Mar 13, 2018

ERNNIE SYAFIKA & FIDELL ASRAF (BRIDE'S SIDE)

Salam,

Ha, setelah lapan bulan berkahwin, baru terasa nak update blog hakak ni. hahaha. Haritu dah tulis pasal nikah and now it's time for the wedding ceremony. Tak tau la buat apa, macam dok menghabiskan masa dalam media sosial sampai diri dah tak rajin nak update macam dolu-dolu.

Alhamdulillah. Ramai yang dijemput dan ramai jugak yang hadir. Dari kawan-kawan rakan sekerja Ernnie sampailah saudara mara jauh dan dekat. Kadang satu benda bila buat kenduri ni kita risau jemputan datang ke tak. Thus, I'm a happy princess on that day. Very happy indeed. 

Dan bila kita kata pasal perancangan, kalau dah rancang dengan baik, mesti Allah nak uji. Ada la hiccups sikit. Meh nak cerita sikit. Haha

So pagi tu Ernnie dengan anak saudara and kawan Ernnie pergilah ke tempat nak makeup. Bila dah habis makeup, otw nak balik rumah, tayar kereta Ernnie pecah uolls. Ha, memang something yang tak disangka-sangka. Of course la kena call orang kat rumah. Ernnie call abang dan abang ipar ernnie untuk mintak ambilkan. Dari janji pengantin berarak jam 12:30, jadi lah pukul 1:30. Dan sebab nak menghormati solat Zuhur, end up berarak pukul 2 petang. Haha.

Time tu Ernnie belajar dua perkara dalam hidup. Kesabaran dan ketenangan. Memang orang dok tanya la bila pengantin nak sampai, message datang bertalu-talu. Tapi dengan tenang kena jawab, otw. Hahaha

Yang ralat sikit sebab ada kawan yang datang awal dan tak sempat jumpa. Tapi okay ja. Ini hanyalah kenduri. Depa semua boleh jumpa Ernnie bila-bila masa sahaja lepas tu.

Untuk goodies, I opted untuk tempah online sahaja. Boleh follow @thedoorgift. Sangat mudah berurusan. Dan ernnie punya doorgift nak simple je. Dan paling penting takde sampah doorgift sangat uolls. Kita beli bag ziplock kasi. Haha.

Makanan lebih kepada makanan kampung yang memang dah di decided oleh parents Ernnie. Semua kata lauk sedap. Btw guys, kenduri dekat kampung ni boleh rasa keaslian makanan sebab masak secara gotong-royong. Kampung Ernnie still buat yang rewang ramai-ramai mcm tu. Tu yang best tu.

Untuk kudapan, Ernnie tempah apam balik dan kuih peneram goreng live. Ha cenggitu. Hahaha. Untuk peneram tu, kedai dekat pasar malam ni memang ernnie minat Ya Allah. Time tanya dia, nasib dia setuju dan on terus. Untuk bubur, mama buat bubur gandum (again, my fav). So untuk makanan, semua okay alhamdulillah. My point is easy, datang gembira, balik lagi gembira, gittew. Hahaha. Bertambah gembira kalau jumpa pengantin jugak. ^^













































Bila nak cakap ucapan terima kasih memang ramai sangat. Tak terkira. Lemme try.

  • My parents yang dari A sampai Z depa buat semua. Tq Mama Papa
  • My in law yang bagi support kiri kanan atas belakang semua arah. Tq Mama.
  • My husband of course yang membantu menenangkan diri ini ketika mana berada di lembah kerisauan dan kekalutan. Haha. Love U
  • My sibs yang balik awal dan bantu sehabis kudrat mereka. Dari pakai inai sampai basuh periuk belanga semua depa rasa dan buat.
  • My sibs in law yang sentiasa bagi support sepenuhnya.
  • Orang kampung yang datang merewang dari hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. They are actually the pillars of the kenduri. Takdak depa korang tak makan.
  • Saudara mara Ernnie sepupu sepapat pak mak sedara anak menakan semua sekali. I got a very big family u guys. My father had 13 sibs and can you imagine the amount of help that I received from different angles? Haha. Sebelah mama pun ada yang datang sangat awal untuk bantu majlis. Boleh nangis kalau ikut tahap terharu Ernnie ni.
  • Wedding planner yang buat pelamin, meja makan, dan baju yang ernnie tempah. Sekali dengan Mustaqim; the official photographer. Depa ni bagi all out untuk wedding Ernnie dengan harga yang berpatutan. Servis terbaik tip top ya amat.
  • Bapa angkat Ernnie Paktam Jaafar yang taja beras untuk kenduri. Tokey beras, so dia support bagi beras. Tq abah.
  • Yang menaja Khemah ernnie pada hari kenduri dari Parlimen Jerlun. Tq YB and the team. Kasi khemah besaq, takyah gaduh2 orang nak mai kenduri. Hahaha. That's very big for me.
  • Pengapit2 Ernnie merangkap adik angkat Ernnie. Mintaklah tolong apa pun, semua depa buat. Gila weh.
  • My besties yang hadir kenduri dari start nikah sampai ke kenduri. Aziemah dan Nadzirah. I owe you guys a lot. Sehingga hayat dikandung badan, cheq akan berusaha untuk berada di kenduri kalian kelak. InsyaAllah. PS : tidak dilupa jugak buat Hasanah yang datang time cheq tunang. Depa ni sanggup redah lebuhraya PLUS mai kat rumah Ernnie. Korang mampooo?
  • Mana-mana kawan, rakan taulan yang lain yg juga turut hadir. Kakak2 yang sama belajar dengan ernnie di UQ dulu. Terima kasih. Jasamu dikenang. InsyaAllah akan Ernnie balas bila ada rezeki.
  • Eh semualah. Yang takdak dalam mana-mana bullet points ni, jangan sedih. Ernnie mungkin terlupa nak taip. Tapi ernnie ingat kot. Gambar ada. Jangan risau. Hahaha
  • Special shoutout to my Aunty, Dr Norsida. Takdak beliau takdelah pernikahan dan perkahwinan ni. Tq Makcik sebab bagi hadiah yang paling terbaik untuk Ernnie sepanjang hidup InsyaAllah. Terima kasih atas semua bantuan dan nasihat makcik untuk Ernnie. You know what you gave and it was a blessings that I'm so happy with. Love you makcik Shida 😘
  • Paling ultimate kena berterima kasih dan bersyukur adalah kepada Yang Di Atas Sana. Hanya Allah sahajalah yang memudahkan urusan pernikahan dan majlis perkahwinan Ernnie semua. Kita mungkin berusaha sehabis baik, tapi yang memberi rezeki dan kemudahan itu adalah dari Allah SWT. Tahap hamba yang hina ni, bila Allah bantu dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar2 masalah, takkanlah taknak bersyukur lagi. Thank you O Allah. You've been very nice to me, not just once, but all the time. May You reward me and my husband with all the goodness in this world and hereafter. Amin 😘😘




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...