh sebab itu, husband Ernnie telah diangkat oleh jemaag di dalam rumah sebagai Imam. Sebabkan makmum semua perempuan. Nak ke taknak pun kena jugak jadi. On the side notes, ayah Ernnie dijemput sebagai makmum ke 11 untuk sama-sama join Solat Hari Raya di masjid terdekat. 

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan sebenarnya Ernnie rasa sangat berbangga dengan Asraf sebab boleh conduct solat Sunat Hari Raya sekali dengan khutbah dia baca. Walaupun makmum semua tak berapa nak fokus sbb makmum cilik (Ilham) dok lari sana lari sini. 

Pagi tu kami mulakan dengan sesi bermaafan dengan family belah Ernnie. Tahun ni juga adalah tahun kedua kami beraya bersama Ilham. Tahun lepas Ilham baru berusia 2 bulan lebih. Tahun ni dia dah boleh berjalan apa semua. Habis kalut. hahaha. 

Pagi tu jugak kami buat whatapps call dekat semua. Macam biasa mama Ernnie tak dapat menahan kesedihan lalu berjurailah air mata seorang ibu tatkala melihat anak, menantu dan cucu yang lain tidak dapat bersama beliau di Hari Raya. Abang di Sabah, Kakak Ipar dan anak-anak di Johor, Kakak dan Abang Ipar lagi di Selangor dan Kami berenam di Kedah. Memang tahun ni terasa lain. 

Apparently tetamu pun tak mai. Sebab maybe derang fikir pasal kesihatan mama papa kot. Selalunya Ernnie tak menang tangan nak melayan tetamu pada hari Raya. Kali ni boleh rehat sikit. Makan pun lebih dari biasa sebab sapa je yang nak makan kan kalau bukan kami. Hahahaha. 
















Tengahari tu, Ernnie dan Asraf balik ke rumah mak mertua di Jerlun pulak. Untuk yang tak tahu, rumah Ernnie dan suami sangat dekat okay. 7 minit drive. Dalam 5-6 KM. Memang dekat. Daerah pun masih daerah yang sama iaitu Kubang Pasu. 

Balik sana, bermulalah sesi bermaafan sesama keluarga sebelah mertua Ernnie. Time tu jugak ada adik ipar Ernnie. Memang riuh sebab ramai cucu (4 orang). Jenuh nak suruh depa ni bergambar dan yang paling ketegaq nak tangkap gambar ialah.... Ilham. Jenuh mama papa ni posing sakan tapi Ilham buat derk je.

SEMUA ONLINE
Untuk baju raya tahun ni kami memang opt for ONLINE. Alhamdulillah, beli awal Ramadhan dan semua sempat sampai kat rumah. Sebab semua orang pun opt for ONLINE memang sesak sangat. Ernnie beli baju Asraf dan Ilham dekat Shopee dan Ernnie beli di MINIMALACE. Kuih raya Ernnie ada jugak buat sendiri dan beli pun ada. 






 
HIKMAH DI SEBALIK
Ini yang selalu diperbualkan oleh Ernnie dan Asraf. Terdapat banyak hikmah yang berlaku di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin kita ni yang terburu-buru mengejar apa hikmah di sebalik. Bila dah berlaku sesuatu baru nampak. Untuk Ernnie, tempat kerja Ernnie dekat dengan rumah mak dan mak mertua. Setiap hari balik either rumah. Kami pun takde beli rumah lagi. Bila jadi macam ni, siap tak boleh rentas negeri lagi, so kami dapat bersama ibu bapa untuk menyambut raya. Ada rakan-rakan Ernnie yang berada jauh dengan ibu-bapa pada hari Raya. Tahniah buat rakan-rakan sebab ikut arahan yang kerajaan dah bagi. Ernnie pun dah rasa sedih apatah lagi tuan badan. Semoga wabak Covid ni akan berakhir dan kita semua boleh bersama-sama dengan orang yang kita sayang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...